Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Full Body Workout - Don’t Sit, Get Fit!

Jom sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Bangi esok pada pukul 9.00 pagi bersama Coach Shukrimi, Coach Athirah dan Coach Yusra.

Adik Ain, Adik Danish, Adik Farrel dan Adik Damia dari Kelab Doktor Muda akan turut bersama coach untuk sesi kali ini.

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku
Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini sejak 3 tahun lalu telah memberi tekanan yang tinggi kepada sistem kesihatan negara. Oleh itu, reformasi atau penambahbaikan kepada sistem kesihatan negara yang menyeluruh dan berstruktur merupakan satu keperluan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kesihatan rakyat terjaga.

Kertas Putih Kesihatan terdiri daripada 4 tonggak dan 15 strategi reformasi kesihatan merangkumi transformasi penyampaian sistem kesihatan dan memperkasakan asas sistem kesihatan dan tadbir urus.

Oleh itu, sebarang pendapat tentang Kertas Putih Kesihatan daripada orang ramai sangat dialu-alukan serta orang ramai digalakkan untuk memperoleh maklumat lanjut terhadap pelan reformasi ini dengan melayari laman sesawang rasmi Kertas Putih Kesihatan di www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan
Full Body Workout

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Bangi pada pukul 9.00 pagi bersama Coach Shukrimi, Coach Athirah, Coach Yusra dan adik-adik dari Kelab Doktor Muda.

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku
Be the 100,000th subscriber to win a mystery prize. Subscribe now!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Para jemaah haji yang baru pulang ke tanah air, pakai pelitup muka sekiranya mempunyai gejala seperti selesema, batuk dan sakit tekak.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan dan maklumkan sejarah perjalanan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Reformasi kesihatan negara akan dilaksanakan secara berfasa merangkumi tempoh 15 tahun.

Marilah kita sama-sama menyokong #KertasPutihKesihatan agar usaha reformasi tersebut dapat dilaksanakan demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia pada masa depan.

#HWP
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) ingin merujuk kepada isu yang tular di media massa dan juga media sosial berkaitan penggunaan akuarium sebagai bekas penyimpanan air.

KKM juga ingin menasihatkan orang ramai agar membeli makanan di premis makanan yang bersih. KKM komited untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan terjamin agar kesihatan penguna sentiasa terpelihara.

Oleh itu, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
Reformasi sistem kesihatan negara telah menggariskan 5 Aspirasi yang ingin dicapai dalam tempoh 15 tahun iaitu negara yang sihat, sistem kesihatan yang dihargai dan dibanggakan oleh semua, sistem kesihatan yang saksama dan berpaksikan rakyat, sistem kesihatan yang berdaya tahan dan ekosistem kesihatan yang terbuka dan inovatif.

Oleh itu, sama-samalah kita menyokong Kertas Putih Kesihatan agar aspirasi tersebut dapat dicapai demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia pada masa depan.
Jom laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran dan kitar semula selama 1 Jam pada sabtu minggu ke 4 setiap bulan.

Lakukan aktiviti cari & musnah tempat pembiakan Aedes selama 10 minit setiap minggu.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
FAQ BERSAMA PROTECTHEALTH CORPORATION SDN. BHD.​

Kurang jelas lagi?​

Jom layari laman sesawang kami di sini:​

https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/

Kesihatan Anda, Misi Kami​

#ProtectHealth #SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMADANI
RAWATAN DI KLINIK SWASTA PERCUMA​

Skim Perubatan MADANI adalah inisiatif rintis kerajaan yang akan memberikan rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di klinik panel swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. ​

Untuk maklumat lanjut, layari di sini:​

https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/

#ProtectHealth #SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMADANI
Don’t forget to subscribe to our youtube channel!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
👶🏻👶🏻Autisme merupakan masalah gangguan perkembangan otak sepanjang hayat yang mempengaruhi bagaimana seseorang individu itu berkomunikasi, berinteraksi secara sosial serta memahami dunia di sekeliling mereka. Ia adalah satu keadaan spektrum di mana individu dengan autisme berhadapan dengan kesukaran tertentu, seperti kesukaran sosial-komunikasi, pengurusan diri, integrasi sensori, kognitif dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.

Ciri-ciri autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak dan jika mendapati anak-anak menunjukkan ciri-ciri autisme, segera bawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran agar rawatan dan intervensi boleh diberikan seawal mungkin.

Walaupun autisme tidak dapat disembuhkan, namun dengan intervensi awal, terapi pemulihan yang konsisten dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang optima, mampu berdikari dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dan sokongan serta penglibatan penjaga/ahli keluarga dalam penjagaan anak-anak autisme adalah menjadi bahagian paling penting dalam kehidupan mereka.👨‍👨‍👦‍👦👨‍👨‍👦‍👦
Chupp! The Pneumo Rangers

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Amy Nur Diyana Mohamed Nasir, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesiihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🍱MyMeal adalah pengiktirafan yang diberikan oleh KKM bagi set menu lengkap yang terdiri daripada sumber karbohidrat, sumber protein dan sayur- sayuran sebagai sumber vitamin dan mineral.

MyMeal merupakan :

1️⃣ set makanan lengkap berdasarkan konsep Pinggan Sihat Malaysia- Suku Suku Separuh,
2️⃣dijual dengan harga yang berpatutan, dan
3️⃣ boleh dilaksanakan bagi semua menu makanan yang dijual secara set di Malaysia, yang mematuhi komponen penilaian yang ditetapkan

JOM PILIH MyMEAL !!
bagi menyokong persekitaran pemakanan yang sihat dan membudayakan pilihan makanan yang lebih berkualiti dan bernutrisi.
Hari Hepatitis 2023

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Wan Abdul Hannan bin Wan Ibadullah dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku