Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Salam Maal Hijrah.

Hijrah Diri, Akhiri Tabiat Merokok.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selamat Menyambut Awal Muharram.

Salam Maal Hijrah 1445H.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💊💊Antibiotik telah digunakan sejak sekian lama untuk merawat penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Kerintangan antibiotik merupakan keadaan yang membimbangkan kerana antibiotik sedia ada tidak lagi berkesan untuk melawan jangkitan bakteria.🦠🦠

Sehubungan itu, semua pihak termasuk doktor, ahli farmasi dan masyarakat perlu cakna terhadap isu kerintangan antibiotik dan mengambil langkah pencegahan dalam menangani isu ini.👩‍⚕️👩‍⚕️
Sekiranya anda ingin membuat tempahan Janji Temu melalui aplikasi MySejahtera, sila buat carian fasiliti berdasarkan nama fasiliti atau negeri.

#MySejahtera
#GerbangKesejahteraanAwam
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Jom laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran dan kitar semula selama 1 Jam di kawasan anda pada 22 Julai 2023 (Sabtu) bermula 8.30 - 9.30 pagi.

Jangan lupa untuk post di facebook masing-masing, tag fb myhealthkkm & fb cari dan musnah dan masukkan hashtag #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💊💊Kerintangan antibiotik adalah keadaan apabila antibiotik yang digunakan untuk rawatan jangkitan bakteria tidak lagi berkesan kerana bakteria tersebut telah menjadi kebal.
Terdapat beberapa punca berlakunya kerintangan antibiotik termasuklah penggunaan antibiotik untuk merawat jangkitan selain bakteria.

Oleh itu, semua pihak termasuk doktor, ahli farmasi dan masyarakat perlu berganding bahu mengambil langkah pencegahan kerintangan antibiotik. Orang ramai perlu bertanya dengan doktor tentang keperluan mengambil antibiotik demi kesihatan dan kesejahteraan pada masa hadapan.👩‍⚕️👩‍⚕️
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Kuiz Sitkom AUSSH.

Terima kasih juga kepada semua yang menyertai pertandingan ini.

Pihak urus setia akan menghubungi pemenang bagi tujuan pengagihan hadiah.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Penggunaan Bekas Akuarium Sebagai Bekas Menyimpan Air Untuk Tujuan Jualan
Jom imbas kod QR atau klik https://shorturl.at/hkPR5 dan jawab tinjauan terhadap laman media sosial MyHEALTHKKM.

Tujuan tinjauan ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas terhadap penggunaan media sosial MyHEALTHKKM dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Anda penentu kualiti penghasilan maklumat kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Lindungi diri daripada penyakit Pneumokokal.

Kita vaksin, kita lindung, kita menang!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Full Body Workout - Don’t Sit, Get Fit!

Jom sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Bangi esok pada pukul 9.00 pagi bersama Coach Shukrimi, Coach Athirah dan Coach Yusra.

Adik Ain, Adik Danish, Adik Farrel dan Adik Damia dari Kelab Doktor Muda akan turut bersama coach untuk sesi kali ini.

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku
Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini sejak 3 tahun lalu telah memberi tekanan yang tinggi kepada sistem kesihatan negara. Oleh itu, reformasi atau penambahbaikan kepada sistem kesihatan negara yang menyeluruh dan berstruktur merupakan satu keperluan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kesihatan rakyat terjaga.

Kertas Putih Kesihatan terdiri daripada 4 tonggak dan 15 strategi reformasi kesihatan merangkumi transformasi penyampaian sistem kesihatan dan memperkasakan asas sistem kesihatan dan tadbir urus.

Oleh itu, sebarang pendapat tentang Kertas Putih Kesihatan daripada orang ramai sangat dialu-alukan serta orang ramai digalakkan untuk memperoleh maklumat lanjut terhadap pelan reformasi ini dengan melayari laman sesawang rasmi Kertas Putih Kesihatan di www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan
Full Body Workout

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Bangi pada pukul 9.00 pagi bersama Coach Shukrimi, Coach Athirah, Coach Yusra dan adik-adik dari Kelab Doktor Muda.

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku
Be the 100,000th subscriber to win a mystery prize. Subscribe now!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Para jemaah haji yang baru pulang ke tanah air, pakai pelitup muka sekiranya mempunyai gejala seperti selesema, batuk dan sakit tekak.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan dan maklumkan sejarah perjalanan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Reformasi kesihatan negara akan dilaksanakan secara berfasa merangkumi tempoh 15 tahun.

Marilah kita sama-sama menyokong #KertasPutihKesihatan agar usaha reformasi tersebut dapat dilaksanakan demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia pada masa depan.

#HWP