Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Memang cantik rumah dihiasi bunga tapi awas! Pasu dan alas pasu bunga berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.

Salin air dalam pasu bunga dan buang air dari alas pasu bunga.

Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Anda dah tonton Sitkom AUSSH di Youtube MyHEALTHKKM? Nak sertai pertandingan?

Mudah sahaja, scan kod QR di dalam video ini dan ketahui cara untuk sertainya. Jangan ketinggalan untuk menangi pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
BERMULA 15 JUN 2023!!!

Skim Perubatan MADANI khusus untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang meliputi tiga kategori iaitu untuk berkeluarga, warga emas dan bujang.

Semak kelayakan dan senarai klinik panel Skim Perubatan MADANI di:
www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

#ProtectHealth
#skimperubatanmadani
#KesihatanAndaMisiKami

Sumber:
https://www.facebook.com/100066992237819/posts/pfbid02WwcDEu1NxopydgUamnfjFBLaEMGNAtYEp7vNsuxWWAHotGk1EDYTMvSPXvmyeSLEl/?mibextid=cr9u03
Terdapat mitos yang mengatakan bahawa ubat yang lebih murah adalah kurang berkesan berbanding ubat yang mahal. Namun, tahukah anda bahawa ubat inovator dan ubat generik boleh dipasarkan pada harga yang berbeza walaupun mengandungi kandungan bahan aktif yang sama?

Ubat generik adalah lebih murah kerana syarikat tidak perlu membayar kos penyelidikan ubat yang telah ditanggung oleh syarikat yang menemui ubat inovator tersebut.

#kenaliubatanda

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
Sambutan Hari Aktiviti Fizikal telah disambut pada 6 April 2023. Pelbagai aktiviti yang melibatkan Wellness Hub telah dijalankan secara virtual dan fizikal sepanjang bulan April.

WoPAD ANMS Steps Challenge 2023 telah dilaksanakan bermula 1 April hingga 30 April 2023.

Muat turun aplikasi BookDoc dan sertai Merdeka ANMS Steps Challenge 23 yang akan diadakan pada 17 - 31 Ogos 2023 dan BMSS ANMS Steps Challenge 23 pada 1 - 30 September 2023.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom kitar semula.

1️⃣ Asingkan sisa mengikut kategori
2️⃣ Bungkus dan ikat sisa ke dalam beg dengan kemas
3️⃣ Letak sisa dalam tong atau bekas kitar semula yang disediakan

Persekitaran yang bersih bebas daripada penyakit.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
RAWATAN PERCUMA BERMULA 15 JUN 2023 DI KLINIK PANEL SWASTA DI BAWAH SKIM PERUBATAN MADANI!

Skim Perubatan MADANI adalah inisiatif rintis kerajaan yang akan memberikan manfaat kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan memberikan nilai perlindungan manfaat kepada mereka yang berkeluarga, warga emas dan bujang.

Anda boleh dapatkan rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut di klinik panel swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

Jom semak kelayakan dan senarai klinik di sini:
www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

#ProtectHealth
#skimperubatanmadani
#MalaysiaMadani

Sumber:
https://www.facebook.com/100066992237819/posts/pfbid0335xCZQZPEVFBQtvGe8GHBa6TnSCVtmtVbrkGa1feHiWRNvig1KeWRKA9USAf4Koul/?mibextid=cr9u03
Minuman yang tercemar dengan Metanol boleh membawa MAUT.

Dapatkan rawatan segera di hospital berhampiran sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti sesak nafas, sakit perut, kabur penglihatan dan pengsan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adalah lumrah untuk mengalami kesukaran bernafas selepas jangkitan COVID-19 dan akan beransur pulih selepas beberapa tempoh masa.

Pelajari teknik menangani gejala kesukaran bernafas di dalam video ini.

Sekiranya gejala kesukaran bernafas yang anda alami tidak beransur pulih, segera dapatkan bantuan profesional perubatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku
Break A Sweat - Tabata Workout

Sertai sesi FB Live esok anjuran Wellness Hub Jalan Angsana pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Zarul.

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia
🧑‍⚕️🩺Sejenis artritis yang memberi kesan kepada tulang belakang. Ia amat menyakitkan dan boleh menjadi bertambah buruk sehingga boleh mengakibatkan kerosakan struktur yang tidak boleh sembuh.

‼️Keadaan ini akan menjejaskan pergerakan pesakit yang memberi pengaruh yang besar dalam kualiti kehidupan mereka. Pesakit menunjukkan gejala pada tahap yang berbeza bermula daripada gejala awal hingga bertambah teruk.

Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit ini yang terdiri daripada ubat-ubatan, terapi fizikal dan pembedahan.
Benarkah pandangan sesetengah pihak yang mengatakan ubat-ubatan yang dijual di luar negara adalah lebih baik daripada di Malaysia?

Walaupun berbeza dalam aspek rupa bentuk, jenama dan harga, ubat generik adalah setara dengan ubat inovator dari segi kandungan bahan aktif yang memberi kesan terapeutik yang sama kepada pesakit.

#kenaliubatanda

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
Break A Sweat - Tabata Workout

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Jalan Angsana pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Zarul.

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku