Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah tidak benar.

Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.

Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah EVALI agar dapat bernafas dengan baik hingga ke akhir hayat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom baca E-Majalah MyHealth for life edisi Jun 2023.

Dapatkan pelbagai info kesihatan yang tepat, sahih dan terkini.

Dapatkan E-Majalah MyHealth for life di https://www.infosihat.gov.my

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Longkang dan sistem pengumpulan air hujan yang tersumbat dan menakung air berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.

Lakukan pembersihan. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Rujuk Saranan Aktiviti Fizikal Malaysia mengikut kumpulan umur atau keadaan anda.

Kurangkan gaya hidup sedentari dan amalkan gaya hidup aktif.

Amalan hidup aktif memberi banyak faedah keoada kesihatan fizikal dan mental.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023

Kuiz Siri 3/4 boleh diakses melalui laman berikut :

https://docs.google.com/forms/d/1wpskB7kr8TQ4tK3yiDXD8EP1VpUL93GMbAr5RZmTBvE

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hubungi Klinik Kesihatan KKM berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan janji temu imunisasi pneumokokal anak anda.

Bawa buku rekod kesihatan kanak-kanak 0-6 tahun (KKM) dan Rekod Imunisasi (Swasta) semasa menghadiri sesi janji temu.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah tindakan Duyufurrahman kekal sihat sebelum, semasa dan selepas menunaikan fardu haji.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Virus MERS boleh menjangkiti manusia daripada unta baka arab yang dijangkiti virus MERS-CoV melalui kontak langsung atau tidak langsung (pengambilan produk unta seperti daging dan susu mentah).

Ia tidak mudah merebak daripada manusia kepada manusia melainkan melalui kontak rapat tanpa perlindungan dan boleh berlaku ketika menjaga pesakit MERS tanpa perlindungan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bagi Generasi Penamat yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan, kesalahan mereka tidak dikira sebagai satu kesalahan jenayah.

Sebaliknya, mereka akan dikenakan perintah khidmat masyarakat bagi tujuan pendidikan agar golongan ini mempunyai kesedaran untuk meninggalkan tabiat merokok termasuk rokok elektronik.

Oleh itu, orang awam tidak perlu bimbang terhadap #GenerasiPenamatRokok yang dikuatkuasakan bagi melahirkan generasi muda bebas tanpa amalan merokok demi kesejahteraan bersama.
Pelaksaanaan inisiatif #GenerasiPenamatRokok akan membantu mengurangkan penjualan rokok yang tidak sah.

Hal ini kerana apabila generasi penamat telah disekat daripada memperoleh produk tembakau, ketagihan terhadap produk ini akan berjaya dikurangkan, seterusnya menyebabkan permintaan terhadap rokok tidak sah berkurangan.

Oleh itu, orang ramai hendaklah menyokong Generasi Penamat Rokok serta tidak melibatkan diri dengan sebarang akitiviti penjualan rokok tidak sah demi melahirkan generasi yang bebas asap rokok daripada sebarang bentuk amalan merokok pada masa hadapan.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk Bacaan Pertama pada 12 Jun nanti.

Untuk makluman, RUU ini telah diolah semula dengan beberapa pembaharuan setelah mengambil kira isu berbangkit semasa pembentangan sebelum ini serta syor daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dikekalkan.

Bagi merangka RUU yang lebih komprehensif, kira-kira 70 sesi libat urus telah diadakan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO), pakat perubatan, pemain industri, ibu bapa dan lain-lain.

Saya dengan rendah hati mengajak semua ahli Parlimen merentas identiti kepartian untuk sebulat suara menyokong RUU ini. Tanggungjawab membina generasi bebas rokok kini di tangan kita. Bersama kita lunaskan!

#nosmokingGEN
#GenerasiPenamat
#MalaysiaMADANI

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0nekGGoTkasUo5wY9GVWYJggLat91KJ6VHV2zqiyYikGzQbhZ4TVQbe6zEo8u2N2Ql&id=100087087773904&mibextid=qC1gEa
High Intensity Body Weight Workout

Sertai sesi FB Live esok anjuran Wellness Hub HSAJB pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Aiman.

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Nampak terhibur betul Makcik Kiah tu. Kenapa agaknya ya?

Oooh.. rupanya Makcik Kiah terhibur tonton Sitkom AUSSH di Youtube MyHealthKKM.

Ramai rupanya pelakon hebat dalam sitkom ni. Ada Liza Abdullah, Nadia Mustafar, Acong, Bell Ngasri, Roy Azman dan ramai lagi. Sitkom ini berkonsep santai dan bersahaja di samping membawa mesej-mesej kesihatan berinformatif.

Jom sama-sama tonton Sitkom AUSSH ni.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Generasi Penamat Rokok perlu dilaksanakan SEGERA disebabkan oleh beban masalah merokok yang semakin parah.

Orang ramai perlu memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan Generasi Penamat Rokok demi melahirkan generasi bebas tanpa amalan merokok pada masa hadapan.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia

#TIP 4 : PEMBELIAN BAHAN MENTAH YANG BERSIH DAN SELAMAT

Isi yang pejal dan anjal

Kulit cerah dan Nampak segar

Tidak berlendir

Tidak berubah warna

Tidak lebam

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#tipskeselamatanmakanan
#foodsafetytips
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia

#TIP 5 : PEMBELIAN BAHAN MENTAH YANG BERSIH DAN SELAMAT

Tidak retak atau pecah

Kulit bersih dan tiada kesan najis

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#tipskeselamatanmakanan
#foodsafetytips
High Intensity Body Weight Workout

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjurWellness Hub HSAJB pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Aiman.

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku