Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
PEMANJANGAN WAKTU OPERASI SELEPAS WAKTU PEJABAT DI KLINIK-KLINIK KESIHATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

KKM memaklumkan Pemanjangan Waktu Operasi Selepas Waktu Pejabat yang dilaksanakan di 52 buah klinik kesihatan yang dikenalpasti bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.

Waktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu.

Bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad-Khamis dari 5.00 petang - 9.30 malam dan 8.00 pagi - 12.00 tengahari pada hari Sabtu.

Perkhidmatan ini tidak dilaksanakan pada hari Jumaat (bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor) dan Ahad (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan, dan Johor) serta Cuti Umum.

Walau bagaimanapun, waktu operasi & hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid02cmT4pKZPZ59JyNT19XQrh5kfSTymGFSA6LfrxyPBhrtxRRsd7YErptmjUDNEimkml
Aktiviti di sekitar World Cancer Day Fun Run 2023 yang dianjurkan oleh Institut Kanser Negara pagi ini, 11 Mac 2023.

Program telah dirasmikan oleh YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02nvCgx8yWEhMWixYphpCBn1k95gbrRSfKuX8a8KsDaS7ivgVMNMSjSnswyufaigitl&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat yang sihat adalah rakyat yang produktif dan berdaya saing untuk menangani cabaran ekonomi semasa.

Jom Saring Ketahui tahap kesihatan kita sekarang dengan kunjungi Klinik Kesihatan berhampiran anda.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Steve Yap

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kesihatan sangat bernilai dan berharga kerana ianya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Mengamalkan budaya hidup yang sihat dan berkualiti pasca pandemik dapat mewujudkan masyarakat yang bebas daripada penyakit.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Coach Tham

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selain memupuk semangat perpaduan, gotong-royong juga adalah aktiviti riadah yang seronok dilakukan bersama.

Bila persekitaran bersih dan selesa, jiwa pun tenang.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Thiyagu B

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Lakukan ujian saringan di klinik kesihatan berhampiran.
👸 Wanita, anda begitu berharga

🎉Ambil masa untuk relaks dan kenali potensi diri anda agar sentiasa melakukan yang terbaik.

"KASIH WANITA"
Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa.
Tahukah Anda
Terdapat golongan tertentu yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit buah pinggang.

‼️Sila semak siapakah golongan yang berisiko tinggi tersebut. Pastikan anda tidak termasuk dalam golongan tersebut.
Hai adik-adik.

Dah lama Team HePiLI tak buat pertandingan untuk adik-adik kan? Haaaa kali ni Team HePiLI ada Pertandingan Video Si Cilik Bercerita dengan bertemakan "Saya Nak Hidup Sihat" khas untuk adik-adik yang berusia 5 - 9 tahun ya.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, boleh scan QR Code atau layari pautan ini http://shorturl.at/kDHU6

Semoga berjaya semua!

#HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Akan datang.

Tempahan janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di MySejahtera.

#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Berhenti Merokok Semudah A-B-C-D Pada Bulan Ramadan.

Ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada perokok untuk berhenti merokok.

A - Berazam membantu perokok untuk berhenti merokok
B - Bimbing perokok untuk mendapatkan bantuan
C - Tanya khabar perokok yang ingin berhenti supaya mereka rasa dihargai
D - Tegur dan beri nasihat secara berhemah dan sopan

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Min sangat bersimpati dengan nasib mereka yang ditimpa musibah banjir. Sama-samalah kita doakan mereka diberikan kekuatan mengharungi dugaan ini. Apa yang min harapkan agar masyarakat sama-sama memastikan tiada peningkatan kes demam denggi selepas banjir surut. Pastikan tiada tempat yang boleh Aedes membiak.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Adalah penting untuk kita dapatkan informasi terkini dan sahih terutamanya berkaitan dengan kesihatan.

Bagaimana? Ikuti semua platform media sosial KKM.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Santiana Ramli

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Senyuman Menawan Sepanjang Hayat

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nuryastri Md Mustafa, Pakar Pergigian Kesihatan Awam dari Program Kesihatan Pergigian,KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Program Bersama-sama Komuniti Sihat MyHealthyMind @ PPR Bukit Jalil

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Puan Siti Nur Farhana Harun, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Penyakit Glaukoma : Punca, Tanda dan Rawatan

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Munira Yusoff, Pakar Oftalmologi dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Minggu Glaukoma Sedunia 2023

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Ng Hong Kee, Pakar Perunding Oftalmologi dan Pakar Bedah Glaukoma dari Hospital Raja Permaisuri Bainun.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Keselamatan Makanan di Bulan Ramadan - Pilihan Tepat, Makanan Selamat

Dengarkan di Selangorfm esok pada pukul 2.30 petang bersama Puan Azura Liana binti Kamaruzaman, Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Nafas Baharu Bermula Ramadan

Saksikan menerusi FB Live TVAlhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Prof. Dr. Mohamad Haniki bin Nik Mohamed dari Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) , Rakan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Glaukoma : Pencuri Penglihatan Senyap

Saksikan dalam rancangan Berita Bernama Seithigal esok di TV Bernama

Tarikh : 15 Mac 2023 (Rabu)
Masa : 7.00 malam

Panel :

Dr. Pushpa Raman
Pakar Perunding Oftalmologi dan Pakar Glaukoma
Hospital Tuanku Jaafar

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku