Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kemurungan Bukan Tidak Siuman

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Punitha Arinima dari Klinik Kesihatan Semenyih.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Kesihatan Mental : Caknakah kita?

Saksikan menerusi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nurashikin Ibrahim , Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam & Ketua Sektor Kesihatan Mental (MesVIPP) dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekiranya anda mampu melihat kuman dengan mata kasar, sudah pasti anda akan membersihkan tangan selepas menyentuh permukaan atau objek di tempat awam! 🦠

Jadi, apa tunggu lagi? Jom amalkan kebersihan tangan dengan sebaiknya! 🖐🏻

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenali perasaan anda.

Jika perasaan anda mengganggu emosi, luahkan kepada orang yang anda percayai.

Let's TALK ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku
Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @ Delima

Saksikan sekarang di https://vt.tiktok.com/ZSRqwWF9B/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Walaupun tidak merokok, seseorang sebenarnya terdedah kepada pelbagai penyakit seperti seorang perokok.

SPEAK OUT atau nyatakan rasa tidak selesa kepada orang yang merokok di sekeliling anda.

Namun, tegurlah dengan cara yang paling berhemah dan sopan.

Layari laman sesawang
www.myhealth.gov.my
& ikuti media social MYhealthKKM untuk maklumat lanjut . (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hepili Go Digital @ Delima

Program HePiLI Go Digital merangkumi pakej untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara mesej kesihatan yang ada di dalam pakej ini adalah seperti kebersihan diri, kebersihan persekitaran, makan secara sihat, minda sihat dan tak nak merokok.

Layari https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/hepili untuk maklumat lanjut.

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku
Waspada Banjir.

Bahaya bermain dengan air banjir !

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Kini anda boleh menempah janji temu untuk Klinik Berhenti Merokok melalui aplikasi MySejahtera. Cuma klik pada ciri janji temu dan pilih fasiliti kesihatan terpilih yang berdekatan anda, untuk membuat tempahan janji temu.

Sila rujuk infografik ini untuk info lanjut.

________

Now you can book appointment for Quit Smoking Clinic through the MySejahtera app. Just click on the appointments feature and select a selected Health Facility near you, to book an appointment.

Please refer to this infographic for more information.

#QuitSmoking
#AplikasiKesihatanAwam
#MySejahtera2.0

Sumber: MySejahtera
Kesihatan Mental : Caknakah kita?

Saksikan sekarang di https://vt.tiktok.com/ZSRbJAqkp/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selain bersenam, pemakanan yang sihat juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

Pastikan kita makan buah dan sayur-sayuran secara konsisten setiap hari mengikut keperluan dan tahap kesihatan diri kita.
Mudahkan?

Layari laman sesawang & ikuti media social MYhealthKKM untuk maklumat lanjut . (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @DELIMa telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) pada 12 Oktober 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil. Seramai 850 orang jemputan yang daripada pegawai daripada KKM dan KPM, guru besar, guru-guru dan murid telah menghadiri majlis ini.

Pelancaran ini adalah untuk membudayakan cara hidup sihat melalui perkongsian bahan promosi dan hebahan mengenai kesihatan kepada semua pengguna portal DELIMa KPM yang terdiri daripada murid, guru dan ibu bapa.

Selain pelancaran, aktiviti yang dilaksanakan adalah reruai pameran interaktif KKM, trak Jelajah Jom Sihat dan trak Wellness on Wheels (WOW).

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0uNASNcL4tt8i4FWNjiVcFjDX7yJQj8w68cgKJqQEFvcDP4o7tzLSz1NNNFS6Z6Nhl&id=100068159346549
Waspada Banjir.

Sediakan beg kecemasan sebagai persiapan awal menghadapi banjir.

Ini akan memudahkan anda sekiranya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Kesihatan Mental Keutamaan Global

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia sebentar lagi di TV1

Tarikh : 13 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Norli Abdul Jabbar
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Adakah teguran anda untuk udara bebas asap rokok telah berjaya?

Jika belum, jangan berputus asa. Teruskan menegur!

Lindungi bukan perokok daripada asap rokok pasif.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tangani stigma kesihatan mental di tempat kerja.

👉 Tunjukkan keprihatinan
👉 Elakkan tanggapan negatif terhadap individu yang memerlukan sokongan
👉 Galakkan individu yang memerlukan bantuan untuk tampil mendapatkan bantuan atau rawatan
👉 Wujudkan kumpulan sokongan kesihatan mental

Let's TALK ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Nak tahu rahsia senyuman menawan?

Senyuman menawan bermula dengan amalan penjagaan gigi secara konsisten setiap hari.

Pastikan kita memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Mudahkan?

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kalau nak tahu, program HepiLI di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang sesuai untuk adik-adik yang minat tentang kesihatan dan mempunyai minat nak jadi doktor atau pegawai kesihatan.

Semua program HePiLI melibatkan dari pra sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Layari laman sesawang
www.myhealth.gov.my
& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Qayyumjawi

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day) adalah hari kesedaran yang disambut secara global untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan deria penglihatan, kesihatan mata dan masalah kebutaan. Inisiatif ini dimulakan melalui Sight First Campaign oleh Lions Club International Foundation pada tahun 2000 dan kemudiannya telah disepadukan ke dalam Vision 2020 : The Right to Sight yang diselaraskan oleh International Agency for Prevention of Blindness (IAPB) dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tema untuk Hari Penglihatan Sedunia pada tahun ini adalah Love Your Eyes ataupun Sayangi Mata Anda. Tema ini menekankan unsur 4P dalam penjagaan kesihatan mata untuk mencegah kebutaan iaitu Prevent (Cegah), Protect (Lindung), Preserve (Pelihara) dan Prioritise (Keutamaan).
Berdasarkan Banci Mata Kebangsaan 2014, prevalens kebutaan di Malaysia adalah 1.2% dari populasi negara dan antara punca utama kebutaan di Malaysia adalah katarak (58.6%), diabetik retinopati (10.4%) dan glaukoma (6.6%). Manakala, penyebab utama penglihatan terhad adalah katarak (68%) dan rabun penglihatan yang tidak dirawat (14%). Walau bagaimanapun, hampir 80% penyebab utama kebutaan boleh dirawat dan dicegah.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menekankan agar masyarakat;
Menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan mata dan pencegahan kebutaan sebagai isu global;
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti;
Menyediakan platform bagi mempengaruhi pihak berwajib untuk mengutamakan inisiatif penjagaan kesihatan mata;
Membangkitkan keperluan akses kepada perkhidmatan penjagaan mata bagi mencegah kebutaan; dan
Mempromosi aktiviti saringan penglihatan dan kempen pencegahan kebutaan kepada masyarakat.

Sepanjang sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2022 hari ini, KKM juga ingin menyeru agar masyarakat bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti pertandingan e-Poster, forum kesihatan, saringan penglihatan, simulasi kebutaan, pameran dan kuiz.

Sayangilah mata anda dengan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi dan mengekalkan penglihatan yang baik. Berikan keutamaan dan lakukan pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan kesihatan mata dan penglihatan kekal baik dan membolehkan kita menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan berkualiti.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
13 OKTOBER 2022

https://kpkesihatan.com/2022/10/13/kenyataan-media-kpk-13-oktober-2022-sempena-sambutan-hari-penglihatan-sedunia-2022/