Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sibuk dengan kerja? Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita abaikan status kesihatan kita☹️

Jom lakukan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan kita sekaligus dapat mengelakkan kita daripada menghidapi penyakit tidak berjangkit atau Non- Communicable Diseases (NCDs).

Layari laman sesawang & ikuti media sosial @myhealthkkm untuk maklumat lanjut.

#kekalsihat #SihatSepanjangHayat #ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Apakah perkhidmatan pergigian yang ditawarkan di fasiliti pergigian kerajaan untuk warga emas?

Jom lihat info yang diberikan.
Selamat Hari Warga Emas 1 Oktober 2022🇲🇾🇲🇾🇲🇾

#senyumansihatsepanjanghayat

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Awas

Pengambilan makanan melebihi keperluan kalori harian boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

Pilih gaya hidup sihat untuk diri dan keluarga.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 1 Oktober 2022 (ME 39/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,842,505;
Kumulatif kes sembuh: 4,781,138 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,374 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,081 kluster (kluster aktif: 13 kluster).

Perbandingan antara ME 38/2022 dan ME 39/2022:
Bilangan kes sembuh pada ME 39/2022 menurun sebanyak 8.4 peratus (13,677 kes kepada 12,534 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 39/2022 menurun sebanyak5.2 peratus (12,963 kes kepada 12,291 kes);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 5.2 peratus (12,934 kes kepada 12,260 kes); dan
Bilangan kes import meningkatsebanyak 6.9 peratus (29 kes kepada 31 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 39/2022 menurun sebanyak 35.0 peratus (40 kes kepada 26 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 39/2022 adalah 24,713 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.5 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan Penuh di: https://kpkesihatan.com/2022/10/03/kenyataan-media-kpk-3-oktober-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-39-25-september-1-oktober-2022/
Musim hujan datang kembali.

Awas! Musuh sedang membiak.

Pastikan anda hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
4 hari lagi menjelang Jelajah ANMS @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dataran Seri Jempol.

Jom saring kesihatan anda secara percuma!

Apo laie… jumpo yo kek sano 7 - 9 Oktober nanti!

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Paru-paru 🫁 adalah organ pernafasan yang penting kepada tubuh manusia.

Namun, penyakit pernafasan boleh menjejaskan kesihatan manusia.🤕

Antara penyebab utama kepada penyakit ini adalah tabiat merokok. 🚬

Dikongsikan fakta mengenai penyakit pernafasan kronik dan kanser paru-paru di Malaysia.

Katakan TIDAK kepada penggunaan rokok termasuk rokok elektronik.

PILIH UNTUK SIHAT.
Dalam usaha membantu Keluarga Malaysia mencapai tahap kesihatan yang terbaik, MySejahtera akan menghantar notifikasi secara berperingkat kepada individu yang didapati mempunyai risiko untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) hasil daripada saringan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan.

Notifikasi tersebut yang merupakan sebahagian daripada fungsi baharu MySejahtera sebagai aplikasi kesihatan awam, akan mengalakkan kumpulan tertentu mendapatkan janji temu untuk nasihat perubatan atau rawatan.

Bagi mereka yang belum disaring, anda boleh menempah janji temu untuk saringan ini melalui MySejahtera atau pergi terus ke klinik kesihatan yang berhampiran.

______

In effort to help Keluarga Malaysia to achieve the best level of health, MySejahtera will gradually send notifications to individuals who are found to be at risk for non-communicable diseases (NCD) as a result of screening under the National Health Screening Initiative.

The notification, which is part of MySejahtera's new function as a public health app, will encourage certain groups to seek appointments for medical advice or treatment.

For those who have not been screened, you can make an appointment for this screening through MySejahtera or directly to a nearby health clinic.

#AplikasiKesihatanAwam
#MySejahtera
#JomSaring

Sumber: MySejahtera
Bahaya Klinik Estetik Pergigian Palsu

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3 pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Mustaffa Jaapar dari Program Kesihatan Pergigian, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rasa kurang sihat? 🤧 Maknanya anda perlukan rehat dan khasiat yang secukupnya! 😴

Amalkan gaya hidup sihat untuk kembali sihat dengan lebih cepat! 💆🏻‍♀️

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang hebat!

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kita sebagai orang dewasa bertanggungjawab sayangi diri kita dengan melakukan saringan kesihatan.

JOM SARING adalah program oleh di bawah KKM untuk membuat saringan kesihatan bagi rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas

Layari laman www.myhealth.gov.my dan ikuti media sosial @myhealthkkm untuk maklumat lanjut

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Musim hujan datang kembali.

Musuh bersedia menyerang.

Kecuaian manusia memudahkan kami meragut nyawa anda.

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🔥 Merokok memberikan kesan mudarat kepada kesihatan.

Penggunaan rokok elektronik atau vape pula meningkatkan risiko kecederaan paru-paru atau penyakit EVALI.

Sekiranya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 beserta peruntukan Generasi Penamat atau Generational EndGame (GEG) diluluskan, rakyat Malaysia yang lahir selepas pada 1 Januari 2007 dan seterusnya (GEG) akan dilindungi daripada sebarang produk Tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.

Ini bermakna:

✔️ Kurang kesan kesihatan akibat daripada tabiat merokok,
✔️ Meningkatkan produktiviti
✔️ Membina komuniti yang lebih sihat dan Bahagia
✔️ Menjadikan bumi yang lebih bersih dan hijau.

Sokong GEG bagi melahirkan negara Malaysia yang bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok.

#SayaSokongGEG
3 hari lagi menjelang Jelajah ANMS @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dataran Seri Jempol.

Jom daftar sebagai salah seorang sukarelawan MyCHAMPION dan jadi juara kesihatan dalam komuniti anda.

Apo laie… jumpo yo kek sano 7 - 9 Oktober nanti!

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) oleh Kementerian Kesihatan turut dijalankan seiring dengan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Macam-macam acara disediakan di Jelajah ANMS. Antaranya pertandingan lompat tali, cabaran mega aerobik dan pameran future hospital. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan !

Jom sertai kami di Jelajah ANMS @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia seperti ketetapan berikut

🗓️7 - 9 Oktober 2022 (Jumaat - Ahad)
📍Dataran Seri Jempol
📍Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

Ha apo tunggu laie? Jangan duk ontok yo. Manfaatkan peluang ini!

#ANMS
#AKM
#KekalSihat
#KeluargaMalaysia
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kanser Payudara : Cegah Sebelum Parah

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Sadhana Sadar Mahamad dari Hospital Putrajaya

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adakah anda OK?

T - Tell (Kongsi masalah dengan orang yang dipercayai)
A - Ask (Minta bantuan)
L - Listen (Dengar tanpa menghukum)
K - Know (Tahu di mana dapatkan bantuan)

Let's TALK ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Juling terjadi disebabkan oleh paksi kedua-dua bola mata tidak selari dan melibatkan pergerakan otot-otot mata. Ia boleh berlaku pada satu mata atau kedua-duanya sekali.

Penggunaan gajet 📱💻 secara berlebihan boleh menjadi punca masalah juling.

👧👦Kanak-kanak bermata juling mempunyai masalah memfokus menggunakan kedua-dua matanya pada satu objek secara serentak yang seterusnya boleh menyebabkan penurunan tahap penglihatan atau mata malas (amblyopia).

Ambil berat dengan keluhan dan tabiat penglihatan anak-anak anda.

❗️Sekiranya anak anda mula menampakkan kejulingan bawa mereka menjalani pemeriksaan mata.