Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Adakah anda baru menderma atau akan menderma darah. jangan lupa ikuti tips selepas menderma darah bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selamat.

Sumber: Pusat Darah Negara, KKM
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-65.

Dalam kemeriahan kita menyambut hari yang penuh bersejarah ini, jangan kita alpa untuk
😷 Teruskan amalan memakai pelitup muka
🧼 Sentiasa cuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer
➡️ Lakukan TRIIS

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat Malaysia teguh bersama membudayakan hidup sihat dan menyokong kelestarian persekitaran demi kesejahteraan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.

Ikhlas daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dos Penggalak Kedua

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Tujuh kali laungan "MERDEKA" pada 1957 masih kuat berkumandang di dalam hati setiap rakyat Malaysia 🇲🇾⚡️ Kibarkanlah Jalur Gemilang dengan bangga dan nyanyilah lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat! 🎵💖

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ayuh Keluarga Malaysia. Teguh bersama demi persekitaran bebas asap rokok.

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Masyarakat vs Stigma Mental

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Nurashikin Ibrahim dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hai kawan-kawan, 🤩

Ingat tau, badan kita, kita yang punya! Katakan TIDAK pada mereka yang sentuh badan kita di tempat yang tidak sepatutnya.

Sekiranya ada yang menyentuh bahagian tersebut, jangan berdiam, laporkan kepada orang yang kawan-kawan percaya. Okay? 🥰

#didiandfriends #kkm #didiXHePiLi #HePiLi #sentuhantidakselamat
Jiwa merdeka

Hidup bebas tanpa amalan merokok. Bebaskan diri dari belenggu ini.

Dapatkan rawatan berhenti merokok dengan melayari www.jomquit.com
Cacar Monyet menular melalui sentuhan kulit ke kulit atau kontak rapat bersemuka dan sentuhan pada objek seperti tuala dan pakaian yang tercemar.

Gejala akan bermula pada lima hingga 21 hari selepas jangkitan.

Jika anda menjadi kontak rapat kepada kes cacar monyet, pantau gejala, elakkan kontak rapat dengan orang lain dan dapatkan rawatan segera jika bergejala.

#ANMS
#KekalSihat
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Klik https://bit.ly/3R8h2u9 untuk mengetahui pengisian E-Majalah MyHealth for Life edisi September 2022.

Antara pengisiannya adalah mengenai Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang telah berjaya dilaksanakan di 5 buah negeri iaitu Melaka, Perlis, Kedah (Langkawi), Perak, Johor dan bakal tiba di Sabah pada 10 September 2022. Pelbagai aktiviti yang bermanfaat telah diadakan kepada rakyat setempat dalam membudayakan hidup sihat.

Isu kesihatan lain yang terdapat di dalam edisi kali ini adalah mengenai kemunculan sub varian omicron COVID-19, Influenza-Like-Illness dan Generational EndGame (GEG).

Apa tunggu lagi, jom klik sekarang!

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

📆4 September 2022 (Ahad)
📍Dataran PPR Seri Alam 2, Kuala Lumpur
7.30 pagi hingga 4.00 petang
Perasmi: Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan hadiah menanti pengunjung.

👕200 helai kemeja-T eksklusif menanti pengunjung terawal mendaftar

🎁Cabutan bertuah pelbagai hadiah
Jom datang beramai-ramai!!!

#dermaorgan
#mkpo2022
#caknademikehidupan
Ciri-ciri klinikal cacar monyet adalah

▶️ Ruam lepuh di bahagian kemaluan dan sekeliling dubur
▶️ Ruam lepuh adakalanya tidak merebak ke bahagian badan yang lain
▶️ Bilangan ruam lepuh yang sedikit
▶️ Tidak mengalami gejala atau hanya dialami selepas kemunculan ruam lepuh
▶️ Keradangan di rektum

Tempoh inkubasi biasanya antara tujuh hingga sembilan hari.

#ANMS
#KekalSihat
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Diabetes atau Kencing Manis berlaku apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin secukupnya atau badan tidak bertindak balas sebaiknya pada insulin.

Ini menyebabkan gula dalam darah tidak dapat masuk ke dalam sel untuk ditukarkan kepada tenaga dan mengakibatkan peningkatan paras gula darah.

💥Pra-diabetes merupakan situasi apabila paras gula dalam darah melebihi paras normal tetapi belum mencapai paras yang dikategorikan sebagai menghidapi Diabetes.

Keadaan ini ditentukan melalui ujian makmal yang akan disahkan oleh pegawai perubatan.
👉 Kebiasaanya, pra-diabetes ini tidak mempunyai gejala.
Pra-diabetes boleh dikawal dengan mengamalkan cara hidup sihat.

🏥 Amalkan cara hidup sihat bagi mengekalkan paras gula darah 🩸 yang normal DAN lakukan saringan kesihatan sekiranya anda tergolong dalam individu berisiko

Makan secara sihat: kurangkan karbohidrat & lemak dalam makanan. Amalkan #SukuSukuSeparuh
Sentiasa aktif
Kurangkan berat badan jika berat badan berlebihan

Jom Saring
KKM sedang mempergiatkan inisiatif saringan kesihatan kebangsaan di KL dan Putrajaya. Kepada semua orang awam dan pelbagai organisasi digalakkan untuk tampil menjalani saringan kesihatan.

- KPK KKM -
Shield Ourself with Second Booster Dose

Tune in to Traxxfm at 11.15am with Dr. Vickneswaran Muthu from Disease Control Division, MOH.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku