Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penggunaan Penutup Mulut dan Hidung (Tiga Lapis)

Ingat ya! Pakai bahagian berwarna di luar manakala bahagian putih di dalam.

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Novel Coronavirus (2019-nCoV)

Dengarkan esok di minnalfm pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Call Out - Coronavirus (2019-nCoV) : Berita Palsu

Esok 31 Januari 2020, Rancangan Assalamualaikum di TV Alhijrah akan menghubungi Dr. Alif Adlan Mohd Thabit, Pakar Perubatan Klinikal Penyakit Berjangkit, Hospital Tengku Ampuan Rahimah,KKM pada pukul 8.00 pagi bagi membincangkan isu berita palsu yang banyak tersebar kebelakangan ini mengenai situasi penularan Coronovirus di Malaysia.

Saksikan dan dengarkan temu bual tersebut esok disaluran 114.

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
WHO mengisytiharkan wabak novel #coronarvirus di Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC) selepas mengadakan mesyuarat tergempar awal hari ini.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas novelconovirus disahkan boleh merebak dari manusia kepada manusia di luar negara China.

Setakat ini, 4 kes jangkitan dari manusa kpd manusia iaitu di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru di Amerika Syarikat, sekaligus timbul kebimbangan kemampuan virus itu merebak lebih meluas.

https://www.facebook.com/WHO/videos/2803414043030186/UzpfSTM3MzU2MDU3NjIzNjoxMDE1NjcwMjE2NTM3MTIzNw/

#nCoV
#Wuhanvirus
#coronavirus

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Singapura mencatat tiga lagi kes baharu positif novel coronavirus, menjadikan 13 kes di negara itu setakat ini.

Ketiga-tiga kes itu melibatkan rakyat China dari Wuhan.

Kesemua mereka yang positif dijangkiti virus itu dilaporkan stabil.

"Tiada lagi bukti virus itu merebak kepada komuniti tempatan, " kata Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan rasminya.

Thailand, Singapura dan Malaysia mencatatkan kes novel coronavirus paling tinggi dI Asean setakat ini dan kesemua kes adalah rakyat China dari Wuhan atau pernah ke Wuhan.

Ini tidak mengejutkan kerana Thailand, Singapura dan Malaysia adalah tiga negara paling popular kepada pelancong China.

Selain itu, Singapura, Bangkok dan Kuala Lumpur, Tokyo dan Seoul antara lima destinasi di rantau Asia yang popular kepada pelancong dan sebahagian besar pelancong itu datangnya dari Negara China, menurut laporan Mastercard Asia Pacific Destinations Index 2019.

#coronavirus
#novelcoronavirus
#coronavirusOutbreak
#WuhanOutbreak

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
DG of Health Newsflash

Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang telah berkenan menerima sembah maklum situasi semasa kejadian jangkitan 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.

Di dalam pertemuan tersebut, Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas di barisan hadapan yang bersiap siaga mengawal keselamatan dan kesihatan negara.

Baginda turut bertitah mengingatkan rakyat untuk tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu berkaitan kejadian jangkitan 2019-nCoV tanpa usul periksa.

Daulat Tuanku.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
KP Kesihatan

https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3034192659937935/?d=n
Status terkini Novel Coronavirus (2019-nCoV) di seluruh dunia.
Wabak Novel #coronavirus telah diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global atau PHEIC oleh WHO.

Ini kali ke-6 WHO mengisytiharkan PHEIC.

1. Wabak SARS/H1N1 pada 2009
2. Wabak Ebola di Afrika Barat dan wabak Polio di Pakistan, Cameron, dan Syria pada 2014
3. Wabak Zika di Brazil 2016
4. Wabak Ebola di Congo pada Julai 2019.

Bagi keenam-enam PHEIC ini termasuk yang terbaru wabak novel coronavirus di China, WHO tidak pernah mengeluarkan saranan sekatan penjalanan ke negara yang dilanda wabak.

https://www.abc.net.au/news/2020-01-30/coronavirus-global-emergency-declared-by-who-what-does-that-mean/11912630

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Coronavirus (CoV) adalah satu keluarga besar virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selesema sehinggalah penyakit serius seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS), middle east respiratory syndrome coronavirus (MERS-CoV) dan yang terbaru 2019-nCoV. Apakah bezanya? Kenali jangkitan Coronavirus.
Flow chart for screening of travellers and crews arriving from China

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Ais Kacang vs Musim Panas.

Saksikan dalam rancangan Suara Malaysia di TV OK saluran 123 pada pukul 11.00 malam.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Novel Coronavirus is a new strain of Coronavirus that has not been previously identified in human.

Mode of transmission of the virus is still unknown.

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Novel Coronavirus : versi Bahasa Cina - Mandarin

Strain baru coronavirus belum pernah dikesan pada manusia.

Sehingga kini, cara jangkitan virus ini kepada manusia masih belum dikenal pasti.

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Status terkini wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) di seluruh dunia