Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Brought in Dead (BID) disebabkan COVID-19 melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan.

62% kes melibatkan umur 60 tahun dan ke atas, 58% kes tidak mendapatkan rawatan atau membuat ujian COVID-19 walaupun bergejala dan 79% kes mempunya sekurang-kurangnya 1 komorbid.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gigitan anjing liar boleh menyebabkan penyakit Rabies.

Sekiranya digigit anjing liar, segera cuci bahagian yang digigit dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 19 Mac 2022:

Kes sembuh: 33,347 kes [3,656,415 kes kumulatif (92.0%)];
Kes baharu: 22,341 kes (3,974,019 kes kumulatif);
Kes import: 524 kes [497 warganegara (94.8%); 27 bukan warganegara (5.2%)];
Kes tempatan: 21,817 kes [20,910 warganegara (95.8%); 907 bukan warganegara (4.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 390 kes (160 kes disahkan COVID-19; 230 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 219 kes (94 kes disahkan COVID-19; 125 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 22,341 kes harian yang dilaporkan pada 19 Mac 2022:

Kategori 1: 10,181 kes (45.57%);
Kategori 2: 12,007 kes (53.75%);
Kategori 3: 58 kes (0.26%);
Kategori 4: 45 kes (0.20%); dan
Kategori 5: 50 kes (0.22%).

Daripada 153 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 19 Mac 2022:

48 kes (31.37%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
61 kes (39.87%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
44 kes (28.76%) telah menerima dos penggalak (booster);
96 kes (62.75%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
71 kes (46.41%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Golongan warga emas dan yang mempunyai komorbid perlu segera mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.

Fakta menunjukkan warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti COVID-19 boleh mendapat penyakit COVID-19 yang lebih teruk dan berkemungkinan berakhir dengan kematian.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Bermula 1 April 2022, sempadan Malaysia akan dibuka semula kepada dunia bagi merancakkan pembangunan dan pemulihan ekonomi negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan bagi memastikan proses kemasukan pelancong yang efisien sekali gus mengelakkan kesesakan di Lapangan Terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dikongsikan isi penting Menteri Kesihatan berkenaan kesediaan lapangan terbang untuk pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April 2022 ini yang akan memberi penekanan kepada PRINSIP SELAMAT DAN CEKAP.
Pautan janji temu baru dos kedua PICKids akan dihantar ke aplikasi MySejahtera secara peringkat berdasarkan sela masa (interval) antara dos pertama dan kedua mengikut jenis vaksin, bermula pada 21 Mac 2022 (Isnin). Pautan janji temu ini juga membenarkan anda memilih lokasi PPV, masa dan tarikh mengikut kelapangan anda.

Sila rujuk infografik di atas.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#PICKids
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 4- Ketahui dan amalkan pencegahan COVID-19

Seiring dengan fasa 'Peralihan ke Endemik', kita perlu mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan awam, vaksinasi dan membudayakan gaya hidup sihat.

Pengambilan vaksin COVID-19 dan dos penggalak:
✔️ Mampu merangsang sistem imuniti membentuk perlindungan optima bagi melawan jangkitan virus COVID-19.
✔️ Melindungi pesakit COVID-19 dari gejala teruk dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.

Gaya hidup serta minda yang sihat juga penting dalam:
✔️ Membantu memantapkan sistem imuniti tubuh
✔️ Mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti Hipertensi dan Diabetes serta mengelakkan obesiti yang merupakan faktor risiko utama gejala teruk dan kematian akibat COVID-19.

👍 Jom ambil vaksin dan dos penggalak bagi mereka yang layak serta budayakan gaya hidup sihat.
Pematuhan SOP Kendiri : Bersediakah Komuniti Menghadapi Fasa Peralihan Endemik?

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Tarikh : 21 Mac 2022
Masa : 10.00 pagi

Panel :
En. Azman Ab Rashid
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Down Syndrome : "We Decide"

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Jean-Li Lim from Klinik Kesihatan Sikamat.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
🦷Adakah anda tahu?

Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan hanya 1 daripada 4 penduduk di Malaysia melawat pengamal pergigian dalam tempoh 12 bulan. Manakala, 15% pula tidak pernah melawat pengamal pergigian seumur hidup mereka.

Namun, lawatan ke klinik pergigian secara berkala adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mulut yang optimum.

🦷 Jadi, lakukan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mengetahui keadaan mulut anda dan cara menjaganya.

#oralhealthday
Menjelang Endemik : Jangan Abaikan SOP

Dengarkan di zayanfm pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Siti Nor bt. Mat dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.93. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 Mac 2022:

Kes sembuh: 28,250 kes [3,684,665 kes kumulatif (92.3%)];
Kes baharu: 19,105 kes (3,993,124 kes kumulatif);
Kes import: 386 kes [373 warganegara (96.6%); 13 bukan warganegara (3.4%)];
Kes tempatan: 18,719 kes [18,046 warganegara (96.4%); 673 bukan warganegara (3.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 371 kes (158 kes disahkan COVID-19; 213 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 203 kes (95 kes disahkan COVID-19; 108 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 19,105 kes harian yang dilaporkan pada 20 Mac 2022:

Kategori 1: 8,267 kes (43.27%);
Kategori 2: 10,645 kes (55.72%);
Kategori 3: 81 kes (0.42%);
Kategori 4: 44 kes (0.23%); dan
Kategori 5: 68 kes (0.36%).

Daripada 193 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 Mac 2022:

58 kes (30.05%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
78 kes (40.41%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
57 kes (29.53%) telah menerima dos penggalak (booster);
92 kes (47.67%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
81 kes (41.97%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kelulusan khas telah diberi kepada vaksin COVID-19 jenis CanSino untuk diberikan sebagai dos penggalak secara heterologus. Tempoh layak selepas Dos Primer adalah seperti di jadual. Permohonan untuk dos penggalak jenis CanSino akan dibuka di MySejahtera tidak lama lagi.

Sumber: JKJAV
Selamat kembali ke sekolah adik-adik...

Min bersama team cari dan musnah harap adik-adik belajar bersungguh-sungguh...

Min juga harap pihak sekolah dapat memastikan persekitaran sekolah bebas daripada menjadi tempat pembiakan Aedes...

Semoga adik-adik dapat belajar dengan aman dan ceria...

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Setiap orang mempunyai 23 pasangan kromosom iaitu 46 kromosom.

Individu dengan Sindrom Down memiliki jumlah kromosom yang berbeza dan mempunyai ciri-ciri tertentu yang istimewa.

👉Dikongsikan definisi, ujian pengesanan semasa tempoh kehamilan serta ciri-ciri fizikal Sindrom Down.

Setiap kanak-kanak Sindrom Down perlu diperiksa oleh pakar kanak-kanak seawal kelahiran untuk penilaian dan pemantauan kesihatan.

💙 Terapi pemulihan dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari.💛
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jauhi tempat yang berpotensi untuk dijangkiti Leptospirosis semasa berkelah.

Antara gejala leptospirosis adalah demam, sakit otot, sakit perut, muntah, jaundis dan cirit-cirit.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)