Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 5 – Sentiasa lakukan penilaian risiko kendiri.

Semasa fasa peralihan ke Endemik kelak, akan berlaku peningkatan mobilisasi dan aktiviti perhimpunan.

Justeru, dalam merancang aktiviti seharian, elemen penilaian risiko perlu diamalkan dan dititikberatkan

🔈Dikongsikan faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa membuat penilaian risiko serta tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko.

💪Lakukan penilaian risiko dan amalkan tindakan bagi pengurangan risiko untuk keselamatan bersama.

#kitajagakita
🔵 Kanser kolorektal atau kanser usus merupakan kanser yang kedua paling kerap berlaku di Malaysia selepas kanser payudara.

Kanser ini biasanya menyerang golongan berusia 50 tahun dan ke atas tetapi ini tidak bermakna golongan muda tidak berisiko untuk menghidapnya.

Faktor risiko utama kepada kejadian kanser kolorektal adalah faktor genetik, faktor diet pemakanan dan faktor sejarah keradangan usus.

Amalkan gaya hidup sihat dan hindari tabiat merokok bagi mengurangkan risiko penyakit ini.

#colorectalcancerawarenessmonth
Tahukah anda kajian menunjukkan 15% rakyat Malaysia menghidapi penyakit buah pinggang kronik? Apa yang membimbangkan ramai antara mereka ini tidak mengetahui mereka menghidap penyakit ini. Saban tahun, semakin ramai rakyat Malaysia menghidapi penyakit kegagalan buah pinggang tahap akhir dan terpaksa menjalani dialisis.

Dapatkan maklumat tepat tentang kesihatan buah pinggang anda di www.mybuahpinggang.com.

Cegah sebelum terlambat!
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 21 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.92. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 21 Mac 2022:

- Kes sembuh: 28,003 kes [3,712,668 kes kumulatif (92.6%)];
- Kes baharu: 17,828 kes (4,010,952 kes kumulatif);
- Kes import: 407 kes [394 warganegara (96.8%); 13 bukan warganegara (3.2%)];
- Kes tempatan: 17,421 kes [16,709 warganegara (95.9%); 712 bukan warganegara (4.1%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 358 kes (141 kes disahkan COVID-19; 217 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 199 kes (79 kes disahkan COVID-19; 120 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 17,828 kes harian yang dilaporkan pada 21 Mac 2022:

Kategori 1: 9,121 kes (51.16%);
Kategori 2: 8,551 kes (47.96%);
Kategori 3: 55 kes (0.31%);
Kategori 4: 48 kes (0.27%); dan
Kategori 5: 53 kes (0.30%).

Daripada 156 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 21 Mac 2022:

- 33 kes (21.15%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 64 kes (41.03%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 59 kes (37.82%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 109 kes (69.87%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 91 kes (58.33%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah itu Penyakit Jarang Jumpa? Adakah boleh dilihat akan ciri-ciri umum kepada Penyakit Jarang Jumpa?

Saksikan temubual berkaitan Penyakit Jarang Jumpa atau Rare Disease bersama Dato' Hatijah Ayob, Pengerusi Rare Disease Alliance Foundation Malaysia (RDFM) dan Prof. Dr. Thong Meow Keong dari Bahagian Pediatrik, PPUM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anak-anak dah mula bersekolah. kami kongsikan panduan ibubapa untuk bekalan makanan yang selamat untuk anak ke sekolah.

Sumber: BKKM
Senarai-senarai PPV #PICKids yang masih beroperasi untuk negeri Sabah, Selangor, Terengganu dan W.P. Kuala Lumpur.

Lindung Diri, Lindung Kanak-Kanak, Lindung Semua.
COVID-19, Tuberculosis & Pneumonia

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Senarai-senarai PPV #PICKids yang masih beroperasi untuk negeri Johor, Kedah, Perak, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Pulau Pinang.

Lindung Diri, Lindung Kanak-Kanak, Lindung Semua.