Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
BMSS@HePiLI kini kembali!

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) yang disambut pada bulan September setiap tahun bertujuan mengukuhkan pembudayaan hidup sihat secara bersepadu dan menyeluruh dalam kalangan murid dan warga sekolah.

Nantikan kedatangan team HePiLI negeri ke sekolah terpilih setiap daerah mulai bulan ini 😃. Tiga negeri terawal yang akan menerima kunjungan kami adalah negeri Johor, Kedah dan Perak.

Nak tahu tarikh bagi negeri yang lain?

Tunggguuuuuu.....

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
💊 UBAT BERLAINAN JENAMA, ADAKAH KEBERKESANAN MASIH SAMA?

Persepsi masyarakat terhadap ubat-ubatan generik perlu diubah. Masyarakat perlu faham bahawa untuk sesuatu ubat generik itu dibenarkan untuk dijual atau dipasarkan di dalam negara, ia perlulah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Proses pendaftaran ini adalah sangat terperinci serta perlu memenuhi pelbagai keperluan yang sangat ketat. Semua ubat-ubatan berdaftar di Malaysia dijamin dari segi kualiti, keberkesanan dan keselamatan.

Walaupun ubat berlainan jenama, keberkesanannya masih sama!

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
46% wanita 18 tahun ke atas tidak melakukan pemeriksaan kendiri payudara dan 71% wanita 40 tahun ke atas tidak pernah menjalani ujian mamogram.

Lakukan pemeriksaan kendiri payudara dan ujian mamogram sebelum terlambat!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita perlu kurangkan pengambilan gula setiap hari. Periksa label kandungan gula setiap makanan atau minuman yang dibeli.

1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

Amalkan budaya hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula

➡️ Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis
➡️ Hadkan pengambilan kuih atau kek yang manis atau bersalut gula
➡️ Elakkan snek tinggi gula
➡️ Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula"
➡️ Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan
➡️ Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula
➡️ Sediakan atau masak makanan dan minumam sendiri di rumah agar dapat mengawal penggunaan gula

Gula : 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
PENCEGAHAN & RAWATAN UNTUK INFLUENZA🤧

Artikel ini ditulis oleh Puan Syakiroh binti Ismail, Pegawai Farmasi Hospital Tuanku Fauziah.

Influenza merupakan sejenis jangkitan pada saluran pernafasan yang biasanya disebabkan oleh virus influenza sama ada jenis A, B atau C. Di negara yang beriklim sejuk, virus influenza jenis A dan B biasanya akan menyebabkan jangkitan epidemik bermusim terutamanya sewaktu musim luruh, sejuk dan bunga. Sebaliknya di Malaysia yang beriklim tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Influenza boleh dijangkiti oleh seseorang individu melalui titisan air daripada salur pernafasan pesakit yang batuk atau bersin. Selain itu, jangkitan juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan yang telah tercemar dengan virus influenza.

𝐆𝐞𝐣𝐚𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐟𝐥𝐮𝐞𝐧𝐳𝐚
Setiap individu termasuklah individu yang sihat berisiko menghidap influenza. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa golongan warga emas yang berusia lebih 65 tahun, wanita mengandung, individu yang mempunyai sejarah penyakit kronik (asma, diabetes, hipertensi) dan kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun lebih berisiko untuk menghidap influenza yang lebih teruk.

Gejala influenza adalah hampir sama dengan selesema biasa. Simptom influenza yang biasa termasuklah demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit-sakit otot dan keletihan yang dialami dalam tempoh satu hingga empat hari pesakit dijangkiti. Lazimnya, pesakit yang dijangkiti akan sembuh dalam masa seminggu namun tanda-tanda lain seperti batuk dan keletihan mungkin akan berlanjutan hingga melebihi dua minggu. Namun begitu, sesetengah pesakit yang lebih berisiko berkemungkinan mengalami gejala yang lebih serius.

Influenza turut berisiko menyebabkan komplikasi yang agak teruk seperti jangkitan di bahagian hidung dan telinga. Selain itu, terdapat juga pesakit yang mengalami komplikasi yang lebih serius, contohnya pneumonia (jangkitan paru-paru), myocarditis (keradangan jantung), encephalitis (keradangan otak) dan kegagalan fungsi buah pinggang.

𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐢𝐧𝐟𝐥𝐮𝐞𝐧𝐳𝐚
Terdapat pelbagai langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengurangkan penularan influenza. Antaranya termasuklah melalui suntikan vaksin influenza yang bertujuan untuk mencegah golongan berisiko tinggi daripada dijangkiti virus influenza. Vaksin influenza ini bertindak dengan merangsang penghasilan antibodi semula jadi badan untuk melawan jangkitan virus influenza. Jenis vaksin influenza yang terdapat dalam pasaran termasuklah jenis quadrivalent (vaksin bertindak terhadap 4 subjenis virus) dan juga trivalent (vaksin bertindak terhadap 3 subjenis virus). Suntikan vaksin ini boleh didapati di klinik atau hospital swasta.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan jangkitan yang lain juga boleh diamalkan oleh orang awam, contohnya seperti dengan menjaga kebersihan diri dan tangan. Orang awam disaran untuk mengamalkan langkah mencuci tangan yang betul dengan menggunakan sabun dan air, atau menggunakan pensanitasi tangan sebagai alternatif. Orang awam dan pesakit yang bergejala harus sentiasa menggunakan pelitup muka ketika berada di tempat awam serta mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul.
𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐟𝐥𝐮𝐞𝐧𝐳𝐚
Secara umumnya, tiada rawatan yang khusus untuk influenza. Kebanyakan rawatan yang diberikan bertujuan untuk mengurangkan gejala jangkitan. Sebagai contoh, pesakit akan diberi ubat demam atau ubat tahan sakit untuk mengurangkan simptom demam dan sakit-sakit badan. Selain itu, pesakit juga dinasihatkan untuk minum air dengan mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi tubuh

Sekiranya gejala jangkitan tidak berkurangan atau bertambah teruk, pesakit hendaklah segera mendapatkan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan yang berdekatan. Pesakit berisiko tinggi yang mengalami gejala influenza yang serius mungkin akan diberikan ubat antiviral oleh doktor untuk mengelakkan komplikasi daripada berlaku.
Ubat antivirus seperti oseltamivir dan zanamivir merupakan antara jenis ubat yang digunakan untuk merawat influenza yang dihidapi oleh individu berisiko tinggi. Ubat antivirus ini perlu diambil dua kali sehari untuk tempoh lima hingga sepuluh hari. Ubat oseltamivir berisiko menyebabkan kesan sampingan seperti rasa loya, muntah, sakit kepala dan sakit perut.

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐟𝐥𝐮𝐞𝐧𝐳𝐚
Influenza boleh dicegah melalui suntikan vaksin dan langkah pencegahan lain yang disarankan. Individu yang mempunyai gejala hendaklah mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut daripada doktor. Sekiranya telah diberikan ubat antivirus oleh doktor, pesakit hendaklah mengambil ubat tersebut seperti yang diarahkan.

Kenali ubat anda, sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Center, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali cuti umum).

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
1 daripada 5 dewasa tidak minum cukup air kosong setiap hari.

Pastikan minum air kosong 6-8 gelas sehari dan biasakan minum air walaupun tidak berasa dahaga.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🎾DOPING adalah penggunaan bahan atau kaedah yang dilarang untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlet.

🎾DOPING juga merujuk kepada penggunaan dadah atau ubat yang dilarang oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC).

🎾Mengapakah DOPING ini dilarang sama sekali? Nak tahu lebih lanjut? Jom kita tonton video ini 😉

#kenaliubatanda #pharmacists #knowyourmedicine #doping

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk kekal aktif adalah seperti bermain ping pong dan joging.

Sekiranya tidak bersukan, boleh berjalan 10,000 langkah setiap hari untuk kekal aktif.

#MalaysiaSihat

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sesetengah ubat boleh memberi kesan yang tidak diingini sehingga menjejaskan pemanduan.

𝗘𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗵𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘂𝗯𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗸.

Ambil tahu sekiranya ubat anda boleh mempengaruhi pemanduan. Elakkan kemalangan, pandu dengan selamat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Rakyat Malaysia terdedah kepada asap rokok di bangunan kerajaan (28.3%) dan fasiliti kesihatan (18.4%).

Jangan cemari tempat-tempat ini dengan asap rokok.

Jika ada yang berdegil, laporkan ke saluran whatsapp 010-8608949

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Korang tau tak 4.6% penduduk Malaysia 16 tahun ke atas mengalami kemurungan 😢. Jadi, penting untuk kita Take 5 untuk melalui cabaran hidup lebih baik 💪.

1. Kekal berhubung
2. Aktifkan diri
3. Syukur
4. Teroka minat
5. Beri

Jangan stres stres sangat dan lupa untuk Take 5 okay!

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
88% individu berumur 50 tahun ke atas tidak pernah melakukan saringan kanser kolorektal.

Jaga usus, jaga nyawa : Lakukan saringan kolorektal sekarang!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Are you serious, right in front of my salad??!!” is exactly what i said when i saw my friend eating cheeseburger in front of my healthy AND delicious salad wrap today because who said a healthy diet has to be boring? so turn over a new leaf now and then pluck it and toss it into your salad wrap.

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Anggaran 7.6 juta dewasa mempunyai tahap kolesterol tinggi.

Kolesterol tinggi menyumbang kepada penyakit berkaitan jantung.

Lakukan saringan kesihatan setahun sekali, seawal usia 18 tahun untuk ketahui status kesihatan anda. Aktifkan diri dan makan secara sihat.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rokok sangat merugikan dalam kehidupan.

Merugikan duit, haram di sisi agama juga menjejaskan persekitaran dan kesihatan diri sendiri, keluarga serta masyarakat.

Yang merokok, usahalah untuk berhenti merokok dan yang cuba hendak merokok atau vape, jangan mulakan.

Jauhi rokok. Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan obesiti dan pelbagai penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.

⚠️ Oleh itu, kawal pengambilan gula setiap hari dalam makanan dan minuman. 𝗕𝗶𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻𝗶𝘀. Jangan biarkan manisnya gula menghancurkan kesihatan anda.

Bertindak sekarang sebelum terlambat‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Langkah Sihat Putrajaya 2024

Ayuh warga Kementerian di Putrajaya, setiap Kementerian akan bersaing untuk merebut ePingat dalam cabaran Langkah Sihat Putrajaya 2024.

Jom mulakan Langkah Sihat Putrajaya 2024 seperti ketetapan berikut:

🗓️ 20 Ogos 2024 hingga 3 September 2024 (15 hari)
🏃🏽Secara berkumpulan (7 – 30 peserta sekumpulan dari kementerian yang sama)
👟10,000 langkah sehari = 1 point

📱Daftar melalui aplikasi BiiB+ (muat turun melalui app store/google store/huawei store)

Setiap langkah amat bermakna selain dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.

Jom warga Kementerian, kita budayakan hidup sihat!

#Kukuhkan Imuniti Badan
#MalaysiaSihat