Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Badan yang sihat bermula daripada makan yang sihat.

Pemakanan yang sihat adalah asas dalam gaya hidup sihat untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan dan obesiti.

Jom bersama-sama menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat dengan mengamalkan budaya hidup sihat.

#MalaysiaSihat

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
1 daripada 2 dewasa tidak bersenam selepas duduk 2 jam.

Berjalan 10,000 langkah sehari untuk kekal aktif.

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Rakyat Malaysia 🇲🇾 diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan 🍩🍪 dan minuman 🧃🍹yang tinggi gula. Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan.👍🏻

Jom‼️ Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.

'𝗚𝘂𝗹𝗮 : 𝟭 𝗦𝘂𝗱𝘂 𝗧𝗲𝗵 𝗗𝗮𝗵 𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽, 𝗞𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗮𝗶𝗸, 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸'

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Jadikan Aktiviti Memberus Gigi 🦷 Seronok Setiap Hari 🌞

Memberus gigi tidak perlu menjadi tugas yang membosankan. Dengan sedikit kreativiti dan usaha, anda boleh menjadikan aktiviti ini menyeronokkan dan mendidik untuk anak-anak.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Folik asid untuk kesuburan? Betulkah? Apa sebenarnya kepentingan folik asid?

#kenaliubatanda #folikasid #asidfolik #pharmacists

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Golongan Obesiti Berpotensi Menghidap Diabetes

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 6 Ogos 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Aizuniza Binti Abdullah
Pakar Perubatan Perunding Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit

Dr. Navin Kumar Loganadan
Pegawai Farmasi Diabetes
Hospital Putrajaya

#MalaysiaSihat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Korang dah buat saringan kesihatan ke belum?

Saringan kesihatan adalah cara yang paling efektif untuk mengesan penyakit.

Jom buat saringan kesihatan di mana-mana klinik atau hospital berdekatan sekarang!

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @arwan_r1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
1000 Hari Pertama Kehidupan

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Pn. Nur Sabrina Zulkefli, Pegawai Sains Pemakanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor.

#MalaysiaSihat
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sistem limfatik adalah sistem peredaran cecair limfa dalam tubuh manusia. Ia bertindak sebagai sistem pertahanan tubuh / imuniti untuk melawan jangkitan kuman.

Antara langkah bagi menjaga sistem limfatik adalah memastikan kesihatan tubuh berada di tahap optimum, mengamalkan pengambilan makanan sihat dan seimbang serta melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Dengan bergerak lebih banyak, anda membantu sistem ini untuk berfungsi dengan lancar.

Jom budayakan hidup sihat demi sistem limfatik yang baik!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Saksikan fblive Sembang SIhat MIlik Selangor 10 pagi hari ini dengan tajuk "Leptospirosis: Lewat Rawatan Ragut Nyawa" bersama Dr. Ahmad Faizul Abd Rahman Sazli, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

Sumber: https://www.facebook.com/CPKJKNS/videos/480621091415513
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tip untuk menangani stres dengan bijak

1. Menjalin hubungan baik dengan keluarga dan rakan-rakan
2. Kekal aktif dengan melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari atau bersenam di gimnasium
3. Bersyukur dengan perkara-perkara kecil dalam kehidupan
4. Terokai minat baru
5. Amalkan sifat murah hati dan memberi kepada orang lain

Amalkan budaya hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @alianaazizan_

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
💊UBAT-UBATAN DALAM RAWATAN GERD

Kebanyakan orang tidak menyangka GERD akan membawa perubahan drastik dalam hidup mereka.

GERD boleh menjejaskan kehidupan seperti keseronokan menikmati makanan, tidur yang mencukupi dan kualiti hidup.

Jom ketahui ubat-ubatan dalam rawatan GERD!

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
UBAT KESUBURAN, SEJAUH MANA BOLEH MEMBANTU?🧐

Apakah ubat-ubatan/suplemen yang digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti telur?

Bagaimana dengan herba dan makanan? adakah yang dapat meningkatkan kesuburan wanita?

Lebih tinggi dos ubat lebih tinggi tahap kesuburan? Benarkah?

Dengarkan kupasan lanjut dari Puan Shafnah Binti Adnan, Pegawai Farmasi Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Anda inginkan gigi palsu untuk menggantikan gigi yang tiada?

Pelbagai jenis gigi palsu yang ditawarkan dalam perkhidmatan pergigian mengikut kesesuaian mulut anda.

Dapatkan nasihat lanjut daripada doktor gigi yang bertauliah!

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Waspada!

Jangan ambil ubat tidur secara sewenang-wenangnya. Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan ubat apabila diambil untuk jangka masa panjang.

Ubat tidur juga boleh menyebabkan anda rasa mengantuk dan pening serta hilang tumpuan untuk melakukan kerja.

Berjumpalah dengan profesional kesihatan sekiranya anda mengalami masalah tidur.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani