Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Elakkan penyakit semasa banjir dan jagalah kesihatan semasa di pusat pemindahan banjir.

#Banjir
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Buat persediaan awal sebelum tiba musim tengkujuh sekiranya kawasan kediaman anda sentiasa dinaiki air semasa banjir.

Antara persediaan yang boleh dilakukan adalah menyediakan keperluan peribadi diri dan suami, keperluan bayi dan anak, bekalan ubat serta buku rekod kesihatan.

➡️ Anda boleh berhubung dengan pejabat kesihatan untuk khidmat selanjutnya.

➡️ Nasihatkan anak anda supaya tidak bermain air banjir kerana berbahaya.

➡️ Ikut arahan pihak berkuasa semasa di pusat pemindahan banjir.

➡️ Minum air dan makanan yang telah dimasak.

➡️ Selepas banjir surut, pakai kelengkapan yang sesuai semasa kerja-kerja pembersihan selepas banjir dilakukan.

Jaga kesihatan anda walaupun ditimpa musibah.

#banjir
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan permulaan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut bagi seluruh negara dijangka akan bermula Rabu (3 November 2021) sehingga Mac tahun depan.

Ini persiapan yang boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas banjir.

#banjir
#sihatmiliķku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Risiko penyakit akibat banjir

👉 Konjunktivitis
👉 Leptospirosis
👉 Penyakit bawaan air dan makanan
👉 Demam denggi

#banjir
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
9 Langkah elakkan penyakit berkaitan banjir

#banjir
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Dengan peningkatan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), langkah-langkah pencegahan COVID-19 di PPS perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh semua penghuni dan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan kebajikan mangsa di PPS.

Berikut merupakan carta alir proses kemasukan ke PPS.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://bit.ly/3e64Gkp

#banjir
Buat persediaan awal sebelum tiba musim tengkujuh sekiranya kawasan kediaman anda sentiasa dinaiki air semasa banjir.

Antara persediaan yang boleh dilakukan adalah menyediakan keperluan peribadi diri dan suami, keperluan bayi dan anak, bekalan ubat serta buku rekod kesihatan.

➡️ Anda boleh berhubung dengan pejabat kesihatan untuk khidmat selanjutnya.

➡️ Nasihatkan anak anda supaya tidak bermain air banjir kerana berbahaya.

➡️ Ikut arahan pihak berkuasa semasa di pusat pemindahan banjir.

➡️ Minum air dan makanan yang telah dimasak.

➡️ Selepas banjir surut, pakai kelengkapan yang sesuai semasa kerja-kerja pembersihan selepas banjir dilakukan.

Jaga kesihatan anda walaupun ditimpa musibah.

https://youtu.be/5AoMCa373sM

#banjir
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
WASPADA RISIKO PENYAKIT KONJUNKTIVITIS SEMASA BANJIR!

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.

#banjir
WASPADA RISIKO PENYAKIT DISENTRI SEMASA BANJIR!

Disentri adalah penyakit jangkitan pada usus yang boleh menyebabkan cirit-birit disertai darah dan lendir, dan boleh meningkat risikonya sewaktu banjir.

Bakteria penyebab disentri ini dapat berpindah melalui sentuhan langsung dengan bakteria pada najis, melalui makanan dan minuman yang tercemar, atau air yang mengandungi bakteria.

Ikuti LANGKAH PENCEGAHAN berikut untuk mengelakkan disentri.

#banjir
WASPADA RISIKO PENYAKIT DENGGI SEMASA BANJIR!

Semasa banjir, hujan akan menyebabkan bekas-bekas menakung air menjadi tempat pembiakan NYAMUK aedes. Ini menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan boleh merebakkan penyakit bawaan nyamuk seperti demam DENGGI tidak kira semasa banjir atau selepas banjir.

Sila dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika mengalami sebarang gejala penyakit ini.

Langkah utama untuk mengawal penularan virus denggi ialah dengan memerangi nyamuk aedes.

Jadi ketahui langkah yang perlu anda lakukan SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS banjir untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi.

#banjir