Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID 19 : Pengesanan Kontak Rapat

Saksikan dalam rancangan Soal Rakyat pada pukul 11 malam di TV3 bersama Dr. Alif Adlan Mohd Thabit dari Hospital Sungai Buloh.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sempena Hari Kesihatan Pergigian Sedunia, saksikan sesi perkongsian bersama Dr. Doreyat Jemun dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 8.10 pagi esok di TV1 dengan tajuk Jom Bersama Kita Jaga Kesihatan Mulut !

#sihatmilikku
#walkthetalk
Bolivia, Jamaica dan Turki adalah 3 negara baru yang terlibat dengan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan negara menjadi 115.

Itali catat kes kematian tertinggi di luar China iaitu sebanyak 631.

Sebanyak 20 kes baru positif COVID-19 dilaporkan di Malaysia. Manakala satu kes (kes ke-78) telah pulih sepenuhnya dan telah discaj dari wad.

KKM menggesa agar

1. semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19

2. menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

3. tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19

4. tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
Situasi terkini COVID-19 di Malaysia.

20 kes baru menjadikan 149 kes dengan 26 kes sembuh dan discaj.

Dua kes dirawat di ICU tetapi stabil.
#COVIDー19 Seorang lagi pesakit iaitu kes ke-78 telah sembuh dan discaj Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Wanita 47 tahun warga tempatan itu disahkan positif pada 4 Mac.

Ini menjadikan 26 pesakit telah sembuh dan discaj.
COVID-19 : Selain dari menghubungi CPRC Kebangsaan, anda juga boleh menghubungi CPRC di Jabatan Kesihatan Negeri.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Pada hari ini melalui survelan KKM, satu kes dalam kalangan severe acute respiratory infection (SARI) telah dikesan dijangkiti COVID-19. Kes 131 disiasat dengan teliti iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 thn. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur selama 3 hari (28 Februari sehingga 1 Mac 2020).

Beliau mula mengalami gejala demam, batuk dan selesema pada 4 Mac 2020, sebelum kemudiannya mengalami sesak nafas pada 8 Mac 2020 dan dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama. Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 9 Mac 2020. Ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini telah disahkan positif pada 10 Mac 2020. Beliau sudah diasingkan dalam ward isolasi dan sedang menerima rawatan.

KKM menasihatkan mereka yg telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dr 28 Feb hingga 1 Mac 2020, segera menghubungi pejabat kesihatan daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah.

https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3126555530701647/
The World Health Organization on Wednesday declared the novel coronavirus outbreak a pandemic.

There are 118,000 cases, more than 4,000 deaths, the agency said, and the virus has found a foothold on every continent except for Antarctica.
11 Mac 2020:
Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan bahawa seorang kakitangan JKR Malaysia telah disahkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2020 dan telah diisolasikan. Pesakit ini sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menunjukkan reaksi positif atas rawatan yang diberikan. Kontak rapat pegawai yang dikenal pasti juga telah dikuarantin.

Bagi menangani penularan wabak ini, Jabatan telah mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk makluman, kontak rapat dalam kalangan kakitangan Jabatan dan Kementerian Kerja Raya telah menjalani saringan yang telah diadakan pada 11 Mac 2020 (Rabu). Keputusan saringan akan diperolehi selewat-lewatnya pada 14 Mac 2020 (Sabtu). Walau bagaimanapun,Jabatan ini akan tetap beroperasi seperti biasa. Pegawai yang telah menjalani saringan dibenarkan untuk melaksanakan tugas dari rumah.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Johor Bahru, 11 Mac – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor ingin mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Jabatan tidak pernah mengeluarkan berita berkaitan dengan penularan COVID-19 di Pasir Gudang mahupun di manamana kawasan sekitar Negeri Johor. Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang berita dan maklumat tentang wabak COVID-19 tanpa menyemak terlebih dahulu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Nak tahu tak Tips untuk memberus gigi dengan lebih Efektif?

Ya, betul
Ada pesakit yang menggosok gigi sehinga lebih dari 2-3 kali sehari. Tetapi akhirnya datang ke klinik gigi dalam keadaan gigi yang masih tidak berapa bersih. Ada juga yang datang ke klinik gigi dengan keadaan gigi yang ngilu.

Jadi, ini beberapa tips untuk anda menggosok gigi dengan lebih efektif dan sempurna.

Gigi Warisan Kita
Apakah itu karies gigi?
Adakah gigi anda memiliki tanda-tanda seperti yang dinyatakan atau ditunjukkan dalam gambar?
Jika Ya, jumpalah doktor gigi berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum terlambat!

SAYANGI GIGI ANDA
Check list cara mencegah masalah gigi. Semak diri. Audit diri. Adakah mencukupi cara kita menjaga gigi 😁

Mari kita menanamkan azam baru untuk menjaga gigi dengan lebih baik dan efektif 💪🏻
Saksikan Kesedaran COVID-19 dalam rancangan Malaysi Hari ini bersama Dr. Muhamad Hazizi Muhamad Hasani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan antara yang dipertanggungjawab untuk menguruskan Pusat Pemantauan Unit Kecemasan Negara di AKEPT.

https://www.youtube.com/watch?v=UspnoRNZmPs&feature=youtu.be&fbclid=IwAR3I5_-gXWzxXElhLHw6NFS2AvETRApQTUZHaIX9PfR6l0vStWUfpHYp_Hs

Kredit : MHI TV3

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
KKM menggesa agar:

1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

2. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

3. KKM menasihatkan Orang ramai tidak melancong keluar negara terutamanya negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

4. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

Amalkan langkah-langkah pencegahan dan jaga kebersihan diri.

- KPK, KKM
Nasihat kepada orang awam yang ingin membuat perjalanan ke luar negara.

Tangguhkan perjalanan ke negara-negara berwabak COVID-19. Sekiranya tidak dapat menangguhkan perjalanan, amalkan langkah-langkah pencegahan.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

WABAK COVID-19