Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
#COVID-19 Statistik terbaru WHO dikemaskini 11am, 12 Mac 2020.

China hanya rekod 15 kes positif pada Rabu termasuk 6 kes import.

Wabak di Eropah semakin serius dan kematian terus meningkat di Itali, Perancis dan Sepanyol.

AS umum sekatan perjalanan ke Eropah kecuali UK.

KKM menggesa agar :
1. semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19
2. menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
3. tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19
4. tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Lawatan Rasmi YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 10 Mac 2020.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KesiapsiagaanKKM
#MencegahLebihBaikDariMerawat
#NovelCoronaVirus
#COVID19

All mass gatherings should be postponed to minimise the spread of Covid-19 and those experiencing respiratory infection symptoms were advised not to attend programmes that involved crowded places, including religious activities.

More information https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/12/health-ministry-urges-all-mass-gatherings-to-be-postponed-immediately#.Xmm83p0PAxM.twitter
KENYATAAN MEDIA

MAKLUM BALAS KENYATAAN DI AKHBAR DAN MEDIA SOSIAL BERKENAAN PENULARAN KES WABAK COVID-19 DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG (HTAR)
Saksikan perkongsian mengenai Kerosakan Buah Pinggang dalam rancangan Bicara Diari Rawat di TV1 bersama Dr. Sunitha Bavanandam, Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 12 Mac.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Kenyataan Akhbar KPK 12 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, terdapat sembilan (9) kes baharu yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di:
https://kpkesihatan.com/2020/03/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 12th March 2020, 6 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sekatan perjalanan sepenuhnya kesemua rakyat Denmark dan warganegara
asing lain yang datang dari negara tersebut daripada memasuki Malaysia atau
transit di mana-mana pintu masuk.

Rakyat Malaysia adalah dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke
Denmark sekiranya tidak mendesak.

Rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari Denmark akan dikenakan perintah 'home quarantine' 14 hari.

Kesemua perintah ini berkuatkuasa 14 Mac 2020.

Dalam perkembangan lain, sembilan (9) kes baru positif COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 158 kes.

Manakala enam (6) kes telah pulih dan dibenarkan pulang. Dengan ini, 32 kes telah pulih dan discaj dari wad.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan garis panduan bagi Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) untuk membantu pengurusan sekolah di bawah KPM.

Mengambil kira status semasa penularan Covid-19 di Malaysia yang telah memasuki gelombang ke-2 ini ,dan selaras dengan lockdown di Denmark diputuskan;

1.Sekatan perjalanan sepenuhnya kesemua rakyat Denmark dan warganegara asing lain yang datang dari negara tersebut daripada memasuki Malaysia atau transit di mana-mana pintu masuk.

2.Rakyat Malaysia adalah dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Denmark sekiranya perjalanan berkenaan tidak mendesak atas faktor risiko mendapat jangkitan semasa berada dinegara terbabit.

3. Rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari Denmark akan dikenakan perintah 'home quarantine' 14 hari.

Kesemua perintah ini berkuatkuasa 14 Mac 2020.
Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia - 13 Mac 2020

Penangguhan Program Sukan dan Aktiviti KoKurikulum Berikutan Penularan Jangkitan Novel COVID-19
#COVID19 Statistik terkini WHO dikemaskini jam 8am 13 Mac 2020.

Kematian di Itali melebihi 1,000 org manakala di Sepanyol (84) kematian melebihi Korea Selatan (61).

Di ASEAN, tiga negara catat kematian - Filipina, Thailand dan Indonesia.

#COVID19 adalah #pandemic
Nasihat kepada Ibu Bapa semasa Cuti Sekolah.

Tangguhkan percutian ke negara-negara berwabak COVID-19
Sekiranya bergejala, elakkan tempat tumpuan orang ramai dan berehat di rumah.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kontak Rapat ialah individu yang mempunyai kontak secara langsung kepada pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.

Pihak petugas KKM akan menghubungi anda sekiranya anda adalah KONTAK RAPAT kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Adik-adik jangan terlalu happy tau cuti sekolah ni...cuti ni manfaatkan masa terluang duduk di rumah je sambil mengulangkaji pelajaran dan siapkan kerja rumah yang cikgu bagi...bukan apa keadaan COVID-19 sekarang sangat membimbangkan kita...apa kata setiap petang ajak mak ayah laksanakan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah kita...kan bermanfaat tu...kita risau COVID-19 boleh membawa maut sedangkan AEDES tu tggu masa je nak ragut nyawa kita...TAK TAKUT KE NGAN AEDES TU????

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CaridanMusnah
Pesanan kepada peserta Ijtimak Tabligh yang diadakan di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Channel name was changed to «Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia»