Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Chair Exercise.

Sertai FB Live anjuran Wellness Hub Purun esok pada pukul 11.00 pagi bersama Coach Lia.

#ANMS
#KekalSihat
#KekalAktif
#sihatmilikku
Saksikan video montaj Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health) (NCEMH) dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Tahun 2022 yang telah disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan pada 21 Oktober 2022 di Aras 6, Bangunan Quill-18, Cyberjaya.

Perkhidmatan psikiatri di institusi mental bermula pada tahun 1950an, manakala wad kesihatan mental pertama dibuka di Hospital Besar Pulau Pinang. Kini perkhidmatan psikiatri telah disediakan di 56 hospital dan 4 institusi mental. Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan bermula tahun 2001.

Sepanjang tahun 2014 hingga 2021 banyak tragedi dan krisis telah berlaku seperti MH370, tragedi MH17, banjir 2014, pencemaran Sungai Kim Kim, COVID-19 dan banjir 2021. Perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) turut merupakan peranan yang penting semasa tragedi dan krisis ini berlaku.

#ANMS 
#KekalSihat 
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Saksikan pula gimik Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health) (NCEMH) dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Tahun 2022.

Untuk mencapai kesihatan mental yang baik, kita memerlukan elemen-elemen asas. Ini dapat digambarkan melalui Pokok Kesihatan Mental. Tegak berdirinya pokok ini dapat digambarkan melalui akar, batang dan buahnya sebagai hasil.

Akar pokok yang menggambarkan 8 elemen asas akan membentuk kesihatan mental yang baik iaitu kemahiran hidup, kejujuran, sokongan sosial, kasih sayang, tanggungjawab, persahabatan, penyayang dan nilai moral dan agama.

Elemen-elemen ini akan menjadi lebih kukuh dengan adanya pemikiran positif sebagai batang pokok yang akan menjamin penghasilan buah-buah Pokok Kesihatan Mental. Buah-buah menggambarkan 12 elemen kesihatan mental iaitu tolak ansur, motivasi, komunikasi berkesan, keharmonian, matlamat hidup realistik, menangani konflik, penyelesaian masalah, penerimaan, produktiviti, harga diri, kebahagiaan dan tegas diri.

#ANMS 
#KekalSihat 
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
21 Oktober 2022 : Telah berlangsung Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health) (NCEMH) dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Tahun 2022 yang disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, di Aras 6, Bangunan Quill-18, Cyberjaya.

Visi NCEMH adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bahagia, berdaya tahan dan produktif dengan kesejahteraan sosial, emosi dan rohani dalam persekitaran keluarga dan komuniti yang menyokong.

Moga dengan penubuhan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan ini dapat mempromosikan kesihatan mental dan kesejahteraan dalam masyarakat. Tahniah diucapkan!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02kEAtou1wzwPz2N4GZu5WzRxcNhv6LnAFuJGczavAX8VzH6a6pVSLS3q8SkZTwD4fl&id=100068159346549
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Menjaga kesihatan diri dan pupuk minda sihat bukan perkara yang mustahil.

Lakukan perubahan bermula dengan mengubah sikap diri sendiri dan bertindak kearah jadikan gaya hidup sihat sebagai budaya kita.

AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dengan menjadikan kesihatan sebagai satu keutamaan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Amsyar Johari

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kembara Uni-Sihat diteruskan ke selatan tanah air iaitu di Johor. Pada 21 Oktober 2022 (Jumaat), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor merupakan destinasi keempat bagi kembara ini selepas Universiti Multimedia (MMU), Universiti Utara Malaysia (UUM) & Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Kedah.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di UTHM seperti Memanah Mini, Cabaran Lompat dan Lekat, Mini Futsal dan Basikal Jus. Warga IPT turut berpeluang untuk menilai tahap kecergasan di booth Wellness Hub Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Batu Pahat. Seramai 165 orang pelajar telah menyertai aktiviti yang dijalankan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid03dvsiyTNjKQBNED3dgFF5V6YA3f1suZnmfAXKxa6ApSNJM5Cq5WvQfyMFfCFv3d3l&id=100068159346549
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak tahu rahsia senyuman menawan?

Senyuman menawan bermula dengan amalan penjagaan gigi secara konsisten setiap hari.

Pastikan kita memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Mudahkan?

Layari laman sesawang & ikuti
media sosial MyHEALTHKKM
untuk maklumat lanjut.
@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit : Dixon Thum

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Chair Exercise.

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Purun pada pukul 11.00 pagi bersama Coach Lia.

#ANMS
#KekalSihat
#KekalAktif
#sihatmilikku
Setiap cabaran adalah jalan ke arah kejayaan.

Let's TALK ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Walaupun tidak merokok, seseorang sebenarnya terdedah kepada pelbagai penyakit seperti seorang perokok.

SPEAK OUT atau nyatakan rasa tidak selesa kepada orang yang merokok di sekeliling anda.

Namun, tegurlah dengan cara yang paling berhemah dan sopan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku
Kredit: Coach Tham

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Anda peminat nasi lemak

Nasi lemak kini menjadi pilihan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Namun, jangan lupa untuk lengkapkan hidangan nasi lemak dengan kombinasi sayuran seperti timun, kangkung atau ulam-ulaman.

#sukusukuseparuh
FB Live: Chair Exercise🔥

https://fb.watch/gj6uejjmT_/

Sumber: Wellness Hub Purun
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .
(@myhealthkkm)

#kekalsihat
#SihatSepanjangHayat
#hepili

Kredit: Steve Yap

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
22 Oktober 2022 - Aktiviti ZumBatik bersama Suria FM telah berjaya diadakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) di Laman Plaza, Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay.

YBhg. Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh, Ketua Setiausaha KKM telah berbesar hati merasmikan aktiviti ini awal pagi tadi. Selain itu, program ini turut diserikan dengan kehadiran DJ Suriafm iaitu Feeya Iskandar, Tyzo Xander, Sharifah Shahira dan DJ Lin.

Peserta zumba yang datang memakai kain batik sebagai aksesori. Bersama-sama kita membudayakan hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan.

#ANMS
#KekalSihat
#bmss
#sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02nmVjeXo2D8zSGB6C7C7KvmCfDkg4UpLee6wjmGKped8HY9w6xKRRrikC1kkmsAn7l&id=100068159346549
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak tahu rahsia senyuman menawan?

Senyuman menawan bermula dengan amalan penjagaan gigi secara konsisten setiap hari.

Pastikan kita members gigi sekurang-kurangnya2 kali sehari.

Mudahkan?

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut. (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Jack Kho

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor merupakan destinasi kelima bagi Kembara Uni-Sihat sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

Antara aktiviti menarik yang telah diadakan pada hari ini 22 Oktober 2022 (Sabtu) adalah Memanah Mini, Cabaran Lompat dan Lekat, Mini Futsal dan Basikal Jus. Aktiviti ini telah disertai oleh 295 orang pelajar.

Kembara ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dr Nor’ashikin bte Sharif, Pengarah Pusat Kesihatan UTM dan sesi penyerahaan plak penghargaan kepada pihak UTM telah diadakan semasa Majlis Penutup Program Uniform Bodies, Clubs and Societies (UNBOCS), UTM yang turut diadakan pada hari yang sama.

#ANMS #KekalSihat #bmss #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02JivN9zmj5NSupXJKPCzVPCgYVfStZ6nNcbDUCH1u2gu1CfZu9inXosfq1fagHZ31l&id=100068159346549
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sibuk dengan kerja? Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita abaikan status kesihatan kita.

Jom lakukan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan kita sekaligus dapat mengelakkan kita daripada menghidapi penyakit tidak berjangkit atau Non- Communicable Diseases (NCDs).

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut. (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal MyHEALTH)

#kekalsihat
#SihatSepanjangHayat
#ANMS

Kredit: Sairiya Murugiah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Generational End Game atau generasi penamat perokok boleh dicapai dengan sokongan semua pihak bermula dari setiap rakyat Malaysia.

Sayangilah generasi muda agar bebas daripada terus terbelenggu dengan tabiat merokok dan ketagihan nikotin yang berpanjangan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal MyHEALTH)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Amsyar Johari

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🇲🇾 Sempena cuti perayaan kali ini, orang ramai adalah digalakkan untuk mengamalkan yang berikut:

#TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform dan Seek) terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti berkumpulan atau berkunjung sekiranya anda bergejala.

Sayangi ❤️ diri dan
Keluarga anda