Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Penyakit Jarang Jumpa sering menjadi rahsia dalam kehidupan kita di Malaysia. Bagi kebanyakan orang, kehadiran penyakit ini masih samar dan misteri namun bagi individu yang mengalaminya, setiap hari adalah cabaran yang sebenar untuk terus melangkah dengan kasih sayang yang tidak terbatas.

Mari kita sama-sama hayati kisah keluarga adik Abeer Jannah dan adik Inaara yang mendedahkan kisah pahit manis mereka menjaga pesakit Penyakit Jarang Jumpa.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mengharungi liku cabaran bersama Iskandar, penghidap Hyper IGM Syndrome.

Jom hayati kisah perjuangan dan harapan keluarga Siti Aminah.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Johor, Unit NCD Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat akan menyiarkan Webinar bersama 4 orang panel dengan tema Lindungi Kanak-Kanak Daripada Pengaruh Industri Tembakau.

Tarikh : 4 Julai 2024 (Khamis)
Masa : 8.45 pagi hingga 1.00 tengah hari
Link : FB Wellness Hub Batu Pahat akan diberikan kemudian

Sepanjang webinar berlangsung, kami sajikan anda dengan soalan-soalan kuiz, tayangan video dan VT pemenang-pemenang Pertandingan Melukis Poster.

#haritanpatembakausedunia2024
#speakout
#AgendaNasionalMalaysiaSihat
#sihatmilikku

Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat
Antimikrob digunakan secara meluas bagi merawat jangkitan mikroorganisma terhadap manusia. Walaupun antimikrob mempunyai banyak kesan baik, penggunaan yang tidak wajar boleh mewujudkan masalah kerintangan antimikrob AMR. AMR boleh menyebabkan penyakit sukar diubat dan akan meningkatkan risiko morbiditi dan kematian.

Antara bahaya kerintangan antimikrob adalah jangkitan menjadi lebih serius dan mungkin menyebabkan kematian, risiko penyebaran jangkitan kepada orang lain meningkat dan tempoh rawatan di hospital yang panjang dan kos rawatan meningkat.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Alahan Makanan Laut Mengundang Bahaya

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 25 Jun 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Ee Siew Li
Pakar Dermatologi
Hospital Tengku Ampuan Rahimah

#ANMS #sihatmilikku
1,000 hari pertama kehidupan anak-anak kita bermula dari awal kehamilan hingga usia dua tahun. Ini kerana dalam jangka masa ini, perkembangan mental dan fizikal anak berkembang dengan pesat.

Elemen penting yang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa sepanjang 1,000 hari pertama kehidupan :

👉 Kesihatan ibu dan Anak
👉 Pemakanan
👉 Kesihatan mental / psikologi
👉 Penjagaan kesihatan gigi dan mulut
👉 Penjagaan keselamatan
👉 Penggunaan ubat-ubatan
👉 Kebersihan air, persekitaran dan sanitasi
👉 Aktiviti Fizikal

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Leptospirosis

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Jamilah Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dapatkan maklumat berkenaan imunisasidi Immunise4Life!

Layari laman https://www.ifl.my

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Leptospirosis

Jangan lupa sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Jamilah Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) diperkenalkan untuk memastikan penjawat awam kekal sihat dan cergas.

Fokus utama PSS adalah

🏃 Hidup aktif
🍱 Pemakanan sihat
🩺 Saringan kesihatan
📍 Persekitaran yang menyokong
🥗 Pemakanan selamat
👉 Pengiktirafan
📋 Intervensi Kesihatan

Nantikan Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera pada 21 Julai 2024 nanti di Dataran Putrajaya, Presint 3.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama