Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bertukar ke vape/e-cigarette bukanlah jalan penyelesaian untuk seseorang itu berhenti merokok.

Penggunaan alat tersebut yang kononnya jalan pintas ganti rokok sebenarnya juga boleh mengundang padah kepada jantung dan paru-paru.

Jalan terbaik untuk berhenti merokok adalah dengan mendapatkan bantuan dan nasihat berhenti merokok di talian Quitline 03 8883 4400.

Atau kunjungi perkhidmatan berhenti merokok yang ditawarkan di klinik kesihatan dan hospital seluruh Malaysia.

Kredit: https://vt.tiktok.com/ZS8tv3hQ7/

#JauhiRokok
#KekalSihat
#AgendaNasionalMalaysiaSihat

Sumber: Institut Perubatan Respiratori
15 Jun 2024 - Program Gerak Mesra Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Sempena Hari Denggi Asean 2024, di Balairaya Tmn Murni akan dirasmikan oleh YB Pn Gan Peck Cheng, ADUN Kawasan Penggaram. Daftar seawal 7.30 pagi, ada saringan kesihatan, senamrobik, pameran interaktif pemakanan dan MyChampion. Jumpa ada di sana !

#goromega
#hapusaedes
#AgendaNasionalMalaysiaSihat
#sihatmilikku
#1hourjohorcleanup
#haridenggiasean
Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Johor, Unit NCD Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat akan menyiarkan Webinar bersama 4 orang panel dengan tema Lindungi Kanak-Kanak Daripada Pengaruh Industri Tembakau.

Tarikh : 4 Julai 2024 (Khamis)
Masa : 8.45 pagi hingga 1.00 tengah hari
Link : FB Wellness Hub Batu Pahat akan diberikan kemudian

Sepanjang webinar berlangsung, kami sajikan anda dengan soalan-soalan kuiz, tayangan video dan VT pemenang-pemenang Pertandingan Melukis Poster.

#haritanpatembakausedunia2024
#speakout
#AgendaNasionalMalaysiaSihat
#sihatmilikku

Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat