Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kempen REBUNG Episod 3/6 - Kanser Pangkal Rahim @Serviks

🥳 Bila anda kesan kanser pangkal rahim pada peringkat awal atau pra-kanser, banyak faedahnya!
🤰🏻🤰🏻“Wanita masih boleh mengandung sekiranya pra-kanser pangkal rahim dikesan dan dirawat”
👩🏻‍⚕️👩🏻‍⚕️"Boleh jumpa staf wanita di klinik atau hospital untuk buat ujian saringan HPV atau Pap Smear"

YANG PENTING...kanser pangkal rahim boleh dikesan dan dirawat awal dengan…

1️⃣ Membuat *ujian saringan* HPV atau Pap Smear bila tak ada gejala secara berkala bila berumur antara 30 hingga 65 tahun
2️⃣ Membuat ujian kendiri HPV *sendiri* – boleh elak daripada guna “mulut itik”
3️⃣ Membuat ujian saringan dengan jururawat atau doktor *wanita*

#camcepat #cekcepat #ikutcakappakar #cegahkalauboleh #kanserpangkalrahim #kanserserviks

Tonton 3 video REBUNG khas untuk anda:

❇️ Pengenalan kanser pangkal rahim https://youtu.be/JfwJtIYghN0
❇️ Tanda-tanda kanser pangkal rahim tanpa gejala https://youtu.be/aFG3xcM69BU?t=8
❇️ Panduan mendapatkan pengesahan diagnosis kanser pangkal rahim https://youtu.be/OKJBraXTJ5A

☎️ Komuniti Taman Medan --
Hubungi nombor di bawah hari ini sekiranya anda perlukan maklumat lanjut untuk kesan tanda-tanda awal kanser Pangkal Rahim @SERVIKS!

1. Rakan Pembimbing Kanser Komuniti (Ra.Kan Ku) REBUNG
🔸Puan Jamiah 0133473071
🔸Puan Norlizah 0123772625
🔸Puan Salenah 01127250911
ATAU

2. Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) National Cancer Society Malaysia di 1-800-88-1000

Jom kongsi mesej ini dengan komuniti & keluarga anda.

Sumber: https://www.facebook.com/101793155289634/posts/393170319485248/?d=n