Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Orang Melaka jangan lupa temujanji kita
4- 5 Jun 2022

Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat akan bermula di Negeri kita.

Inijam Melaka Sihat!!
Orang Melaka memang 'steady'

Jelajah kali ini turut diadakan sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Kebangsaan.

Ada apa di Jelalah ni nanti??

1. Anda boleh mendapatkan
pemeriksaan kesihatan

2. Boleh juga nak periksa Kesihatan Gigi

3. Ada kuiz dan pelbagai pertandingan

4. Ada forum bersama PU azman
( 4 Jun 10.00 pagi )

5. Ada demo aktiviti fizikal

6. Ada pameran pelbagai agensi

7. Ada senamrobik beramai ramai

8. Ada 10000 langkah menyusuri sungai
Melaka

9. Ada demo CPR

10. Mestilah ada hadiah hadiah menarik
untuk dimenangi

Jangan Lupa ajak semua datang ramai ramai.

Jumpa di sana tau..

Sumber: JKN Melaka
Kempen REBUNG Episod 6/6 - Panduan Pencegahan Kanser

🧐 Ramai takut dengan kanser kerana tak tahu langkah-langkah pencegahan yang betul, kan?

Jadi, jom kita ikut 10 langkah-langkah pencegahan kanser melalui video REBUNG di bawah!

1️⃣ Berhenti merokok 🚭 atau elakkan asap rokok dan tembakau
2️⃣ Pastikan berat badan anda sihat 💪🏽
3️⃣ Aktif bersenam 💦 dan aktiviti fizikal
4️⃣ Amalkan pemakanan yang sihat 🍎
5️⃣ Kurangkan makanan segera dan proses 🍟
6️⃣ Jangan gunakan suplemen untuk mencegah kanser 💊
7️⃣ Kurangkan pendedahan pada cahaya matahari 😎
8️⃣ Kurangkan pengambilan daging merah dan daging yang diproses 🥩
9️⃣ Elakkan minuman bergula 😛
1️⃣0️⃣ Elakkan minuman beralkohol 🍺
Ingat 4C sebab kanser ni kita boleh...
❇️ Cam cepat
❇️ Cek cepat
❇️ Ikut Cakap pakar
❇️ Cegah kalau boleh

Klik pautan video berikut tentang 2 jenis vaksinasi kanser dan 10 langkah untuk mencegah kanser: https://youtu.be/rCwuwJ5PTbo

☎️ Komuniti Taman Medan --
Hubungi nombor di bawah hari ini sekiranya anda perlukan maklumat lanjut untuk kesan tanda-tanda awal kanser, rawat, dan cegah kanser Payudara, Usus, Pangkal Rahim, & Paru-Paru lebih awal!

1. *Rakan Pembimbing Kanser Komuniti (Ra.Kan Ku)* REBUNG Taman Medan
🔸Puan Jamiah 0133473071
🔸Puan Farzanah 01123818788
🔸Puan Amyra 0109424680

2. *Organisasi Kanser*
👉🏼 Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) National Cancer Society Malaysia di 1-800-88-1000
👉🏼 Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Breast Cancer Welfare Association Malaysia di 03-79540133
👉🏼 Persatuan Penghidap Kanser Kolorektal Malaysia (CORUM) CORUM Colorectal Cancer Survivorship Society Malaysia di 010-8865728
👉🏼 Hospis Malaysia Hospis Malaysia di 03-9133936

Dapatkan sumber rujukan kempen REBUNG episod 6/6 di -
🎁 https://linktr.ee/rebung.um
🎁 https://umcri.um.edu.my/rebung

#projekrebungpj #kempenrebung #projekrebungtamanmedan #kesankanserawal #mesejrebung #videorebung #MMUXUM #FACXRebung #tamanmedanpj #kanserpayudara #kanserusus #kanserpangkalrahim #kanserparuparu

Jom kongsi mesej ini dengan komuniti & keluarga anda.
Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan (MyV + IFitEr 2.0) akan bermula pada 11 Jun 2022.

Pendaftaran telah dibuka pada 21 Mei 2022 dan dilanjutkan sehingga 6 Jun 2022.

Rebut peluang ini untuk kurangkan berat badan anda dan menangi hadiah yang ditawarkan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
HFMD : Pencegahan dan Rawatan serta Peranan Ibu Bapa / Penjaga

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 31 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Hari Keselamatan Makanan Sedunia Do's & Don'ts untuk Pengendali Makanan

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 petang bersama Pn. Norhidayah Md Sahray dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Hari Keselamatan Makanan Sedunia Do's & Don'ts untuk Pengendali Makanan

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Ciri baharu MySejahtera: Notifikasi Makluman Kesihatan Cacar Monyet

Pengembara luar negara yang baru tiba dari negara yang dilaporkan mempunyai kes Cacar Monyet, akan mendapat makluman kesihatan ini di aplikasi MySejahtera.

Sila rujuk infografik ini.

____________________________________________

New Feature of MySejahtera: Monkeypox Health Alert Notification

Overseas travellers who have just arrived from countries reported to have Monkeypox cases, will get this health alert on the MySejahtera app.

Kindly refer to this infographic.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Setelah dua tahun Keluarga Malaysia bersatu hati dan berganding bahu dalam menangani pandemik COVID-19, kini Malaysia telah beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.

Setelah dua tahun Keluarga Malaysia bersatu hati dan berganding bahu dalam menangani pandemik COVID-19, kini Malaysia telah beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.

Dalam mendepani Fasa Peralihan ke Endemik, pelbagai inisiatif dan usaha dilaksanakan demi memperkasakan Keluarga Malaysia agar mengamalkan budaya hidup sihat.

Jom klik https://bit.ly/3NJujaz untuk baca e-majalah keluaran Jun 2022. Pelbagai isu menarik dikongsikan antaranya seperti Jelajah ANMS, Waspada penyakit Tangan, Kaki dan Mulut dan MyCHAMPION.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SESI TOWNHALL MEETING PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat 2022 (ANMS) @ Melaka.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.20 pagi di TV1 bersama Dr. Rusdi Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku