Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kempen REBUNG Episod 6/6 - Panduan Pencegahan Kanser

🧐 Ramai takut dengan kanser kerana tak tahu langkah-langkah pencegahan yang betul, kan?

Jadi, jom kita ikut 10 langkah-langkah pencegahan kanser melalui video REBUNG di bawah!

1️⃣ Berhenti merokok 🚭 atau elakkan asap rokok dan tembakau
2️⃣ Pastikan berat badan anda sihat 💪🏽
3️⃣ Aktif bersenam 💦 dan aktiviti fizikal
4️⃣ Amalkan pemakanan yang sihat 🍎
5️⃣ Kurangkan makanan segera dan proses 🍟
6️⃣ Jangan gunakan suplemen untuk mencegah kanser 💊
7️⃣ Kurangkan pendedahan pada cahaya matahari 😎
8️⃣ Kurangkan pengambilan daging merah dan daging yang diproses 🥩
9️⃣ Elakkan minuman bergula 😛
1️⃣0️⃣ Elakkan minuman beralkohol 🍺
Ingat 4C sebab kanser ni kita boleh...
❇️ Cam cepat
❇️ Cek cepat
❇️ Ikut Cakap pakar
❇️ Cegah kalau boleh

Klik pautan video berikut tentang 2 jenis vaksinasi kanser dan 10 langkah untuk mencegah kanser: https://youtu.be/rCwuwJ5PTbo

☎️ Komuniti Taman Medan --
Hubungi nombor di bawah hari ini sekiranya anda perlukan maklumat lanjut untuk kesan tanda-tanda awal kanser, rawat, dan cegah kanser Payudara, Usus, Pangkal Rahim, & Paru-Paru lebih awal!

1. *Rakan Pembimbing Kanser Komuniti (Ra.Kan Ku)* REBUNG Taman Medan
🔸Puan Jamiah 0133473071
🔸Puan Farzanah 01123818788
🔸Puan Amyra 0109424680

2. *Organisasi Kanser*
👉🏼 Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) National Cancer Society Malaysia di 1-800-88-1000
👉🏼 Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Breast Cancer Welfare Association Malaysia di 03-79540133
👉🏼 Persatuan Penghidap Kanser Kolorektal Malaysia (CORUM) CORUM Colorectal Cancer Survivorship Society Malaysia di 010-8865728
👉🏼 Hospis Malaysia Hospis Malaysia di 03-9133936

Dapatkan sumber rujukan kempen REBUNG episod 6/6 di -
🎁 https://linktr.ee/rebung.um
🎁 https://umcri.um.edu.my/rebung

#projekrebungpj #kempenrebung #projekrebungtamanmedan #kesankanserawal #mesejrebung #videorebung #MMUXUM #FACXRebung #tamanmedanpj #kanserpayudara #kanserusus #kanserpangkalrahim #kanserparuparu

Jom kongsi mesej ini dengan komuniti & keluarga anda.