CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 27 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.94. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Yahooo !! Dah boleh berkumpul bersama keluarga!!

Eh.. jangan seronok sangat. Sebelum berkumpul... fikir dahulu..

💭 Perlukah aktiviti berkumpul ni?
💭 Dah buat saringan ujian kendiri COVID-19?
💭 Adakah saya bergejala?

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita adalah Keluarga Malaysia Prihatin.

Tanggungjawab kita adalah memperkasakan keluarga dan komuniti.

Kita boleh menegur dan ditegur.

Ingat! Kita keluarga Malaysia prihatin. Kalau bukan kita yang mengingatkan keluarga kita dan komuniti, siapa lagi?

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sehingga 28 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,377 kes (2,454,749 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 6,637 kes (2,354,622 kes kumulatif, 95.9%);
Kes baharu : 6,377 kes (2,454,749 kes kumulatif);
Kes import : 32 kes (20 warganegara; 12 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,345 kes [6,011 warganegara (94.7%); 334 bukan warganegara (5.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 564 kes (500 kes disahkan COVID-19 ; 64 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 294 kes (207 kes disahkan COVID-19 ; 87 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,752 kluster;
Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,278 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 474 kluster.

Daripada 6,377 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
101 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,276 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/10/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA (SEHINGGA 28 OKT 2021)

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institute for Medical Research (IMR), Faculty of Medicine (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Malaysia Genome Institute (MGI), dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM) telah mengenalpasti sebanyak 261 kes baharu yang mana kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu
• 259 kes varian Delta (B.1.617.2); dan
• Dua (2) kes varian Beta (B.1.351).
FOM-UM telah mengenalpasti sebanyak 72 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), IMR telah mengenalpasti sebanyak 55 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE-UiTM telah mengenalpasti sebanyak 46 kes varian Delta (B.1.617.2), MGI telah mengenalpasti sebanyak 46 kes iaitu 45 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351), manakala TIDREC-UM telah mengenalpasti sebanyak 42 kes iaitu 41 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,625 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
• 2,385 kes varian Delta;
• 226 kes varian Beta; dan
• 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
• 13 kes varian Theta;
• Empat (4) kes varian Kappa; dan
• Tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti dilampirkan.

- KPK KKM -
Sehingga 29 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,060 kes (2,460,809 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malamnya.
What will help to control the spread of Delta variant is vaccinating those who have yet to be vaccinated. More importantly the compliance to public health and social measures which is the key in successfully controlling the pandemic.

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 31 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Baru diimunisasi dan berasa tidak sihat? Ia mungkin kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI). Pastikan anda melaporkannya.

Maklumkan ahli profesional kesihatan di fasiliti kesihatan anda untuk membuat laporan AEFI bagi pihak anda;

ATAU

Anda juga boleh ke laman sesawang NPRA www.npra.gov.my untuk melaporkan kesan sampingan sendiri menggunakan borang yang disediakan secara atas talian atau menghantar borang laporan melalui emel, pos atau faks. Anda digalakkan untuk berbincang dahulu dengan ahli profesional kesihatan tentang kesan sampingan yang dialami sebelum membuat laporan.

#ReportSideEffects
#MedSafetyWeek

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM:
𝐔𝐒𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐕𝐀𝐊𝐒𝐈𝐍 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍

Program Perkhidmatan Farmasi (PPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) giat menjalankan Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat dalam Talian untuk mendidik orang awam tentang risiko pembelian ubat secara dalam talian. Melalui tag line #biarbetuliklanni!, pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah percaya akan iklan-iklan ubat dan pelbagai testimoni yang meragukan di internet.

Kini, terdapat segelintir individu yang menjual produk kesihatan dikatakan dapat merawat jangkitan COVID-19. Malah, produk yang didakwa sebagai vaksin COVID-19 juga didapati telah dijual melalui platform e-dagang dan media sosial.

𝐕𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫

Semua produk farmaseutikal termasuk vaksin di Malaysia perlu berdaftar dengan KKM sebelum dipasarkan kepada pengguna. Sehingga 2 Mac 2021, KKM telah meluluskan pendaftaran bersyarat kepada tiga produk vaksin COVID-19. Produk-produk ini ialah COVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection, CoronaVac Suspension for Injection (Sinovac) dan COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection.

Kesemua vaksin ini akan digunakan bagi proses vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Sepanjang program ini, proses penerimaan, agihan, simpanan dan pemberian vaksin dijalankan di fasiliti yang ditetapkan oleh kerajaan. Antaranya termasuklah fasiliti kesihatan kerajaan dan beberapa fasiliti kesihatan swasta yang terpilih. Akses kepada vaksin dikawal oleh petugas kesihatan yang diberi kuasa dengan bantuan pasukan keselamatan.

Tiada vaksin COVID-19 lain yang diluluskan pendaftaran untuk dijual kepada orang awam. Produk yang dijual sebagai vaksin COVID-19 dalam internet berkemungkinan besar adalah palsu. Orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan helah peniaga yang mengambil kesempatan.

𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧

Vaksin COVID-19 tergolong dalam kategori Ubat Terkawal. Secara umumnya, Ubat Terkawal tidak dibenarkan untuk dijual secara dalam talian. Pembekalan Ubat Terkawal kepada pesakit memerlukan preskripsi yang sah daripada doktor yang merawat. Ubat Terkawal boleh dikenal pasti melalui nombor pendaftaran MAL yang berakhir dengan abjad A.

Hanya produk daripada kategori ubat am (over the counter), sediaan tradisional dan produk kesihatan tambahan sahaja yang boleh dijual secara dalam talian. Produk-produk ini pula boleh dikenal pasti melalui nombor pendaftaran MAL yang berakhir dengan abjad X bagi ubat am, T bagi sediaan tradisional dan N untuk produk kesihatan tambahan.

𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦

Orang awam disarankan untuk menyemak status produk sebelum membeli produk-produk yang dijual dalam talian. Status pendaftaran produk boleh disemak melalui laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency, NPRA) di alamat www.npra.gov.my, dengan menggunakan fungsi Carian Produk (Product Search). Semakan juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi telefon pintar NPRA Product Status. Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada Google Playstore dan Apple App Store.

Selain itu, orang awam hendaklah mengenal pasti premis fizikal penjual dalam talian. Syarikat yang membuat jualan produk kesihatan perlu dipastikan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Elakkan membeli ubat daripada laman sosial atau penjual dari luar negara.

Usah terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis termasuklah yang melibatkan jangkitan COVID-19, penyakit kronik serta peningkatan fungsi seksual. Orang awam perlu berwaspada dengan iklan yang mengandungi kenyataan seperti ‘terbaik’, ‘berkesan’, ‘dijamin selamat’ dan ‘mujarab’.
Sekiranya mengetahui sebarang penjualan produk kesihatan secara dalam talian yang menyalahi undang-undang, orang awam digalakkan membuat aduan melalui Portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) di alamat https://moh.spab.gov.my/.

𝐒𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐯𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧

Membeli atau menggunakan produk palsu yang dijual sebagai vaksin COVID-19 berisiko menyebabkan kesan serius kepada kesihatan. Orang awam hendaklah lebih berhati-hati dalam memilih produk kesihatan yang dijual dalam talian.
Oleh yang demikian, bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, orang awam yang menepati kriteria digalakkan mendaftar sebagai penerima vaksin. Dapatkan maklumat lanjut tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan daripada laman web www.vaksincovid.gov.my.

Disediakan oleh:
𝘕𝘶𝘳 𝘈𝘵𝘪𝘬𝘢𝘩 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘪 𝘠𝘢𝘢𝘬𝘶𝘣
𝘗𝘦𝘨𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘍𝘢𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪
𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢
&
𝘔𝘰𝘩𝘥 𝘚𝘩𝘢𝘩𝘪𝘳𝘪 𝘣𝘪𝘯 𝘈𝘣𝘥 𝘎𝘩𝘢𝘱𝘢𝘳
𝘗𝘦𝘨𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘍𝘢𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪
𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢