CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Sehingga 1 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,626 kes (2,476,268 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Dos penggalak diberikan secara sukarela kepada penerima vaksin sinovac dan pfizer yang layak bermula 22 Oktober 2021.

Individu akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera atau pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku
Mengapa anda perlu mengambil suntikan dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19?

Disediakan juga versi bahasa Mandarin dan bahasa Iban.
Kerajaan menetapkan tujuh indikator utama yang perlu dicapai sebelum Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengisytiharkan Malaysia memasuki fasa endemik, sekali gus bersedia untuk hidup bersama virus COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, indikator berkenaan merangkumi jumlah penggunaan katil hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC); kapasiti ujian di makmal; kadar positif COVID-19.

https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2021%2F11%2F882566%2Ftujuh-indikator-penentu-negara-masuk-fasa-endemik&h=AT13Up_1HYigNVg4WgF4QpJwew7O9HWGDFMO5OaFrSS1VWcs2VcXfQQd-pzPjNuArl3fjna4XiXH_r1w-tEyenc361T-seDYvGa7RV7zXbHyQjZ8rVhc_LcLWX00LkVP8A
Kenyataan Akhbar KPK 1 November 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 5,299 kes (2,380,060 kes kumulatif, 96.1%);
• Kes baharu : 4,626 kes (2,476,268 kes kumulatif);
• Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 4,620 kes [4,440 warganegara (96.1%); 180 bukan warganegara (3.9%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 569 kes (503 kes disahkan COVID-19 ; 66 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 301 kes (213 kes disahkan COVID-19 ; 88 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
• Jumlah kluster : 5,776 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,365 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 411 kluster.

Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 94 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 4,532 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sehingga 30 Oktober 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-43], sebanyak 2,466,663 kes kumulatif COVID-19 telah dilaporkan dengan 28,876 kes kematian. Kebanyakan indikator utama menunjukkan tren penurunan. Walau bagaimanapun, kadar kematian menunjukkan peningkatan sebanyak 5.2 peratus berbanding minggu epidemiologi sebelumnya (ME ke-42).

Untuk kenyataan penuh dan laporan mingguan, baca lanjut di:
https://kpkesihatan.com/2021/11/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
- Maklum -
Bermula 1 November 2021, Talian Hotline COVID-19 CPRC Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia akan beroperasi dari :
8.00pagi sehingga 5.00 petang
7 hari seminggu
Golongan yang diberi keutamaan untuk mendapat suntikan dos penggalak :

Petugas barisan hadapan
Individu berumur 60 tahun ke atas
Individu dengan komorbid tanpa mengira peringkat umur

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan permulaan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut bagi seluruh negara dijangka akan bermula Rabu (3 November 2021) sehingga Mac tahun depan.

Ini persiapan yang boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas banjir.

#banjir
#sihatmiliķku
Sehingga 2 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,071 kes (2,481,339 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
If you are 60 years old and above or individual with comorbidity or frontliners, congratulations! You are eligible to get the COVID-19 vaccine booster dose.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,372 kes (2,385,432 kes kumulatif, 96.1%);
Kes baharu : 5,071 kes (2,481,339 kes kumulatif);
Kes import : 15 kes (12 warganegara; 3 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,056 kes [4,815 warganegara (95.2%); 241 bukan warganegara (4.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 557 kes (498 kes disahkan COVID-19 ; 59 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 300 kes (207 kes disahkan COVID-19 ; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,781 kluster;
Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,377 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 404 kluster.

Daripada 5,071 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
121 kes (2.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
4,950 kes (97.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Sebelum menerima suntikan dos penggalak, pastikan anda

Tidur secukupnya
Makan sebelum ke pusat pemberian vaksin
Sihat dan tiada gejala pada hari vaksinasi
Pakai pakaian yang sesuai dan sopan
Pakai pelitup muka
Bawa kad pengenalan atau dokumen diri
Bawa kad vaksinasi sebagai bukti anda telah mendapat dos lengkap.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku