CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Penyembur nyamuk tidak membunuh jentik-jentik Aedes.

Cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perhatikan tanda-tanda jika seseorang itu mengalami dehidrasi atau kekeringan air dalam badan.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pneumokokal berjangkit melalui titisan pernafasan, ciuman dan menyentuh permukaan yang tercemar.

Dapatkan rawatan segera sekiranya anak anda mengalami tanda dan gejala seperti demam, kesukaran bernafas, sawan dan sakit telinga.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lakukan perkara di bawah sekiranya ada ahli keluarga anda mengalami strok haba.

Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ketika cuaca panas adalah seperti minum air kosong dengan banyak dan kerap, gunakan topi atau payung sekiranya berada di luar dan Hadkan aktiviti di luar rumah.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit pneumokokal adalah dengan pengambilan imunisasi pneumokokal.

Pengambilan imunisasi pneumokokal boleh mengelakkan komplikasi seperti hilang upaya secara kekal, gangguan pertumbuhuan dan perkembangan kanak-kanak serta kematian.

Amalkan kebersihan yang baik dah cara hisup yang sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom Sertai pertandingan IPT Bebas Denggi dan menangi hadiah lumayan RM5,000!
Jangan lepaskan peluang ini.
Untuk maklumat lanjut pertandingan sila imbas kod QR di poster pertandingan atau menghubungi En Zainudin di 0388833752 atau emel [email protected]
Salam sejahtera,

Pihak Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dari NIH,KKM, dengan kerjasama Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IPTK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM, ingin menjemput para wanita rakyat Malaysia yang berumur 40 tahun dan ke atas untuk menyertai satu kajian yang bertujuan untuk membantu memotivasikan wanita rakyat Malaysia menjalani saringan kanser payudara.

Kriteria untuk sertai adalah:
• Wanita rakyat Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas
• Tidak pernah didiagnosis dengan kanser.
• Sedang menggunakan aplikasi pemesejan sosial ddalam smartphone (cth. Whatsapp, Telegram, WeChat, dll.)
• Tinggal di KL atau Lembah Klang

Penyertaan adalah termasuk:
• Temubual bersemuka untuk kira-kira 1 jam (dijadualkan mengikut keselesaan anda)
• Satu token penghargaan akan diberikan setelah selesai

Berminat untuk membantu menentang kanser?
Imbas kod QR atau pergi ke pautan di bawah untuk mendaftar!
https://tinyurl.com/iscreened

Wanita-wanita yang layak akan dihubungi. Terima kasih!

******

Hi there,

The Institute for Clinical Research (ICR) from the NIH, Ministry of Health Malaysia, in collaboration with the Institute for Health Behavioural Research (IHBR), National University Malaysia (UKM), and the Family Health Development Division, Ministry of Health Malaysia, would like to invite Malaysian women who are 40 years old and above to join a study that seeks to help motivate Malaysian women to screen for breast cancer.

You can join if you are:
• A Malaysian woman, aged 40 years old and above
• Not diagnosed with cancer before
• Using a social messaging application on a smartphone (e.g. Whatsapp, Telegram, WeChat, etc.)
• Living in KL or Klang Valley

Participation includes:
• 1 hour face-to-face interview (scheduled at your convenience)
• A token of appreciation will be provided upon completion

Interested to help fight against cancer?
Scan the QR code or go to the link below to register!
https://tinyurl.com/iscreened

Eligible participants will be contacted. Thank you!
⚠️Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 𝟰 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟱 𝗱𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 yang berusia 16 𝙩𝒂𝙝𝒖𝙣 𝙠𝒆 𝒂𝙩𝒂𝙨 adalah TIDAK AKTIF. ❗️

🚲Aktiviti fizikal yang mencukupi sangat penting untuk mengelakkan risiko menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Oleh itu, orang ramai hendaklah mengambil inisiatif meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti sedentari agar kekal sihat dan cergas.
😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

🌫️⚠️Jerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai.

Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan
‼️Perokok terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian.

🫀Jantung memainkan fungsi penting dengan mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen. Namun, jantung perokok terpaksa bekerja lebih keras disebabkan penyempitan saluran darah seterusnya memicu serangan jantung.

Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/ 💥
💨😤Asap rokok yang dihembuskan oleh perokok boleh disedut oleh orang di sekeliling (secondhand smoker) secara terus.

💥Sisa asap basi (SAB) adalah sisa rokok (dalam bentuk habuk atau bahan kimia) yang tidak kelihatan tetapi melekat di persekitaran.

Asap rokok basi ini mampu kekal dalam udara selama 5 jam di dalam bilik.

SAB ini juga mampu bertahan sehingga 2 tahun walaupun telah dicuci. 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆.‼️ Anda akan lebih sihat.

Layari jomquit.com untuk bantuan berhenti merokok.
Jangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar!

Dikongsikan cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit strok dengan menggunakan singkatan huruf 'B.E.F.A.S.T.'.

Ingat! Strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.
Setiap individu berhak mendapatkan akses terhadap bantuan dan rawatan, terutama dalam isu kesihatan mental.

☎️Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555, beroperasi setiap hari termasuk cuti umum 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

"Help With Empathy And Love"

#KesihatanMentalMilikSemua
#hentikanstigma
#WorldMentalHealthDay2023
𝐀𝐰𝐚𝐬!

Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan
Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit- birit

Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya seperti dikongsikan sebelum membuat pembelian.

Anda juga dinasihatkan untuk:

1. Membeli mengikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna

"𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮"
📌Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 11 November 2023 dan berterusan sehingga Mac 2024. Dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

Sentiasa peka dengan amaran awal bencana dan berpindah dengan kadar segera sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.

“𝐾𝐸𝑆𝐼𝐴𝑃𝑆𝐼𝐴𝐺𝐴𝐴𝑁 𝐵𝐸𝑁𝐶𝐴𝑁𝐴 𝑇𝐴𝑁𝐺𝐺𝑈𝑁𝐺𝐽𝐴𝑊𝐴𝐵 𝐵𝐸𝑅𝑆𝐴𝑀𝐴”
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini TIDAK WUJUD.

Justeru, orang ramai adalah diseru dan dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu.

#TidakPastiJanganKongsi
JANGAN MAIN AIR BANJIR‼️

Air banjir boleh menjadi punca penyakit dan kemalangan jiwa. Oleh itu, jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan air banjir.

“KESIAPSIAGAAN BENCANA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
🍨🍦🍬Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan.