CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa KKM tidak pernah dan tidak boleh memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh portal “https://hillersadgfflooringamerica.com/l/pre/insinol/my/babochka_v1_affscale/?fbpixel=2659593780718090&group=RR184_SamuelNGN_MY&aff_click_id=1lmaqn96388ab035a433” baru-baru ini.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan merupakan gambar-gambar yang telah diubahsuai daripada laman sesawang portal http://www.myhealth.gov.my bagi tujuan mengelirukan orang awam.

KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya.

#TidakPastiJanganKongsi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini TIDAK WUJUD.

Justeru, orang ramai adalah diseru dan dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu.

#TidakPastiJanganKongsi