CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Cuaca panas adalah situasi di mana suhu persekitaran melebihi daripada suhu pada hari biasa.

Pendedahan kepada cuaca panas boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia daripada ringan kepada teruk.

Faktor yang boleh meningkatkan risiko strok haba adalah seperti pendedahan yang lama dan secara langsung kepada cuaca panas dan dehidrasi.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Enam penyakit kronik utama yang dikaitkan dengan kematian akibat komplikasi denggi
👉 Hipertensi
👉 Diabetes
👉 Obesiti
👉 Hyperlipidemia
👉 Penyakit jantung
👉 Penyakit buah pinggang

Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #RoadMapToZeroDengueDeath #ASEANDengueDay #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut merupakan golongan yang berisiko mendapat penyakit strok haba

👶 Bayi kecil dan 🧒👧 kanak-kanak
🤰 Ibu mengandung dan 🤱 menyusu anak
🧓👵 Warga emas
🩺 Mempunyai penyakit kronik
👷 Bekerja di bawah panas terik matahari
☀️ Melakukan aktiviti fizikal di kawasan terik matahari

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pneumokokal disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pneumoniae.

Ia lebih cenderung menjangkiti kanak-kanak dan boleh dicegah dengan pengambilan vaksin pneumokokal.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tip kekal sihat kepada jemaah haji dan petugas haji

➡️ Amalkan amalan sihat di tanah suci
➡️ Kekal bersih di tanah suci
➡️ Patuh kepada pengambilan ubat (jemaah haji sahaja)
➡️ Elak risiko penyakit berjangkit
➡️ Jaga kebersihan penginapan jemaah haji
➡️ Elak keracunan makanan
➡️ Amalkan konsep 5B semasa mengambil ubat

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Penyembur nyamuk tidak membunuh jentik-jentik Aedes.

Cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perhatikan tanda-tanda jika seseorang itu mengalami dehidrasi atau kekeringan air dalam badan.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pneumokokal berjangkit melalui titisan pernafasan, ciuman dan menyentuh permukaan yang tercemar.

Dapatkan rawatan segera sekiranya anak anda mengalami tanda dan gejala seperti demam, kesukaran bernafas, sawan dan sakit telinga.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lakukan perkara di bawah sekiranya ada ahli keluarga anda mengalami strok haba.

Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ketika cuaca panas adalah seperti minum air kosong dengan banyak dan kerap, gunakan topi atau payung sekiranya berada di luar dan Hadkan aktiviti di luar rumah.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit pneumokokal adalah dengan pengambilan imunisasi pneumokokal.

Pengambilan imunisasi pneumokokal boleh mengelakkan komplikasi seperti hilang upaya secara kekal, gangguan pertumbuhuan dan perkembangan kanak-kanak serta kematian.

Amalkan kebersihan yang baik dah cara hisup yang sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lindungi anak anda daripada cuaca panas.

Awas! Jika anak anda menunjukkan gejala seperti demam, lesu, pernafasan tidak normal dan sawan, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara tanda awal strok haba adalah pening atau sakit kepala, loya atau muntah dan sawan.
Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama.
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku