[14 November 2021] Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengadakan Kursus Kepimpinan COMBI Negeri Johor 2021. Peserta seramai 60 orang terdiri daripada Pengerusi-Pengerusi COMBI Daerah, Timbalan Pengerusi COMBI Daerah, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari COMBI Daerah. Kursus bertujuan memperkasakan peranan para Pemimpin COMBI dalam pengurusan dan pelaksanaan Program COMBI di peringkat daerah. Selain daripada sesi informatif berkaitan isu-isu denggi, kepimpinan dan best practise aktiviti COMBI. Mesyuarat Khas Pengerusi-Pengerusi dan Perbincangan Panel bersama para ahli jawatakuasa COMBI Daerah turut diadakan bagi merencana aktiviti COMBI tahun 2022.
#johorperangidenggi
#combijohor
Sumber: JKN Johor
#johorperangidenggi
#combijohor
Sumber: JKN Johor