Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Seperti yang disarankan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mahu rakyat Malaysia menganggap perubatan kesihatan hanya disediakan apabila kita sakit.

“Di peringkat nasional, PeKa B40 telah menyaring lebih 561,990 orang, tetapi jumlah yang layak mendapat saringan melalui PeKa B40 ini sejumlah 4.9 juta rakyat Malaysia.

Ini adalah sesuatu yang membimbangkan kita, sebab kita tidak mahu rakyat Malaysia menganggap perubatan kesihatan hanya disediakan apabila kita sakit.

Sakit baru kita cari doktor, baru kita pergi klinik, baru kita cari KKM. Ini nama dia ‘sickcare’ bukan healthcare.

Kepada yang layak, jom buat saringan kesihatan percuma dengan PeKa B40, seperti yang disarankan oleh Puan Kassiam yang merupakan penerima manfaat PeKa B40!

#ProtectHealth
#PeKaB40
Suasana yang meriah untuk saringan kesihatan #PeKaB40 yang percuma di Pangsapuri Ken Rimba, Shah Alam pada hujung minggu yang lalu. Saringan kesihatan ini dilakukan oleh Klinik Baharudin, salah satu Klinik PeKaB40 di Shah Alam.

Ayuh penerima yang layak yang di luar sana, jom lakukan saringan kesihatan yang awal supaya kita dapat rawat penyakit anda (jika ada) pada peringkat yang awal.

Sumber: Protect Health
Jika anda kenal sesorang yang:

👉Menghidapi penyakit kanser
👉Berumur 40 tahun dan ke atas
👉Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
👉Daripada kumpulan B40
👉Sudah menerima Manfaat 1 - Saringan Kesihatan yang PERCUMA

Beliau layak untuk mendapatkan Manfaat 3 - Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser melalui skim PeKa B40 sebanyak RM1,000.

Jangan lepaskan peluang inisiatif ini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Insentif ini dapat meringankan beban kewangan sebuah keluarga semasa dalam tempoh rawatan. Dengan pematuhan kepada rawatan yang dihadapi, ia mampu meningkatkan kadar survival rate untuk penghidap penyakit kanser.

#PeKaB40
#Kanser

Sumber: Protect Health Corporation
Hai hampa semua 👋🏼

Jom lah, kalau tengah free and bosan dekat rumah tu boleh datang ke Karnival Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) - Perlis untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Kesihatan. Anjuran di bawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jom datang dan semak kelayakan #PeKaB40 🎉

📍Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
🗓25 & 26 Jun 2022 (Sabtu & Ahad)
8 pagi - 6 petang
Di negara kita, dua juta lebih rakyat Malaysia mengalami masalah pendengaran daripada pelbagai peringkat umur dan tidak terhad kepada golongan warga emas sahaja. Terdapat peningkatan bilangan masyarakat di antara umur 35 hingga 45 yang menghidap masalah pendengaran.

Puan Rahmah Tahir tergolong daripada bilangan tersebut. Masalah pendengaran yang bermula daripada telinga bahagian kanan dan lama kelamaan bahagian kiri juga turut terjejas.
Masalah pendengaran boleh menjejaskan interaksi seseorang dengan individu yang lain. Hilang upaya pendengaran menghalang perhubungan yang sempurna dengan bersama orang sekeliling, yang mengakibatkan mereka terasa terasing dan kesunyian.

Sejak tahun 2019, ProtectHealth telah meluluskan hampir 35 ribu lebih permohonan Bantuan Alat Perubatan PeKa B40 bagi membantu golongan B40 diseluruh negara. Lakukan saringan kesihatan dan ujian pendengaran yang percuma melalui Klinik PeKa B40. Nak tahu Klinik #PeKaB40 yang mana terdekat dengan anda?
Layari https://bms.pekab40.com.my/provider

Kongsikan video ini kepada mereka yang mempunyai situasi yang sama dengan Puan Rahmah dan jugak kepada mereka yang layak:
* Berlatarkan pendapatan kategori B40
* Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
* Berumur 40 tahun dan keatas
dan memerlukan manfaat PeKa B40 yang disediakan.

Untuk ketahui maklumat dengan lanjut dan juga semak kelayakan anda disini: https://protecthealth.com.my/pekab40/

#PeKaB40

Sumber: ProtectHealth Corporation
https://www.facebook.com/ProtectHealthCo/posts/pfbid02SAo1C4a8U351aJybuHqFHvXnq3aJuMsFYSGURQyCrnbrkeSuVeAeA9GFrcyak1hfl
PROTECTHEALTH HEROES TURUN KELANTAN!

Heroes team masih di Kelantan bagi menyampaikan maklumat ringkas dan promosi bagi Skim Perubatan MADANI dan Peka B40.

Kami telah jelajah ke 7 GP sekitar Pasir Mas dan berjumpa dengan masyarakat sekitar bagi menyalurkan maklumat dan penerangan berkenaan Skim Kesihatan yang dianjurkan oleh Kerajaan.

Bereh adik kakok. Kitonya manjo.

Timo kasih!

#ProtectHealth #skimperubatanmadani #pekaB40 #MalaysiaMadani

Sumber: https://www.facebook.com/100066992237819/posts/pfbid0k5Q7gF2M19sdVCjr8Xdurmno5Jm79HxJgm9oYEsDLzz9RvVv2oqtDwS7KWMEDZFsl/?mibextid=cr9u03
SARINGAN KESIHATAN PeKa B40 SECARA PERCUMA DI JERANTUT, PAHANG.

Moh la kita semua ke Mini Karnival Sambutan Hari Malaysia Parlimen Jerantut 2023!

Pelbagai aktiviti menarik dan yang paling penting, program pemeriksaan kesihatan PeKa B40 PERCUMA juga ada!

Jom ramai-ramai ke Kompleks Belia & Sukan Daerah Jerantut pada 16 September 2023!

Kesihatan Anda, Misi Kami

#PekaB40
#ProtectHealth
#MalaysiaMadani

Sumber: ProtectHealth Corporation
SARINGAN KESIHATAN PeKa B40 SECARA PERCUMA DI AMPANG, SELANGOR!

Temui kami pada 16 September 2023 di Dewan Komuniti Kg Tasek Permai untuk membuat Saringan Kesihatan PeKa B40 secara PERCUMA.

Kesihatan Anda, Misi Kami

#PekaB40
#ProtectHealth
#MalaysiaMadani

Sumber: ProtectHealth Corporation
JOM BUAT SARINGAN KESIHATAN PEKA B40 SECARA PERCUMA!!

Terbuka kepada seluruh penduduk sekitar Taman Melati yang layak, anda boleh hadir ke Dewan Masyarakat Taman Melati (Blok F), Kuala Lumpur pada 17 September 2023 (Ahad) bermula dari 8.00pagi untuk membuat saringan kesihatan bersama Peka B40.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!! Semak kelayakan anda di https://protecthealth.com.my/peka-b40-2/

JUMPA ANDA DI SANA!!
Lebih Peka, Lebih Cakna

#ProtectHealth #PekaB40 #MalaysiaMadani

Sumber: ProtectHealth Corporation