Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
"Godam Emosi" di sini merujuk kepada manipulasi atau eksploitasi emosi melibatkan penggunaan teknik-teknik psikologi untuk menguruskan emosi dengan lebih baik supaya dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup.

Teknik-teknik yang dikongsikan dapat ini membantu menenangkan fikiran, mengurangkan ketegangan, meningkatkan kesejahteraan emosi, dan menjalani kehidupan yang bermakna.

Akhir sekali, dengan mengukuhkan kemahiran daya tindak yang baik dan kawalan emosi yang baik, kita juga boleh menguruskan tekanan dan cabaran kehidupan dengan lebih tenang.

#HentikanStigmaKesihatanMental
#letsTALKMindaSihat
#mindasihatkkm
#ncemh

Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Menangis bukanlah tindakan yang memalukan, tidak kira umur atau jantina. Ia adalah normal untuk menangis apabila berasa sedih atau terlalu gembira, kerana air mata tidak semestinya bermaksud seseorang sedang berduka sahaja.

Memberikan kata-kata yang tepat dalam menunjukkan sokongan dan empati memainkan peranan yang besar dalam membina hubungan antara individu, membantu individu merasa lebih aman dan tenteram dalam menghadapi perasaan mereka serta meningkatkan kepercayaan diri.

Jadi, apa yang perlu diucapkan jika melihat seseorang menangis? Berikut adalah beberapa contoh yang boleh digunakan untuk memberikan sokongan kepada individu yang memerlukan.

Selamat mencuba!

#HentikanStigmaKesihatanMental
#letsTALKMindaSihat
#mindasihatkkm
#ncemh
Konsep menerima diri sendiri ini adalah konsep mencintai diri sendiri atau sering disebut sebagai “self-love”. Konsep ini merujuk kepada penerimaan dan penghargaan terhadap diri sendiri. Ini juga adalah berkait tentang mengakui nilai diri, merawat kesejahteraan fizikal, mental, dan emosional, serta mengembangkan sikap positif terhadap diri sendiri.

Self-love bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan individu tetapi juga mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan dunia luar. Individu yang mencintai diri sendiri cenderung lebih berempati, berdaya tahan, dan mampu membina hubungan yang sihat dengan orang lain. Mereka juga lebih mampu menghadapi tekanan dan cabaran dengan tenang dan positif.

#HentikanStigmaKesihatanMental
#letsTALKMindaSihat
#mindasihatkkm
#ncemh