Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,354 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 30 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat dua (2) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,639 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 164 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada dua (2) kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan satu (1) kes adalah penularan di dalam negara iaitu kes saringan pra-rujukan di Hospital Kota Belud, Sabah. Kedua-dua kes ini melibatkan warganegara Malaysia. Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/06/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Terapkan Amalan Pemakanan Sihat di Sekolah

Sekolah telah mula di buka...
Semua pihak samada ibu bapa, guru dan pengusaha kantin perlu memainkan peranan dalam menggalakkan amalan pemakanan sihat di sekolah.

Budayakan Norma Baru di Sekolah
Budayakan Amalan Pemakanan Sihat di Sekolah..

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM
Risiko Penyakit Cegahan Vaksin Semasa Pandemik COVID-19.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 esok pada pukul 8.10 pagi bersama Dr. Diana Mahat dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Hai gais!!

Masih ingat kan 1-7 Julai setiap tahun, kita ada sambutan minggu sihat Doktor Muda?

Tahun 2020 ni, kita expand jadi Minggu Sihat HEPILI.

Tema tahun ni adalah SPEAKOUT: Suarakan Hak Anda. Generasi Muda Mesti Dilindungi.

Jangan lupa sertai pelbagai aktiviti menarik menanti semua!

#kitateguhkitamenang
#kamidoktormuda
#gengprosis
#HePiLI
Peringatan mesra kepada semua penderma Aferesis di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.

Bermula 1 Julai 2020, pendermaan Aferesis hanya dijalankan pada hari Isnin sehingga Sabtu SAHAJA.

Terima kasih.

Sumber: Pusat Darah Negara
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Soal Jawab Netizen Edisi Medik Episod 10

Ubat kurus dalam masa 7 hari tanpa perlu bersenam. Boleh percaya ke?

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Pengambilan garam yang dihadkan kepada 1 paras sudu teh sehari boleh

👍 Menurunkan 1% tekanan darah (individu sihat)
👍 Menurunkan 3.5% tekanan darah (individu dengan Hipertensi)

#SedapTakSemestinyaMasin
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/1050533238675904/
Kes positif mengikut negeri (setakat 01/07/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 01/07/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 1st July 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 01 Julai 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,375 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 1 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,640 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 144 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa satu (1) kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/07/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-julai-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Anda tidak perlu memakai pelitup muka semasa bersenam atau beriadah.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
VIDEO 2 - SEBELUM KE SEKOLAH

Apa yang perlu dilakukan sebelum ke sekolah?

Siri Video untuk diamalkan bersama-sama mengikut Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Contoh Menu #SedapTakSemestinyaMasin

Sarapan Pagi : Casserole Telur
Makan Tengahari : Siakap Kukus Limau Nipis
Makan Malam : Nasi Goreng Kerabu
𝐍𝐨𝐫𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐢 𝐒.𝐄.𝐊.𝐎.𝐋.𝐀.𝐇

𝐒aringan kesihatan
𝐄tika batuk dan bersin yang betul
𝐊erap cuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer
𝐎rientasi norma baharu
𝐋akukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh
𝐀malkan penjarakan sosial
𝐇indari tempat sesak, sempit dan sembang dekat

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Amalan Norma Baharu di Pusat Pemindahan Banjir

Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer
Kekalkan penjarakan sosial
Pakai pelitup muka
⛔️ Jangan bersembang dekat antara satu sama lain
⛔️ Jangan bersalaman atau bersentuhan
⛔️ Jangan berkongsi peralatan persendirian

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk