Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 29th June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 29 Jun 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,334 kes (96.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 29 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tiga (3) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,637 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 182 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

https://kpkesihatan.com/2020/06/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN KE ATAS INDIVIDU YANG MELANGGAR PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH BAGI COVID-19

1. Seperti yang KKM pernah maklumkan sebelum ini, Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO) telah mula dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sejak 10 Jun 2020. Ini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

2. Bilangan Person Under Surveillance (PUS) yang didiscaj dari pusat kuarantin pada 10 Jun 2020 dan kemudiannya diletakkan di bawah HSO adalah seramai 5,909 orang, iaitu bagi melengkapkan tempoh kuarantin 14 hari. Namun demikian, daripada jumlah ini hanya 4,437 orang yang telah direkod menjalani ujian COVID-19 di Klinik Kesihatan / klinik swasta pada hari ke-13. Daripada jumlah tersebut, tiga (3) kes telah dikesan positif COVID-19. Seramai 1,472 orang masih perlu menjalani ujian COVID-19 hari ke-13.

3. Ingin dimaklumkan bahawa semua individu yang pulang dari luar negara (iaitu termasuk rakyat Malaysia, pemastautin tetap dan mereka yang dibenarkan masuk atas urusan kerja) wajib menjalani kuarantin di tempat kediaman masing-masing selama 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Perintah Pengawasan & Pemerhatian Di Rumah Kediaman (Annex 14b).

4. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bersama agensi lain yang terlibat telah diberi kuasa untuk mencari dan mengambil tindakan ke atas individu yang didapati melanggar syarat di bawah perintah ini. Mereka boleh dikenakan denda atau dipenjarakan atau kedua-duanya.

5. KKM menyeru pengembara yang pulang ke Malaysia supaya terus memberi kerjasama kepada pihak KKM dan patuh kepada syarat di bawah perintah ini. Ahli keluarga kepada individu yang diletak di bawah HSO juga perlulah memainkan peranan dengan menasihati dan memastikan mereka akur serta tidak melanggar arahan sehingga boleh mengakibatkan mereka dikenakan hukuman. Kerjasama semua pihak adalah diharapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3414203158603548&id=578835322140360

- KPK, KKM -
Imunisasi Bayi dan Kanak-kanak Semasa PKP

Dengarkan esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Kawselyah Juval dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM di minnalfm.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Ambil Peduli, Denggi Membunuh.

Dengarkan di ikimfm bersama Dr. Amir Suhaimi dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor esok pada pukul 8.30 pagi.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Imunisasi & Risiko Penyakit Cegahan Vaksin.

Saksikan perkongsian ini bersama Dr. Mohd Hanif Zailani dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM esok dalam rancangan Fikrah pada pukul 6.00 petang di TV1.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Depresi dalam Kalangan Kanak-kanak.

Saksikan rancangan Mingguan Wanita esok pada pukul 12.00 tengah hari bersama Dr. Anita Codati dari Hospital Tunku Azizah di Astro Prima.
Pengumuman! Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2020 bertemakan "NORMA BAHARU, SENYUMAN BAHARU" akan berlangsung tidak lama lagi. Nantikan pelbagai informasi terkini dan aktiviti bersempena MPKP yang akan berlangsung di seluruh negara:

Tarikh pelancaran: 19hb Ogos 2020 ( Rabu)
Pelaksanaan aktiviti: 20hb-27hb Ogos 2020
Anjuran bersama: Program Kesihatan Pergigian, KKM dan Bahagian Kesihatan Pergigian Terengganu

Marilah bersama-sama kami dalam kempen setahun sekali ini!

"Perjuangan menentang COVID-19 jangan dialpa,
Norma baharu dalam kehidupan tanggungjawab bersama,
Elak 3C, patuhi 3W amalkan sentiasa,
Senyuman baharu pasti kan tiba"

#mpkp2020 #pergigiankkm #normabaharusenyumanbaharu #kitateguhkitamenang #kitajagakita #perangiCOVID19

*Jangan lupa menyertai pertandingan infografik dan instavideo MPKP 2020. Penyertaan masih terbuka sehingga 20hb Julai ini!
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Contoh Menu #SedapTakSemestinyaMasin

Sarapan Pagi : Nasi Goreng Cina
Makan Tengahari : Oglio Olio Ikan Bilis
Makan Malam : Cencaru Bakar Sambal Cili
Selamat Pagi Malaysia : Program Cegah Denggi di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Tarikh : 30 Jun 2020
Masa : 8.10 pagi
Panel : Haji Mohd Noor Ahmad,
Pengerusi COMBI Negeri
Selangor

https://m.youtube.com/watch?v=PRfjLCmTv4E
Kes positif mengikut negeri (setakat 30/06/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 30/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 30th June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 30 Jun 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sebagai tambah nilai kepada perkhidmatan sedia ada, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM (BPFKKM) akan menggunakan satu medium baru dalam hebahan melalui penggunaan Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) bermula Julai 2020 bagi:

I) Pemakluman keputusan permohonan kelulusan iklan ubat
Ii) Pemakluman berkenaan pembatalan langganan nombor telefon bagi penjual ubat-ubatan yang melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan oleh BPFKKM
Iii) Hebahan berkenaan kesedaran kepada penjual/pengiklan ubat agar mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh BPFKKM

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,354 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 30 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat dua (2) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,639 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 164 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada dua (2) kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan satu (1) kes adalah penularan di dalam negara iaitu kes saringan pra-rujukan di Hospital Kota Belud, Sabah. Kedua-dua kes ini melibatkan warganegara Malaysia. Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/06/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Terapkan Amalan Pemakanan Sihat di Sekolah

Sekolah telah mula di buka...
Semua pihak samada ibu bapa, guru dan pengusaha kantin perlu memainkan peranan dalam menggalakkan amalan pemakanan sihat di sekolah.

Budayakan Norma Baru di Sekolah
Budayakan Amalan Pemakanan Sihat di Sekolah..

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM