Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Cegah COVID-19. Elakkan 3S
🚫 Sesak
🚫 Sempit
🚫 Sembang Dekat

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Mental Management During MCO.

Tune in to Traxxfm tomorrow morning at 11.15 am with Mrs. Kasturi Bai a/p Munusamy, Psychologist from MOH.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 16 Mei 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/242529550142447/
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 17th May 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 59 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,571 kes (80.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 17 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 22 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,894 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,210 kes. Ingin dimaklumkan daripada 22 kes baru yang dilaporkan, lima (5) adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 17 kes adalah penularan tempatan di mana sembilan (9) kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/05/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Lagi 5 hari menjelang Syawal tapi dah ada yang mula masak masakan lebaran. Tak sabar nak raya nampaknya.

Boleh memasak juadah dengan cara yang sihat seperti mereneh, memanggang atau mengukus. Gantikan santan dengan susu rendah lemak dan pilih daging tanpa lemak atau ayam yang dibuang kulit.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Hadkan makanan dan minuman yang manis dan tinggi gula sewaktu berbuka puasa kerana ia boleh meningkatkan berat badan dan risiko untuk terkena penyakit kronik seperti Diabetes.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Prosedur Pengendalian Saringan COVID-19 di Klinik Pergigian.
𝐉𝐨𝐦 𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐌𝐲𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚.

Layari laman sesawang mysejahtera.malaysia.gov.my atau muat turun dari Apple App Store / Google Play Store / Huawei Appgallery.

Antara kelebihan aplikasi ini :

Kenal pasti status kesihatan kendiri
Jejak kawasan Hotspot COVID-19
Lokaliti fasiliti saringan yang terdekat
Dapatkan nasihat kesihatan secara atas talian

dan yang paling penting, maklumatnya TERKINI dan SAHIH.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 18th May 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk