Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 44 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,615 kes (80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 18 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 47 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,941 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,213 kes. Ingin dimaklumkan daripada 47 kes baru yang dilaporkan, 21 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 26 kes adalah penularan tempatan di mana 17 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/05/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 : Prevention in Children

Tune in to Astro Vinmeen HD 231 / Astro Vaanavil 201 at 10.00 am with Dr Thilaka Chinnayah, Public Health Consultant, MOH.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Mental Management During CMCO.

Tune in to Minnalfm tomorrow morning at 8.30 a.m.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19: Langkah yang Perlu Diikuti Ketika Di Klinik Pergigian.
Weeee 😍😍...diam tak diam lagi 5 hari nak raya..ingat tau, kita kena amalkan norma baharu walaupun semasa musim perayaan.

Amalkan penjarakan sosial, kekalkan jarak 1 meter.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2920931404687617&id=134375926676526

#stayathome
#kitateguhkitamenang
#kamidoktormuda
#gengprosis
#hepili
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 19th May 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 31 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,646 kes (80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 19 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 37 kes baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,978 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,218 kes. Ingin dimaklumkan daripada 37 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 35 kes adalah penularan tempatan di mana 22 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, terdapat 11 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 114 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/05/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Syawal di Rai Diri Dilindungi

Dengarkan di asyikfm esok bersama Puan Khairul Bariah Ishak pada pukul 11.30 pagi.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Makan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi untuk bantu mengawal berat badan semasa lebaran.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Semua pesakit wajib disaring dan pesakit yang menunjukkan tanda dan gejala perlu dirujuk TERUS ke klinik kesihatan/hospital

Di bawah adalah syor Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk anggota pergigian di Klinik Pergigian Primer/ pesakit luar

PPE bagi merawat pesakit positif COVID-19 perlulah merujuk kepada piawaian hospital
Anda tak dapat balik beraya? Jangan gundah jangan gusar. Jom sertai pertandingan E-poster/Doodle sempena Hari Tanpa Tembakau Peringkat Kebangsaan 2020.

Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Bertemakan “Speakout: Hak generasi muda untuk menyatakan tidak kepada rokok dan asap rokok”.

Hantar penyertaan anda ke alamat e-mail [email protected] sebelum 19hb Jun 2020.
Penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Poster/doodle haruslah dalam format jpg atau PDF, pixel 1080 lebar x 1536 tinggi - orientasi potret, resolusi 150 dpi dan mod warna RGB.
Poster haruslah asli dan tiada unsur plagiarisme. Poster penyertaan akan menjadi hak milik Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kegunaan dalam penyediaan bahan promosi kesihatan.
Hai uols😍😍
Macam mana persiapan Hari Raya Norma Baharu?

Admin bersederhana je tahun ni sebab sambut di rumah sendiri bersama ahli keluarga

Tapi ingat uols, norma baharu elakkan bersalaman, cuma letakkan tangan kanan di dada kiri. Elakkan peluk cium laga pipi tau.

Syawal dirai, keluarga dilindungi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2923272157786875&id=134375926676526

#stayathome
#kitateguhkitamenang
#kamidoktormuda
#gengprosis
#hepili
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/266458924491414/