Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 19 April 2020 adalah seorang.
Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah seramai 89 orang dengan kadar kematian di negara ini sebanyak 1.65%

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.

Kluster ini terdiri daripada 43
orang pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan,
Indonesia.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang telah
dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan (9) orang di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Ini menunjukkan bahawa tindakan
Kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan.

Ini bagi memastikan kes import tidak menjangkit penduduk tempatan. - KPK @DGHisham

#KitaTeguhKitaMenang
#COVID19Malaysia
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 19th April 2020, 12 pm

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,197 kes (59.32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seperti tren dilihat kebelakangan ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga 19 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 84 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,389 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,103 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 46 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 89 kes (1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

https://kpkesihatan.com/2020/04/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia.

Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.55%.

Manakala negara Belgium mempunyai kadar peratusan antara yang tertinggi bagi kematian iaitu 14.67%.
Puan Rani Chandra Sanmugam akan bersiaran dalam rancangan Adutham Kattam dengan membincangkan topik 𝑺𝒐𝒄𝒊𝒂𝒍 𝑹𝒆𝒍𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏𝒔𝒉𝒊𝒑 𝑷𝒐𝒔𝒕-𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗.

Saksikan pada pukul 3.30 petang di Astro Vinmeen HD dan Astro Vaanavil.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
COVID-19 : Tekanan Emosi dan Fizikal

Saksikan dalam rancangan Reaksi Rakyat pada pukul 9.00 malam bersama Dr. Nurashikin Ibrahim di Astro Prima.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi untuk mengambil bekalan ubat separa/susulan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang tempoh PKP.

Anda juga boleh mendapatkan ubat menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP).

Hubungi fasiliti kesihatan di mana anda / pesakit dapatkan rawatan bagi perkhidmatan ini.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Dah bertanya khabar dengan Tok Ayah harini?

Selalulah berhubung dengan orang tersayang bagi meredakan kerisauan mereka.

#COVID19
#sihatm2ilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Hai uols,

Ni admin nk share karya-karya #curhat4heroes yang admin terima untuk challenge sebelum ni.

Tengkiu uols atas penyertaan dan ucapan semangat yang uols sediakan terutama buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tak dalam usaha membendung wabak COVID-19 ni, especially our frontliners yang berjuang setiap hari.

Each and everyone of us pun ada tanggungjawab yang perlu kita lakukan untuk sama-sama membendung wabak ni kan?

Teruskan #dudukrumah, tp bagi ketua keluarga yang perlu keluar atas urusan penting, amalkan #socialdistancing dan pastikan cuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2850946241686134&id=134375926676526

#kitamestimenang guys!!
#strongertogether
#stayathome
#kamidoktormuda
#gengprosis
#hepili
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 19 April 2020

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Semasa PKP, ramai yang mula keluarkan bakat terpendam sebagai chef.

Jom masak secara sihat di rumah. Semestinya sedap dan berkhasiat.

Jangan lupa untuk kekal aktif bagi mengekalkan berat badan anda.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang