Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?

Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Jom sertai Langkah Sihat Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Fun Run di Dataran Wawasan, Putrajaya pada 28 September 2024.

Pendaftaran berakhir pada 26 September 2024, 11.59 pm. Jom daftar melalui aplikasi JomRun sekarang!

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2024. Klik https://bit.ly/3ASjq56 untuk edisi penuh.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sertai pertandingan Fotografi Sihat MyHealth dan tunjukkan bagaimana anda membudayajan hidup sihat! Hantar gambar terbaik dan menangi hadiah menarik!

Jadikan kesihatan sebagai budaya hidup dan inspirasikan orang lain!

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2024. Klik https://bit.ly/3ASjq56 untuk edisi penuh.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini Mpox di Malaysia
Ada berita best untuk mak-mak di luar sana yang suka shopping.

Mulai September hingga Disember 2024, KKM akan bergabung dengan Shopee untuk berkongsi info kesihatan terus kepada anda.

Follow Shopee Mum's Club dan media sosial MyHealthKKM untuk maklumat terkini.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2024. Klik https://bit.ly/3ASjq56 untuk edisi penuh.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah.

Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Peka terhadap gejala mpox adalah langkah awal untuk mencegah penularan penyakit ini. Apabila anda tahu gejala mpox; maka anda lebih bersedia untuk melindungi diri dan keluarga.

Lindungi Diri Cegah Mpox.
Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Stres boleh ditangani dengan amalan Take 5 yang kedua iaitu Aktifkan Diri dengan melakukan aktiviti fizikal yang adik gemari.

#MalaysiaSihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mpox boleh merebak melalui beberapa cara termasuk sentuhan kulit, titisan pernafasan dan objek yang tercemar.

Fahami risiko ini dan ambil langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan diri dan mengelakkan kontak rapat dengan individu yang bergejala.

Lindungi Diri Cegah mpox.
Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
10 hari lagi!

Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Putrajaya akan diadakan di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Jom beramai-ramai memeriahkan majlis ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ubat Moden vs Ubat Tradisional 💊

📌 Penggunaan ubat moden atau ubat tradisional yang tidak betul seperti dos ubat yang berlebihan, pengambilan secara berterusan tanpa konsultasi, penggunaan gabungan jenis herba serta pengambilan banyak jenis ubat serentak tanpa pemantauan doktor atau nasihat oleh ahli farmasi boleh memberi kesan mudarat kepada pengguna.

📌 Bagi pesakit yang sedang menjalani rawatan perubatan moden mengambil ubat tradisional secara serentak, adakah kemungkinan interaksi antara kedua-dua jenis ubat tersebut boleh berlaku?

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024.

Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected]
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang kini dilanda banjir dan ada penduduk yang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara.

Amalkan perkara-perkara ini untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir.

👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Elak makan makanan mentah
👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir
👉 Jangan merokok dan menghisap vape di pusat pemindahan sementara
👉 Jaga kebersihan diri dan persekitaran
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kementerian Kesihatan akan mengadakan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera pada 27-29 September 2024 ini di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik. Saringan kesihatan dan pemeriksaan gigi percuma juga ada.

Temui Bell Ngasri, Achey, Atu Zero, Mek Yun, Ravi dan lain-lain. Sertai cabaran mereka dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah.

Bawa sekali ahli keluarga. Kita jadi rakyat Malaysia yang budayakan hidup sihat dan mengutamakan kesihatan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bakar kalori bukan hanya dengan bersenam!

Jom baca panduan tentang cara-cara tubuh anda membakar kalori dan bagaimana anda boleh memanfaatkan pengetahuan ini untuk gaya hidup yang lebih sihat.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2024. Klik https://bit.ly/3ASjq56 untuk edisi penuh.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Acute Gastroenteritis (AGE) ialah keradangan pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan. Kebanyakan jangkitan disebabkan oleh virus, namun ia juga boleh berpunca daripada bakteria atau parasit. Ia tersebar melalui makanan atau air tercemar dan kemudiannya berhubung dengan individu yang berjangkit.

Penyakit AGE boleh dicegah dan dielakkan sekiranya anda mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

Ketahui tanda dan gejala AGE serta cara-cara untuk mencegah jangkitan penyakit AGE.

Sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran anda dengan segera.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani