Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2024
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
When selena said ‘the heart wants what it wants,’ i’m pretty sure she meant a stress-free life for a healthy heart but in reality managing stress is more achievable than eliminating it completely, so embrace the Take 5 method now to manage your stress level for a healthier mind and body.

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lakukan perkara-perkara ini untuk kekal sihat pada musim panas.

✔️ Minum air kosong secukupnya
✔️ Kurangkan aktiviti di luar rumah
✔️ Kurangkan pengambilan minuman berkafein, alkohol dan bergula.
✔️ Gunakan pendingin hawa atau kipas untuk sejukkan badan
✔️ Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang
✔️ Pakai topi atau payung untuk melindungi diri dari pancaran haba matahari

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hepatitis B berjangkit 50-100 kali ganda lebih mudah daripada HIV.

Dapatkan vaksinasi untuk melindungi diri daripada penyakit Hepatitis B.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom, kita kawal pengambilan gula harian. Hidup lebih sihat!

Agenda Nasional Malaysia Sihat

Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan

#malaysiasihat

Kredit: @alianaazizan_

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Leptospirosis : Lewat Rawatan Ragut Nyawa

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Firdaus bin Ahmad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Larangan Jualan Produk Ais Krim Yang Dicampurkan Dengan Ubat Batuk Pei Pa Koa
Menangis bukanlah tindakan yang memalukan, tidak kira umur atau jantina. Ia adalah normal untuk menangis apabila berasa sedih atau terlalu gembira, kerana air mata tidak semestinya bermaksud seseorang sedang berduka sahaja.

Memberikan kata-kata yang tepat dalam menunjukkan sokongan dan empati memainkan peranan yang besar dalam membina hubungan antara individu, membantu individu merasa lebih aman dan tenteram dalam menghadapi perasaan mereka serta meningkatkan kepercayaan diri.

Jadi, apa yang perlu diucapkan jika melihat seseorang menangis? Berikut adalah beberapa contoh yang boleh digunakan untuk memberikan sokongan kepada individu yang memerlukan.

Selamat mencuba!

#HentikanStigmaKesihatanMental
#letsTALKMindaSihat
#mindasihatkkm
#ncemh
Perbezaan Jantung Terhenti & Serangan Jantung

Saksikan dalam Berita Bernama Seithigal.
Tarikh : 31 Julai 2024 (Rabu)
Masa : 7.00 malam

Panel :
Dr. Sarojini Devi A/P Simanchalam
Pakar Perubatan
Perubatan Dalaman
Hospital Kuala Lumpur

#MalaysiaSihat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Suntikan Vitamin C

Tidak ada suntikan vitamin C yang berdaftar dengan KKM ya 😄

#kenaliubatanda
#suntikanvitaminc
#pharmacists

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
Pernahkah anda merenung berus gigi anda dan tertanya-tanya, berapa banyak sebenarnya ubat gigi yang perlu digunakan bagi satu kali sesi memberus gigi?

Jangan pernah musykil dengan diri anda lagi!

Rujuk informasi dalam poster berikut untuk info lanjut.

Pilihlah ubat gigi yang mengandungi fluorida seperti yang disarankan mengikut tahap umur masing-masing dan...

Jangan lupa, dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.

#123senyum
#MPKP2024
#jagagigisenyumanabadi

Sumber: Program Kesihatan Pergigian, KKM
Leptospirosis : Lewat Rawatan Ragut Nyawa

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Firdaus bin Ahmad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Apa itu penyakit gusi?

Macam mana ya boleh terjadi penyakit gusi ni? 🤔

Setiap kali selepas makan, sisa makanan yang terdapat pada gigi yang tidak dibersihkan akan bercampur dengan bakteria dalam mulut dan menjadi plak (tahi gigi).

Plak yang tidak dibersihkan lama-kelamaan akan menjadi kalkulus atau lebih dikenali sebagai karang gigi/tartar. Kalkulus sifatnya keras sehingga tidak boleh dibersihkan lagi dengan berus gigi.

Plak dan karang gigi yang tidak dibersihkan inilah menjadi penyebab kepada masalah gusi!

Penyakit gusi ini boleh dicegah daripada peringkat awal lagi! Oleh itu, pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun amat penting supaya anda cakna dengan apa yang berlaku di dalam mulut anda dan sama-sama kita mencegah penyakit gusi!

1,2,3 senyummmmm!!

Sumber: Program Kesihatan Pergigian, KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jangan lupa 10,000 langkah harini okay?

Kita kena bergerak aktif!

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan 💪

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Leptospirosis : Lewat Rawatan Ragut Nyawa

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
PILIH MINUMAN YANG KURANG MANIS

Tahukah anda bahawa gula boleh menyebabkan ketagihan? Semakin kerap anda mengambil gula, semakin sukar untuk anda meninggalkannya.

Marilah kita pilih minuman yang lebih sihat tanpa gula tambahan!

Sumber: Nutritionist KKM
Konsep menerima diri sendiri ini adalah konsep mencintai diri sendiri atau sering disebut sebagai “self-love”. Konsep ini merujuk kepada penerimaan dan penghargaan terhadap diri sendiri. Ini juga adalah berkait tentang mengakui nilai diri, merawat kesejahteraan fizikal, mental, dan emosional, serta mengembangkan sikap positif terhadap diri sendiri.

Self-love bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan individu tetapi juga mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan dunia luar. Individu yang mencintai diri sendiri cenderung lebih berempati, berdaya tahan, dan mampu membina hubungan yang sihat dengan orang lain. Mereka juga lebih mampu menghadapi tekanan dan cabaran dengan tenang dan positif.

#HentikanStigmaKesihatanMental
#letsTALKMindaSihat
#mindasihatkkm
#ncemh
Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka tirai Roadshow Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) yang bermatlamat untuk memperkenalkan Inisiatif PSS dan mengenalpasti tahap kesihatan warga kerja MOTAC melalui saringan kesihatan.

Pelaksanaan PSS adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bermatlamat untuk melahirkan penjawat awam yang sihat sejahtera agar produktif dalam membangunkan negara.

Roadshow PSS ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datuk Shaharudin bin Abu Sohot, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC dan YBrs. En. Nizran bin Noordin, Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre.

#MalaysiaSihat

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid037SMM2RDVeMMXtxMb446uGANvzQKkSgg8mw6fm2JnEWXpbNvByxFEebcjoQnWUmAal