Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pengendalian bahan mentah terutama ayam 🍗 dan daging 🥩 perlu diambil perhatian. Bagi memastikan simpanan bahan mentah tidak rosak, elakkan menyimpan terlalu padat di dalam peti sejuk.

Sebagai pilihan, penggunaan ‘cool box’ untuk simpanan
sementara boleh digunakan. Namun perlu diingatkan, penggunaan ‘cool box’ ini mestilah digunakan dengan cara yang betul‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Johor, Unit NCD Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat akan menyiarkan Webinar bersama 4 orang panel dengan tema Lindungi Kanak-Kanak Daripada Pengaruh Industri Tembakau.

Tarikh : 4 Julai 2024 (Khamis)
Masa : 8.45 pagi hingga 1.00 tengah hari
Link : FB Wellness Hub Batu Pahat akan diberikan kemudian

Sepanjang webinar berlangsung, kami sajikan anda dengan soalan-soalan kuiz, tayangan video dan VT pemenang-pemenang Pertandingan Melukis Poster.

#haritanpatembakausedunia2024
#speakout
#AgendaNasionalMalaysiaSihat
#sihatmilikku

Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat
Antimikrob digunakan secara meluas bagi merawat jangkitan mikroorganisma terhadap manusia. Walaupun antimikrob mempunyai banyak kesan baik, penggunaan yang tidak wajar boleh mewujudkan masalah kerintangan antimikrob AMR. AMR boleh menyebabkan penyakit sukar diubat dan akan meningkatkan risiko morbiditi dan kematian.

Antara bahaya kerintangan antimikrob adalah jangkitan menjadi lebih serius dan mungkin menyebabkan kematian, risiko penyebaran jangkitan kepada orang lain meningkat dan tempoh rawatan di hospital yang panjang dan kos rawatan meningkat.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝗔𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚

Pencemaran silang adalah pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria 🦠 berbahaya dari orang ✋🏻, bahan mentah 🍗 atau kawasan yang kotor 🪰 ke makanan yang siap dimasak atau makanan yang dimakan terus.

Pengendali 🧑🏻‍🍳 atau pekerja 🧑🏻‍💼 yang tidak menjaga kebersihan peralatan 🍳 penyediaan makanan boleh menyebabkan pencemaran silang.

Pencemaran silang juga boleh berlaku di rumah 🏡semasa kita menyediakan makanan di dapur. Peralatan seperti papan pemotong boleh menjadi medium untuk pencemaran silang berlaku.

‼️Pastikan peralatan dan bahan mentah yang digunakan semasa penyediaan makanan anda dalam keadaan bersih dan selamat. Anda juga dinasihatkan untuk mencuci tangan 🤚🏻✋🏻 sebelum dan selepas menyediakan makanan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Alahan Makanan Laut Mengundang Bahaya

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 25 Jun 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Ee Siew Li
Pakar Dermatologi
Hospital Tengku Ampuan Rahimah

#ANMS #sihatmilikku
1,000 hari pertama kehidupan anak-anak kita bermula dari awal kehamilan hingga usia dua tahun. Ini kerana dalam jangka masa ini, perkembangan mental dan fizikal anak berkembang dengan pesat.

Elemen penting yang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa sepanjang 1,000 hari pertama kehidupan :

👉 Kesihatan ibu dan Anak
👉 Pemakanan
👉 Kesihatan mental / psikologi
👉 Penjagaan kesihatan gigi dan mulut
👉 Penjagaan keselamatan
👉 Penggunaan ubat-ubatan
👉 Kebersihan air, persekitaran dan sanitasi
👉 Aktiviti Fizikal

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sempena sambutan Hari Vitiligo Sedunia, jom kita kenali penyakit Vitiligo.

Vitiligo merupakan masalah pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih di bahagian badan dengan sebaran secara simetri pada kulit manusia.

Penyakit ini tidak dapat sembuh sepenuhnya. Mereka yang menghidap penyakit ini digalakkan mendapatkan pemeriksaan dan rujukan dengan pakar kulit untuk mendapatkan jenis rawatan yang sesuai.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Leptospirosis

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Jamilah Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dapatkan maklumat berkenaan imunisasidi Immunise4Life!

Layari laman https://www.ifl.my

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Leptospirosis

Jangan lupa sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Jamilah Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔

Pesakit diabetes berisiko 3x ganda menghidap penyakit gusi berbanding orang sihat.

Jom ambil tahu punca dan kesan penyakit gusi ini. Secara rumusannya, kawalan penyakit pergigian boleh
dicapai dengan mengawal kadar glukosa dalam darah danmengawal kebersihan mulut.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Selamat kembali ke tanah air kepada semua Jemaah Haji. Semoga semua Jemaah Haji mendapat haji mabrur dan berada dalam keadaan sihat walafiat.

Jalani penilaian kesihatan harian bagi memastikan tahap kesihatan terus terjaga selepas menjalani ibadah haji.

Jangan lupa untuk sentiasa memantau kesihatan anda melalui Rekod Kesihatan Haji di Aplikasi MySejahtera.

#MySejahtera #AplikasiDigitalKesihatanAnda #haji1445H #tabunghaji

Sumber: MySejahtera
Hai apa khabar kitak orang Sarawak? 🥳🥳. Kak Min nak madah yang Kembara Sihat Sejahtera HePiLI Bersama Didi & Friends akan ke Negeri Sarawak !. 🥳🥳. Juh mak bapak embak anak-anak dan keluarga kitak orang untuk sama-sama meramikan kembara di Permaisuri Imperial City Mall, Miri, Sarawak pada 19 hingga 21 Julai 2024.

Iboh lupak jumpa Kak Min dan team HePiLI kelak okey. Macam-macam aktiviti best nunggu kitak orang kelak. 🥳🥳

#ANMS #HePiLI #didiandfriends
Inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) diperkenalkan untuk memastikan penjawat awam kekal sihat dan cergas.

Fokus utama PSS adalah

🏃 Hidup aktif
🍱 Pemakanan sihat
🩺 Saringan kesihatan
📍 Persekitaran yang menyokong
🥗 Pemakanan selamat
👉 Pengiktirafan
📋 Intervensi Kesihatan

Nantikan Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera pada 21 Julai 2024 nanti di Dataran Putrajaya, Presint 3.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2024. Klik https://bit.ly/4evITkj untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama