Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sebagai ibu hamil atau selepas bersalin, anda boleh aktif secara fizikal.

Aktiviti fizikal tidak dikaitkan dengan risiko kurang berat lahir bayi, kelahiran pramatang atau keguguran.

Mulakan aktiviti fizikal secara perlahan-lahan dan tingkatkan secara beransur-ansur dari semasa ke semasa.

Dapatkan nasihat doktor atau anggota kesihatan untuk mengetahui kesesuaian aktiviti fizikal anda semasa hamil atau selepas bersalin.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Setiap manusia mempunyai 23 pasangan kromosom yang menjadikan jumlah keseluruhan 46 kromosom. Individu dengan Sindrom Down mempunyai lebihan 1 kromosom pada pasangan kromosom ke-21 dan menjadikan jumlah keseluruhan 47 kromosom.

Kehadiran sebahagian atau kesemua lebihan kromosom tersebut menyebabkan terjadinya kesan pada pertumbuhan dan perkembangan otak serta fizikal individu dengan Sindrom Down seperti lewat perkembangan, kurang upaya intelek dan meningkatkan risiko kepada beberapa masalah kesihatan lain.

Dikongsikan definisi, ujian pengesanan yang boleh dilakukan semasa tempoh kehamilan serta ciri-ciri fizikal Sindrom Down.

Setiap kanak-kanak Sindrom Down perlu diperiksa oleh pakar kanak-kanak seawal kelahiran untuk penilaian dan pemantauan kesihatan.

Intervensi awal, terapi pemulihan dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari.
Adakah anda mengidap penyakit diabetes?

Anda bimbang mengenai kemungkinan komplikasi semasa berpuasa?

Kini, anda dapat memantau dan merekodkan tahap gula dalam darah serta mendapatkan maklumat mengenai pengurusan diabetes semasa bulan Ramadan dalam aplikasi MySejahtera.

#MySejahtera
#gerbangkesejahteraankesihatananda
#AplikasiKesihatanAwam
Katakan Tidak Kepada Ubat Tidak Sah!

Energy Stick adalah sejenis persediaan penyedut hidung (nasal inhaler) yang perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum boleh dijual dipasaran.

Sehingga kini TIADA Energy Stick yang berada di pasaran yang telah berdaftar dengan KKM, maka status keselamatan dan kandungan sebenarnya tidak diketahui.

Jangan risikokan kesihatan Diri dan keluarga Anda!

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
🦷🦷Hari Kesihatan Mulut Sedunia disambut pada 20 Mac 2024 bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan pergigian. Penjagaan kesihatan pergigian harus bermula sejak bayi lagi sehingga dewasa menerusi penjagaan kesihatan pergigian yang betul mengikut usia bagi menyerlahkan kecantikan diri anda.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2024.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian
Salam 11 Ramadan

Nak minum air apa untuk berbuka nanti?

Air balang yang manis dan bergula tinggi?

Atau pilih untuk air kosong yang sejuk dengan hirisan buah segar yang pastinya boleh hilangkan dahaga dan melegakan!

Jom jayakan azam "Ramadan Kini Lebih Sihat!"

Anda boleh!

Sumber: Nutritionist KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gabungan kurma dan mentega sememangnya menbantu memberikan tenaga yang anda perlukan namun pengambilannya juga haruslah secara sederhana dan tidak berlebihan. Jika ambil berlebihan boleh meningkatkan berat badan dan risiko penyakit!

Sebaiknya ambil dengan kuantiti yang sedikit dan utamakan pengambilan hidangan lebih seimbang yang lengkap dengan sumber karbohidrat, protein serta sayur dan buah.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.

Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja.

KKM ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang di persijilkan. Sebarang maklumat boleh layari http://hq.moh.gov.my/fsq
Tujuan pemakaian sarung tangan dalam kalangan pengendali makanan adalah untuk menyentuh makanan sahaja. Namun, terdapat sesetengah pengendali makanan yang mengabaikan amalan kebersihan yang baik dengan menyentuh pelbagai permukaan dan objek seperti wang, peralatan memasak, pinggan, cawan dan sebagainya semasa memakai sarung tangan.

Malah, terdapat segelintir pengendali makanan yang menyentuh mata, muka dan hidung semasa memakai sarung tangan.

Tindakan tersebut menyebabkan bakteria daripada objek dan pengendali tersebut berpindah kepada makanan yang akan menjejaskan kebersihan makanan. Keadaan ini akan meningkatkan risiko berlakunya keracunan makanan dalam kalangan pengguna.

Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my.
Berjalan atau berlari? Keduanya merupakan senaman yang termasuk dalam kategori aerobik.

Berlari membakar kalori lebih cepat dan dapat meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang individu itu mempunyai masalah sendi atau risiko cedera yang tinggi, berjalan mungkin merupakan pilihan yang lebih selamat.

Jom teliti faktor-faktor yang relevan sebagai panduan untuk memilih di antara berjalan atau berlari.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Buang sampah di tempat yang disediakan selepas berbuka puasa di padang / tempat awam.

Kepada peniaga di bazar ramadan, bersihkan tapak bazar ramadan dan buang sampah di tempat yang disediakan selepas berniaga.

Bawa sendiri bekas makanan dan minuman ketika membeli juadah di bazar ramadan. Amalan 3R banyak manfaatnya.

Ingat! Sampah merupakan salah satu punca penyakit berkaitan kebersihan persekitaran dan tempat pembiakan Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
23 Mac 2024

Nasihat Penjagaan Kesihatan Murid- murid Sekolah Semasa Gelombang Haba
🥤Minuman yang dikatakan sebagai “penyejuk badan” ini sangat mudah diperolehi di Malaysia dan yang mempunyai kebaikan untuk diamalkan khasnya ketika cuaca panas.

🥥Air kelapa mengandungi rendah kalori dan membekalkan pelbagai vitamin dan mineral semulajadi kepada tubuh badan.

Sebaik-baiknya elakkan daripada menambah gula agar lebih memberi manfaat kepada tubuh badan.
Jom terokai teknik berjalan yang betul dan lihat bagaimana langkah yang sederhana ini boleh membawa kita ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga!

1️⃣ Tegakkan postur badan
2️⃣ Hayunkan tangan
3️⃣ Luruskan belakang, pandang ke hadapan
4️⃣ Kawal nafas rasa ketenangan
5️⃣ Tetapkan matlamat yang jelas
6️⃣ Pedometer, rakan sejati

Jangan ragu untuk mencuba teknik ini. Setiap langkah membawa anda lebih dekat kepada matlamat kesihatan dan kecergasan anda!

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama