Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Berkhatan Yang Selamat Bagi Kanak-Kanak Lelaki
Panduan bagi Pesakit Diabetes Semasa Cuaca Panas.

👉 Minum air secukupnya
👉 Elak minum minuman bergula, beralkohol dan berkafein
👉 Lakukan ujian gula dalam darah lebih kerap
👉 Jangan simpan ubat diabetes di bawah sinar matahari atau di dalam kereta panas

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
1 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 24 Februari 2024 (Sabtu)

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sempena cuti akhir persekolahan sesi 2023/ 2024 ini, KKM sedia maklum akan keperluan berkhatan dalam kalangan kanak-kanak lelaki di Malaysia terutamanya bagi kanak- kanak Muslim, di mana secara amnya, ianya merupakan sebahagian daripada tuntutan agama.

Berdasarkan hasil daripada audit berkhatan bagi kanak-kanak lelaki yang telah dijalankan oleh KKM pada cuti persekolahan yang lalu (iaitu pada 14 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024), terdapat peningkatan bilangan kes rujukan ke hospital-hospital KKM bagi kanak-kanak yang mengalami komplikasi selepas berkhatan. Komplikasi-komplikasi ini terdiri daripada komplikasi minor dan komplikasi major.

Sehubungan itu, KKM memandang serius akan perkara ini dan menyarankan agar ibu bapa yang merancang untuk membawa anak menjalani prosedur berkhatan pada musim cuti sekolah ini hendaklah cakna dan memastikan fasiliti tersebut adalah fasiliti yang berdaftar dengan KKM.
⚠️Awasi tanda- tanda dan komplikasi selepas berkhatan bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman, pendarahan atau keradangan yang mungkin boleh membahayakan nyawa.

📌Oleh itu, KKM menyarankan agar hanya pengamal perubatan terlatih dan kompeten di fasiliti yang berdaftar sahaja dibenarkan menjalankan prosedur berkhatan kerana KKM menekankan pentingnya mengambil langkah pencegahan untuk memastikan keselamatan kanak-kanak semasa berkhatan sentiasa terjamin.
Jom laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran dan kitar semula selama 1 Jam di kawasan anda.

Jangan lupa untuk post di facebook masing-masing, tag fb myhealthkkm & fb cari dan musnah dan masukkan hashtag

#OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula
#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
24 Februari 2024 - Pasukan Wellness on Wheel (WoW), Bahagian Pendidikan Kesihatan telah turun ke Program Semarak Madani Komuniti Harmoni Presint 9. Pelbagai aktiviti interaktif disediakan untuk para pengunjung. Antaranya soft dart & archery, permainan kitaran hidup nyamuk dan kuiz kesihatan.

Jom komuniti di sekitar Putrajaya. Masih belum terlambat untuk anda sertai program pada hari ini.

Kekal Aktif,Sihat Sepanjang Hayat!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/get5BYdvakKo5A5V/?mibextid=oFDknk
👦🏻Berkhatan atau bersunat adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang.

Lazimnya terdapat dua peringkat usia utama di mana khatan dilakukan, iaitu semasa bayi baru lahir dan juga semasa umur kanak-kanak mencecah sekitar umur 7 – 12 tahun.

Gunakan info yang dikongsikan ini untuk menyampaikan kebaikan berkhatan kepada anak lelaki anda.

Kepada ibu bapa yang mengambil peluang membawa anak-anak untuk berkhatan pada musim cuti sekolah ini, pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Jika berlaku, segera dapatkan rawatan doktor.
CEGAH HFMD DARI RUMAH 🤚🦵👄

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut amatlah bahaya kepada kanak kanak dan juga boleh berjangkit dengan orang dewasa. Tapi kita boleh cegah dari awal tauu. Jom ambil tahu

3:00 petang
📆 28 Februari 2024
📹 FB Page: https://fb.me/e/2133AyDUZ
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Amalkan konsep 5B semasa pengambilan ubat

Pengguna ubat yang betul
Ubat yang betul
Dos yang betul
Cara pengambilan yang betul
Masa yang betul

Fahami cara pengambilan ubat. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi berkaitan pengambilan ubat yang betul.

#ANMS #sihatmilikku
Kebelakangan ini, ramai yang suka bersenam atau beriadah pada waktu malam kerana sibuk bekerja pada waktu siang. Klik
https://shorturl.at/stQVY untuk ketahui boleh ke bersenam malam?

Anda juga boleh kekal aktif dan sihat tanpa perlu modal besar.. hanya berjalan kaki sahaja! Ketahui teknik berjalan yang betul dan bersenam dengan selamat.

Jangan lupa untuk sertai pertandingan Silang Kata Pembudayaan Hidup Sihat. Hadiah menarik menanti anda!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
"Alamak cuaca panas melanda !"

Hai adik-adik, ketika ini beberapa kawasan di negara kita sedang dilanda cuaca panas sehingga boleh mencecah suhu setinggi 40 darjah celsius.

Ingat....jangan main panas ya....berikut adalah panduan apa yang adik-adik boleh amalkan bagi memastikan adik-adik kekal sihat.

#ANMS
#HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°c untuk 3 hari berturut-turut.

Gelombang haba boleh menyebabkan kemarau dan kebakaran hutan. Elakkan pembakaran terbuka dan simpan bekalan air secukupnya.

Jaga kesihatan dengan minum air secukupnya, hadkan aktiviti luar, pakai pakaian yang selesa, sesuai dan mudah menyerap peluh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Memakai 'earphone' terlalu lama boleh merosakkan gegendang telinga anda. 👂

🎧Bunyi yang terlalu kuat melebihi 90 desibel boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dalam jangka masa panjang sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.

🩺Pastikan kekuatan bunyi tidak melebihi separuh volum gajet. Elakkan mendengar dengan 'earphone' berterusan melebihi 1 jam. Rehatkan telinga anda supaya tidak mengalami trauma akustik.👂
Jom bersama-sama kami dalam program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat daerah Kota Bharu 2024 di IPG Kampus Kota Bharu pada 7 Mac 2024

#anms
#ambonoksihat

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom baca e-Majalah MyHealth for Life Edisi Mac 2023.

Dapatkan pelbagai info kesihatan yang tepat, sahih dan terkini.

Layari www.infosihat.gov.my sekarang!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI
4 MAC 2024

- MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) -