Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Lambakan Madu Tiruan Di Pasaran
Dialisis Tanpa Jarum di Rumah

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Wan Hazlina binti Wan Mohamad, Pakar Perubatan Nefrologi dan Puan Nurul Jannah binti Yaacob, Jururawat dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #sihatmilikku
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) merupakan salah satu Inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bertujuan memperkasa individu dalam penjagaan kesihatan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi pencegahan penyakit .

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai NHSI, bersama Dr. Noor Farizah Aminah binti Aziz di SELANGORfm 100.9 jam 2.30 petang ini
Kanser : Usah Ambil Mudah, Dapatkan Rawatan Segera

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1
Tarikh : 15 Februari 2023 (Khamis)
Masa : 8.15 pagi

Panel :
Dr. Ummavathy Periasamy
Pegawai Farmasi
Klinik Kesihatan Taman Medan

#ANMS #sihatmilikku
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024. Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected].

Kelayakan akademik dalam bidang Teknologi Maklumat atau yang setaraf.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tip Semasa Cuaca Panas

☂️ Gunakan payung atau topi 🧢
🥤 Sentiasa minum air kosong secukupnya
😎 Pakai cermin mata gelap dengan anti-UV
👕 Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah

Kekal sihat dan hidrat sepanjang masa

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) boleh membantu orang ramai mengenal pasti lebih awal sebarang isu kesihatan tersembunyi yang boleh memudaratkan badan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pembengkakan kelenjar prostat yang bukan merupakan kanser atau turut dikenali sebagai 'Benign prostate enlargement' (BPE) adalah keadaan dimana kelenjar prostat mengalami pembengkakan terutamanya pada usia yang semakin meningkat umur.

Kelenjar prostat yang bengkak ini akan menekan saluran kencing dan menyebabkan salur kencing menjadi sempit dan mengurangkan kelancaran aliran kencing. Justeru itu, keadaan ini akan mengganggu kehidupan dan tidur pesakit.

Dapatkan rawatan kerana BPE boleh dirawat. Pakar kesihatan akan menentukan kaedah rawatan yang perlu mengikut keterukan gejala, komplikasi, umur dan corak hidup pesakit.
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024. Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected] .

Sesiapa yang memenuhi kelayakan seperti yang tertera boleh cuba mohon.
Awas, Cuaca Panas!

Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lindungi diri daripada cuaca panas terik.

Gunakan topi atau payung jika keluar rumah.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berdasarkan kajian tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan mendapati terdapat prevalens penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Prevalens penyakit diabetes adalah 18.3% manakala Hipertensi pula 30% dan ada juga yang masih tidak tahu tahap kesihatan mereka.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Di Malaysia, madu diklasifikasikan berdasarkan spesis lebah yang menghasilkannya iaitu “madu” yang dihasilkan oleh lebah madu apis dorsata atau “madu kelulut” yang dihasilkan dari stingless bee.
KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa menjalankan pemantauan produk madu di pasaran.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Pengguna adalah disaran membaca label dan memilih produk makanan yang mempunyai logo Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) seperti Autentik, MeSTI, GMP dan HACCP dari KKM.

Sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kekal hidrat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pastikan anda memilih bahan mentah yang bersih dan selamat untuk proses penyediaan makanan kepada orang ramai.📢📢

💪Berikut adalah ciri-ciri pemilihan dan penyediaan tempat makan yang bersih dan selamat semasa kenduri.
Lakukan perkara-perkara ini untuk kekal sihat pada musim panas.

✔️ Minum air kosong secukupnya
✔️ Kurangkan aktiviti di luar rumah
✔️ Kurangkan pengambilan minuman berkafein, alkohol dan bergula.
✔️ Gunakan pendingin hawa atau kipas untuk sejukkan badan
✔️ Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang
✔️ Pakai topi atau payung untuk melindungi diri dari pancaran haba matahari

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama