Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.

Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System, HAS) bagi tujuan pengukuhan kesiapsiagaan menghadapi situasi COVID-19 dalam negara. Tiga indikator digunakan iaitu Transmisi COVID-19, Pengendalian Kes dan Kapasiti Hospital untuk Respon.

Indikator pertama melihat kepada bilangan kes bagi setiap 100,000 penduduk. Indikator kedua menilai tahap keterukan kes iaitu kadar kematian kes. Manakala indikator ketiga dikira daripada kadar kemasukan ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk.

Dengan HAS ini, KKM dapat membuat perancangan sumber-sumber yang diperlukan, mengikut tahap amaran tinggi, sederhana dan rendah.
19 DISEMBER 2023 - KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA

#royal #malaysia
PERINGATAN!

Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera anda.

Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan notifikasi dari MySejahtera.
____________________

REMINDER!

Activate the notification function in your MySejahtera application.

Please follow the steps below to turn on notifications from MySejahtera

#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19

Sumber: MySejahtera
HIV / AIDS di Malaysia

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Waspada Gelombang COVID-19

Dengarkan di IKIMfm pada pukul 8.30 pagi esok bersama Dr. Muhamad Hazizi bin Muhamad Hasani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cara-cara Penjagaan Kaki untuk Pesakit Diabetes

▶️ Pastikan anda bersihkan kaki setiap hari, jangan gunakan air panas
▶️ Keringkan kaki terutama di celah-celah jari kaki
▶️ Gunakan losen dan sapu kepada kaki tetapi bukan pada celah-celah jari
▶️ Periksa kaki anda. Gunakan cermin jika tak sampai. Tengok jika ada luka, rekahan atau kulat
▶️ Potong kuku secara lurus dan tidak terlalu pendek
▶️ Tukar sarung kaki setiap hari
▶️ Elakkan berkaki ayam
▶️ Periksa kasut sebelum pakai

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adik-adik !!
cuti-cuti juga tapi jangan lupa ya untuk amalkan 5 mesej kesihatan iaitu:
- Aktif setiap pagi
- makan buah dan sayur
- jauhi rokok dan vape
- tingkatkan jati diri
- bersih diri dan persekitaran

"TINGKATKAN IMUNITI BADAN, BUDAYAKAN HIDUP SIHAT"
Jom sertai *Program Take Care..Ur Health!* anjuran Hospital Sungai Buloh dengan kerjasama Cawangan Promosi Kesihatan, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah & Wellness Hub, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

*DISEMBER 2023*
*AKU NAK LARI: PANDUAN SEBELUM & SELEPAS AKTIVITI FIZIKAL*
*20 DISEMBER 2023 RABU*
*10.00 PAGI*

Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/zsz-irsf-dbf

Jom dapatkan ilmu kesihatan untuk panduan bersama
Kepada yang memenuhi kelayakan yang dinyatakan boleh hantarkan permohonan ke [email protected]
HIV / AIDS di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sebelum memulakan percutian anda sempena Musim cuti sekolah, mari bersama pastikan kita bebas daripada virus COVID-19.

Lakukan langkah pencegahan kesihatan awam bagi mengurangkan risiko dan penularan jangkitan dalam komuniti.
Peranan CAC kini telah dijalankan oleh Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi penilaian dan rawatan susulan berkaitan COVID-19.

Orang ramai adalah diminta untuk menyemak senarai fasiliti yang mendispen Paxlovid di setiap negeri menerusi https://covid-19.moh.gov.my/hotline.