Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KENYATAAN MEDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia
13 Disember 2023

- SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 49 ( 3 DISEMBER 2023 – 9 DISEMBER 2023)-
Apabila mendapat mesej atau makluman dari mana-mana platform media sosial, jangan terus sebarkan.

Jadilah netizen yang bertanggungjawab dengan menyemak sesuatu maklumat terlebih dahulu.

Dapatkan maklumat yang sahih hanya di laman https://www.infosihat.gov.my atau semak maklumat terlebih dahulu di laman https://sebenarnya.my

Tak pasti, jangan kongsi!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Musim cuti kembali lagi.

Semua pengembara digalakkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan perlindungan diri bagi mengurangkan sebarang risiko jangkitan penyakit.

Segera lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala dan pakai pelitup muka terutama di tempat sesak.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hi semua!

Pencarian peserta Program Pengurusan Berat Badan IFitEr Siri 1 tahun 2024 📣📣

Anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat?

Ingin kurus tetapi tidak tahu bagaimana?
Tiada teman untuk bersenam?

Jom sertai kami...

Program Pengurusan Berat Badan IFitEr di 𝐖𝐞𝐥𝐥𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐇𝐮𝐛 𝐓𝐞𝐥𝐨𝐤 𝐃𝐚𝐭𝐨𝐤 💪🏻💪🏻💪🏻

Pendaftaran adalah PERCUMA!!

𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 menanti para peserta yang berjaya menurunkan berat badan lebih daripada 𝟏𝟎 𝐊𝐈𝐋𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌!

Jom sertai kami!
Daftar segera dengan mengisi 𝐛𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 di bawah
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdRMBpGZrm.../viewform...

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧: 31 Disember 2023

Sumber: CPK Negeri Selangor
𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓

Antara tempat yang paling berbahaya ketika banjir adalah di kawasan talian elektrik telah jatuh.

Orang ramai yang berada di kawasan yang terjejas akibat banjir dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana- mana pepasangan elektrik yang rosak.

Untuk sebarang isu berkaitan tiang elektrik sila hubungi TNB Careline 15454 untuk melapor.

𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐮𝐚 𝐬𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢, 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐰𝐚.
Kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini. Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah dan ibu hamil.

Ikut Tip pemakaian penutup mulut dan hidung ini supaya pemakaiannya betul-betul melindungi anda.

Ingat ya! Jangan buang merata-rata. Pastikan ia dilupuskan dengan cara yang betul.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
COVID-19 : Amalkan Kawalan Kendiri

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1
Tarikh : 15 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 8.15 pagi

Panel :
Dr. Mohd ihsani Mahmood
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan melaksanakan TRIIS

Test
Report
Isolate
Inform
Seek

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut bermula pada bulan November 2023 - Mac 2024.

Sehubungan itu, pelbagai jenis bekas yang terdiri daripada bahan buangan, sampah bekas makanan/minuman dan barang lusuh berpotensi menakung air.

Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlu bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran bagi menghindari Demam Denggi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
COVID-19 Tak Pernah Cuti.

Sentiasa waspada dan amalkan kawalan kesihatan kendiri terutama di kawasan sesak dan sempit.

😷 Pakai pelitup muka
💧🧼 Kerap cuci tangan dengan air dan sabun
Amalkan TRIIS

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan melaksanakan TRIIS

Test
Report
Isolate
Inform
Seek

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan.
Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan

➡️ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
➡️ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
➡️ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
➡️ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
➡️ Gunakan tisu untuk membuang kahak
➡️ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
➡️ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ikuti Sidang Media Khas Berhubung Status COVID-19 pada jam 4.00 petang hari ini secara langsung di Facebook KKM.
Senarai No Telefon Bilik Gerakan Covid-19. Pejabat Kesihatan Daerah Negeri Selangor 2023.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Malaysia Minggu Epidemiologi Ke-50 Tahun 2023 (ME 50/2023) - 18 Disember 2023