Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Bagaimana status diet anda

✔️Kami kongsikan tip elakkan makan berlebihan.

💪Kekalkan motivasi dan terus berdisiplin.

❤️ Anda pasti boleh.
Semua ini boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Jom kitar semula!

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🥕🦐🦑Terdapat sesetengah masyarakat beranggapan bahawa peti sejuk merupakan tempat yang selamat untuk menyimpan makanan.

Hakikatnya, makanan yang disimpan dalam peti sejuk juga boleh rosak dan berpotensi menjadi punca jangkitan kuman kepada pengguna.

Oleh itu, pengguna disarankan untuk mematuhi cara penyimpanan makanan yang betul ke dalam dalam peti sejuk serta sentiasa menitikberatkan kebersihan peti sejuk bagi mengelakkan keracunan makanan dalam kalangan pengguna.🤮🤮
🤧 Jangkitan Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

⚠️Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti terutama bagi golongan berisiko tinggi. Komplikasi jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin influenza secara tahunan. Ini kerana:
▪️Struktur virus Influenza boleh berubah (antigenic drift)
▪️Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun
▪️Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap musim.
Pada masa ini, vaksin Influenza ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.
✔️ Rancang pengambilan makanan harian anda agar tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berlebihan berat badan atau obesiti.

Salah satu cara mudah untuk makan secara seimbang dan sederhana adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh.

💪 Ayuh sihat bersama.
Semasa berkempen, jangan lupa

👉 Bersihkan kawasan tempat berkempen sebelum, semasa dan selepas perhimpunan
👉 Pastikan tiada sampah sarap di sekitar kawasan berkempen
👉 Gunakan repelan bagi melindungi diri daripada gigitan nyamuk

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia - 8 Ogos 2023
🦟Demam denggi merujuk kepada penyakit jangkitan virus yang tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes betina yang dijangkiti.

🥹Antara gejala denggi ialah demam panas, sakit kepala, sakit sendi, sakit di bahagian belakang mata dan ruam merah di kulit. Namun, pesakit dengan gejala denggi ringan boleh dirawat secara pesakit luar namun perlu segera ke hospital jika mendapati gejala tersebut bertambah teruk.

📌Oleh itu, orang ramai disarankan untuk bergotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mencegah demam denggi.
Kanser Limfoma

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama Dr. Azizan bin Sharif, Pakar Perunding Hematologi dari Hospital Sultanah Aminah.

#ANMS #sihatmilikku
Anda bertugas di pusat mengundi?
Ingat!
Sembur aerosol di tempat gelap dan tersembunyi sebelum mula bertugas
Guna repelan sebelum keluar bertugas
Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang jika bertugas pada awal pagi dan lewat senja
Buang sampah ditempat yang disediakan

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
⚔️‼️Bahan-bahan terlarang yang lazim dikesan dalam produk kosmetik ialah merkuri, hydroquinone, tretinoin.

💪Seorang pengguna yang bijak perlu mengenalpasti bahan yang terdapat dalam sesuatu produk kosmetik. Pengguna tidak seharusnya terpedaya dengan promosi produk kosmetik yang semakin berleluasa di media sosial.

📌Pengguna juga boleh melayari laman sesawang rasmi NPRA iaitu www.npra.gov.my untuk menyemak status sesuatu produk kosmetik serta mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal kesihatan profesional tentang keselamatan sesuatu produk kosmetik.
PERSPEKTIF SIHAT MINGGU INI MEMBINCANGKAN PERIHAL KEKAL LINDUNGI DIRI SEMASA PRU DUN KE-15

https://www.facebook.com/selangorfm100.9/videos/637219491713839
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengurusan Pengundi COVID-19 Positif Semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Tahun 2023
👍Kebanyakan wanita pada masa kini menyimpan susu perahan untuk membekalkan susu kepada bayi ketika waktu bekerja.👶🏻👶🏻

👩Penyimpanan susu perahan pada suhu dan tempat yang tidak sesuai boleh mempengaruhi kualiti dan keselamatan susu perahan yang akan menyebabkan susu perahan tercemar.

📌Oleh itu, ibu perlu menyimpan susu perahan pada tempat dan suhu yang betul agar susu dapat disimpan pada tempoh masa yang lama di samping mengekalkan kualitinya.
📌Menjelang 12 Ogos 2023, iaitu tarikh yang ditetapkan sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Negeri ke-15 di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti beberapa saranan bagi memastikan proses pengundian dapat berjalan dengan lancar dan selamat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Selamat mengundi.💪🇲🇾