Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
One Hour Malaysia Clean Up

Saksikan dalam rancangan Apa Khabar Malaysia esok di TV bernama

Tarikh : 28 Julai 2023 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi

Panel :

Dr. Mohd Razif Zakaria
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hari Hepatitis Sedunia disambut setiap tahun pada 28 Julai. Tema pada tahun ini ialah Satu Nyawa, Satu Hati.

Hati menjalankan lebih daripada 500 fungsi tubuh badan yang penting.

Jangkitan Hepatitis B dan C merupakan jangkitan paling utama dan boleh membawa kepada penyakit kronik yang menjadi punca utama kepada Sirosis dan Kanser Hati dan kebanyakan orang yang dijangkiti tidak sedar bahawa mereka dijangkiti.

Lakukan saringan Hepatitis dan dapatkan rawatan sewajarnya.

Selamat Menyambut Hari Hepatitis Sedunia. Satu Nyawa, Satu Hati.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Hepatitis B berjangkit 50-100 kali ganda lebih mudah daripada HIV.

Dapatkan vaksinasi untuk melindungi diri daripada penyakit Hepatitis B.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hepatitis merupakan penyakit radang hati yang disebabkan oleh jangkitan Hepatitis A,B, C,D dan E.

Jangkitan Hepatitis B dan C merupakan jangkitan paling utama dan boleh membawa kepada penyakit kronik yang menjadi punca utama kepada Sirosis dan Kanser Hati.

Individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini disarankan untuk menjalani saringan, mendapatkan rawatan dan penjagaan kesihatan yang sewajarnya.

Melalui Program Imunisasi Kebangsaan, semua bayi yang dilahirkan juga diberikan imunisasi Hepatitis B untuk mengelakkan jangkitan.

Selamat Menyambut Hari Hepatitis Sedunia. Satu Nyawa, Satu Hati.

Lakukanlah saringan anda dengan segera.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Kita hanya mempunyai satu nyawa dan satu hati. Hepatitis B & C boleh merosakkan kedua-duanya.

Lakukan ujian saringan Hepatitis. Rujuk dengan kakitangan kesihatan untuk mengetahui cara melindungi diri daripada Hepatitis.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hepatitis merupakan inflamasi pada hati. B & C boleh merosakkan kedua-duanya.

Virus yang boleh menyebabkan kronik hati iaitu Hepatitis B dan Hepatitis C. Hepatitis B dan Hepatitis C boleh menyebabkan sirosis hati dan kanser hati dalam jangka masa yang panjang sekiranya tidak dipantau.

Kedua-dua penyakit ini boleh dirawat.

CPG bagi Management of Chronic Hepaitits C in Adults 2019 dan Management of Chronic Hepatitis B in Adults 2023 boleh dimuat turun dari www.moh.gov.my dan www.acadmed.org.my.

Selamat Menyambut Hari Hepatitis Sedunia. Satu Nyawa, Satu Hati.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia - 28 Julai 2023
⚠️Elakkan tabiat makan lewat malam bagi mencegah obesiti dan mengekalkan berat badan ideal. Waktu yang sesuai untuk makan malam adalah antara pukul 6 petang sehingga 8 malam.

✔️Amalkan pengambilan makanan mengikut waktu yang teratur setiap hari bagi menjamin fungsi tubuh yang optimum.

❤️ Jom, hentikan tabiat pemakanan yang tidak sihat ini.
🍲🍜Makanan yang disediakan di rumah perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan.

☹️Pengabaian amalan pengendalian makanan yang bersih berisiko menyebabkan kuman dan bakteria berbahaya memasuki makanan yang seterusnya menjejaskan kesihatan seseorang.

💥Oleh itu, orang ramai hendaklah menitikberatkan kebersihan bahan mentah serta peralatan dalam proses penyediaan makanan bagi menghasilkan hidangan yang selamat, bersih dan berkualiti.🍲🍝
KENYATAAN MEDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia
29 Julai 2023

- Isu Ais Kiub Haram Diragui Tercemar-
🧂🧂Kebanyakan makanan pada masa ini mengandungi garam, sos dan penambah perasa yang berlebihan untuk meningkatkan kelazatan sesuatu hidangan.

Namun, pengambilan garam secara secara berlebihan boleh mendatangkan pelbagai penyakit tidak berjangkit terutamanya tekanan darah tinggi.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk menyediakan sendiri makanan di rumah agar dapat mengawal jumlah garam dan penambah perasa dalam makanan bagi menjamin kesihatan seisi keluarga.
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2023. Kepada yang berminat boleh e-mel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].

Kelayakan akademik dalam bidang Seni Reka Grafik dan Multimedia (Video).
🤮🤮 Terdapat 3 sumber utama pencemaran makanan yang terdiri daripada pencemaran mikrobiologi, pencemaran kimia dan pencemaran fizikal.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati terhadap tanda-tanda keracunan makanan sekiranya mereka telah menjamah makanan yang tercemar dengan sumber pencemaran tersebut.

🩺Anda disarankan untuk segera berjumpa doktor jika menunjukkan gejala-gejala keracunan makanan.👨‍⚕️👨‍⚕️
Pendarahan Otak : Simptom dan Rawatan

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Albert Wong Sii Hieng dari Hospital Umum Sarawak dan Dr. Sapiah binti Sapuan dari Hospital Sungai Buloh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Proses pembakaran tembakau akan membebaskan asap yang mengandungi pelbagai bahan kimia toksik yang membahayakan kesihatan perokok dan orang sekeliling 🚬

Misalnya, tar yang terhasil daripada proses pembakaran tembakau berisiko mengakibatkan kanser dan gangguan pernafasan.

Oleh itu, perokok hendaklah tidak merokok di tempat yang sesak dan di kawasan dilarang merokok manakala bagi golongan bukan perokok pula perlulah menjauhi individu yang merokok agar tidak terdedah kepada asap rokok demi kesihatan bersama.

Para perokok boleh mendapatkan bantuan dan nasihat melalui www.jomquit.com atau mengunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan berhampiran 🚭