Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Anda merancang untuk membeli atau menukar kepada nombor telefon/alamat emel baru? Pastikan anda mengemas kini maklumat MySJ ID anda sebelum berbuat demikian.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan segala maklumat anda sentiasa berada di hujung jari anda.

___________________________

Are you planning to buy or change to a new phone number/email address? Make sure you update your MySJ ID information before doing so.

Follow these steps to ensure all your information is always at your fingertips.

#MySejahtera
#TukarMySJID
#AplikasiKesihatanAwam
Tonggak pertama Kertas Putih Kesihatan adalah mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Dalam mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan, terdapat 5 strategi reformasi kesihatan yang dicadangkan.

Reformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan akan membolehkan rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien dan berkualiti tinggi pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun Kertas Putih Kesihatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, sila layari laman sesawang rasmi di www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan
Tonggak kedua Kertas Putih Kesihatan adalah mencadangkan 3 strategi reformasi kesihatan supaya promosi kesihatan dan pencegahan penyakit dapat diintegrasikan dalam semua dasar, garis panduan, amalan dan kehidupan harian.

Jom amalkan gaya hidup yang sihat!

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun Kertas Putih Kesihatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, sila layari laman sesawang rasmi di www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan
Tonggak ketiga Kertas Putih Kesihatan adalah memfokuskan kepada pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama.

Prinsip utama tonggak ini adalah termasuk meningkatkan pelaburan terhadap kesihatan secara berperingkat, mempelbagaikan sumber pembiayaan kesihatan, pengumpulan risiko dan meningkatkan efisiensi perbelanjaan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun Kertas Putih Kesihatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, sila layari laman sesawang rasmi di www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan
Landasan dan tadbir urus sistem kesihatan perlu diperkukuhkan agar dapat menangani cabaran sistem kesihatan negara pada masa depan demi memenuhi keperluan rakyat.

Oleh itu, sama-samalah kita menyokong Kertas Putih Kesihatan agar reformasi kesihatan negara dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun Kertas Putih Kesihatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, sila layari laman sesawang rasmi di www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan
Chupp! The Pneumo Rangers

Saksikan sekarang di https://vt.tiktok.com/ZSLHv79dX/

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari Hepatitis Sedunia 2023

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Rupinder Kaur a/p Hardyal Singh dari Klinik Kesihatan Kelana Jaya.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Hati adalah amat penting kerana menjalankan lebih daripada 500 fungsi vital tubuh badan setiap hari bagi memastikan kita hidup.

Penyakit Hepatits boleh menyebabkan kerosakan hati dan seterusnya boleh mengancam nyawa sekiranya tidak dicegah atau dirawati.

Lakukan ujian saringan Hepatitis!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hepatitis B merebak melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan individu yang telah dijangkiti.

Anda boleh melindungi diri daripada Hepatitis B dengan menerima vaksinasi.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pastikan anda buat perkara ini jika TAK NAK Aedes membiak.

Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
😴💤 Ramai orang akan berasa mengantuk sebaik sahaja menghabiskan sarapan atau makan tengah hari.

💤 ‘Food coma’ merupakan satu fenomena yang menyebabkan seseorang rasa mengantuk selepas makan.Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada ‘food coma’ seperti jenis makanan yang dimakan dan gaya hidup.

💪 Oleh itu, pemilihan makanan yang betul dan gaya hidup yang sihat dapat mencegah ‘food coma’.
Individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Hepatitis B atau C adalah seperti yang tersenarai.

Individu ini disarankan untuk menjalani saringan Hepatitis supaya rawatan dan penjagaan sewajarnya dapat diberikan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Buah betik sangat lazim dalam kalangan masyarakat di negara kita. Iklim tropika menjadikan pokok betik mudah tumbuh di luar bandar mahupun bandar.

Selain tekstur lembut dan rasa yang lazat, betik kaya dengan 𝐯𝐢𝐭𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐀, 𝐯𝐢𝐭𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐂, 𝐚𝐧𝐭𝐢𝐨𝐤𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐭𝐚𝐬𝐬𝐢𝐮𝐦 yang memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

Oleh itu, digalakkan untuk mempelbagaikan pengambilan buah dan boleh jadikan betik sebagai pencuci mulut untuk memperoleh manfaatnya.
One Hour Malaysia Clean Up

Saksikan dalam rancangan Apa Khabar Malaysia esok di TV bernama

Tarikh : 28 Julai 2023 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi

Panel :

Dr. Mohd Razif Zakaria
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hari Hepatitis Sedunia disambut setiap tahun pada 28 Julai. Tema pada tahun ini ialah Satu Nyawa, Satu Hati.

Hati menjalankan lebih daripada 500 fungsi tubuh badan yang penting.

Jangkitan Hepatitis B dan C merupakan jangkitan paling utama dan boleh membawa kepada penyakit kronik yang menjadi punca utama kepada Sirosis dan Kanser Hati dan kebanyakan orang yang dijangkiti tidak sedar bahawa mereka dijangkiti.

Lakukan saringan Hepatitis dan dapatkan rawatan sewajarnya.

Selamat Menyambut Hari Hepatitis Sedunia. Satu Nyawa, Satu Hati.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Hepatitis B berjangkit 50-100 kali ganda lebih mudah daripada HIV.

Dapatkan vaksinasi untuk melindungi diri daripada penyakit Hepatitis B.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hepatitis merupakan penyakit radang hati yang disebabkan oleh jangkitan Hepatitis A,B, C,D dan E.

Jangkitan Hepatitis B dan C merupakan jangkitan paling utama dan boleh membawa kepada penyakit kronik yang menjadi punca utama kepada Sirosis dan Kanser Hati.

Individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini disarankan untuk menjalani saringan, mendapatkan rawatan dan penjagaan kesihatan yang sewajarnya.

Melalui Program Imunisasi Kebangsaan, semua bayi yang dilahirkan juga diberikan imunisasi Hepatitis B untuk mengelakkan jangkitan.

Selamat Menyambut Hari Hepatitis Sedunia. Satu Nyawa, Satu Hati.

Lakukanlah saringan anda dengan segera.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Kita hanya mempunyai satu nyawa dan satu hati. Hepatitis B & C boleh merosakkan kedua-duanya.

Lakukan ujian saringan Hepatitis. Rujuk dengan kakitangan kesihatan untuk mengetahui cara melindungi diri daripada Hepatitis.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hepatitis merupakan inflamasi pada hati. B & C boleh merosakkan kedua-duanya.

Virus yang boleh menyebabkan kronik hati iaitu Hepatitis B dan Hepatitis C. Hepatitis B dan Hepatitis C boleh menyebabkan sirosis hati dan kanser hati dalam jangka masa yang panjang sekiranya tidak dipantau.

Kedua-dua penyakit ini boleh dirawat.

CPG bagi Management of Chronic Hepaitits C in Adults 2019 dan Management of Chronic Hepatitis B in Adults 2023 boleh dimuat turun dari www.moh.gov.my dan www.acadmed.org.my.

Selamat Menyambut Hari Hepatitis Sedunia. Satu Nyawa, Satu Hati.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku