Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Hari Hepatitis 2023

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Wan Abdul Hannan bin Wan Ibadullah dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Tiada lesen dikeluarkan oleh KKM bagi penjualan air zam zam.

Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana orang yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semulajadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda atau penjara.

#airzamzam
#FoodStandardsSaveLives
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#BKKM
#KKM
Air Zam Zam tidak dibenarkan dijual di Malaysia. Kenapa??

Air zam zam dikategorikan sebagai Air Mineral Semulajadi (AMS).

Penjualan AMS wajib mendapat lesen daripada KKM mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Tiada lesen dikeluarkan oleh KKM bagi penjualan air zam zam.

#airzamzam
#FoodStandardsSaveLives
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#BKKM
#KKM
😴🛌Tidur sangat penting untuk memastikan kesihatan seseorang individu berada pada tahap yang optimum.

📌 Tidur yang cukup dapat memberikan tenaga serta membantu kita untuk fokus dan kekal cergas sepanjang hari.
Chupp! The Pneumo Rangers

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Amy Nur Diyana Mohamed Nasir, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesiihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
DAFTAR KLINIK ANDA DI BAWAH SKIM PERUBATAN MADANI​

Adakah klinik anda berada dalam kawasan 10 daerah terpilih bagi Skim Perubatan MADANI?

Jika ya, kami mengajak anda untuk mendaftar bersama ProtectHealth Corporation Sdn Bhd untuk menjadi klinik panel bagi skim ini.​

Untuk maklumat lanjut, layari https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

#ProtectHealth #SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMADANI
Anda merancang untuk membeli atau menukar kepada nombor telefon/alamat emel baru? Pastikan anda mengemas kini maklumat MySJ ID anda sebelum berbuat demikian.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan segala maklumat anda sentiasa berada di hujung jari anda.

___________________________

Are you planning to buy or change to a new phone number/email address? Make sure you update your MySJ ID information before doing so.

Follow these steps to ensure all your information is always at your fingertips.

#MySejahtera
#TukarMySJID
#AplikasiKesihatanAwam
Tonggak pertama Kertas Putih Kesihatan adalah mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Dalam mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan, terdapat 5 strategi reformasi kesihatan yang dicadangkan.

Reformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan akan membolehkan rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien dan berkualiti tinggi pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun Kertas Putih Kesihatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, sila layari laman sesawang rasmi di www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan
Tonggak kedua Kertas Putih Kesihatan adalah mencadangkan 3 strategi reformasi kesihatan supaya promosi kesihatan dan pencegahan penyakit dapat diintegrasikan dalam semua dasar, garis panduan, amalan dan kehidupan harian.

Jom amalkan gaya hidup yang sihat!

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun Kertas Putih Kesihatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, sila layari laman sesawang rasmi di www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan
Tonggak ketiga Kertas Putih Kesihatan adalah memfokuskan kepada pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama.

Prinsip utama tonggak ini adalah termasuk meningkatkan pelaburan terhadap kesihatan secara berperingkat, mempelbagaikan sumber pembiayaan kesihatan, pengumpulan risiko dan meningkatkan efisiensi perbelanjaan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun Kertas Putih Kesihatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, sila layari laman sesawang rasmi di www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan
Landasan dan tadbir urus sistem kesihatan perlu diperkukuhkan agar dapat menangani cabaran sistem kesihatan negara pada masa depan demi memenuhi keperluan rakyat.

Oleh itu, sama-samalah kita menyokong Kertas Putih Kesihatan agar reformasi kesihatan negara dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun Kertas Putih Kesihatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, sila layari laman sesawang rasmi di www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan
Chupp! The Pneumo Rangers

Saksikan sekarang di https://vt.tiktok.com/ZSLHv79dX/

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari Hepatitis Sedunia 2023

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Rupinder Kaur a/p Hardyal Singh dari Klinik Kesihatan Kelana Jaya.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Hati adalah amat penting kerana menjalankan lebih daripada 500 fungsi vital tubuh badan setiap hari bagi memastikan kita hidup.

Penyakit Hepatits boleh menyebabkan kerosakan hati dan seterusnya boleh mengancam nyawa sekiranya tidak dicegah atau dirawati.

Lakukan ujian saringan Hepatitis!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hepatitis B merebak melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan individu yang telah dijangkiti.

Anda boleh melindungi diri daripada Hepatitis B dengan menerima vaksinasi.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pastikan anda buat perkara ini jika TAK NAK Aedes membiak.

Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama