Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Apabila projek nyamuk Aedes berWolbachia dilaksanakan

Tiada semburan kabus akan dilakukan
Kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak diperlukan
Tiada risiko jangkitan virus walaupun digigit nyamuk
Pemantauan kepadatan nyamuk dan aktiviti pencegahan masih dilaksanakan
Aktiviti penguatkuasaan dijalankan seperti biasa

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berkuat kuasa 5 Julai 2023, prosedur operasi standard (SOP) bagi pemakaian pelitup muka dan pengasingan kes yang disahkan COVID-19 telah disemak semula dan dikemas kini oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Saya ingin menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan kawalan kendiri yang baik seperti yang diamalkan pada masa ini, termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19. Jaga diri, jaga keluarga dan masyarakat.

#DrZ #MalaysiaMADANI
Tentu ramai yang sudah terima daging korban bukan?. Jom kita ambik tahu tentang kaedah Nyahbeku (defrost) daging korban yang anda simpan untuk pastikan ianya sentiasa segar.

Jangan ambil mudah kerana proses ini penting semasa penyediaan makanan. Jika diabaikan ia boleh menjadi salah satu punca keracunan makanan sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul.

#foodstandardsavelives
#keselamatanmakanantanggungjawabbersama
#foodsafetyiseveryonebusiness
#foodsafetytips
#aidiladha2023
🌙🌙 Sempena hari raya Aidiladha, daging korban biasanya akan dipotong dengan menggunakan papan pemotong.

Namun, kebanyakan pengguna seringkali mengabaikan kebersihan papan pemotong ketika menggunakannya. Malah, pengguna juga sering menggunakan papan pemotong yang sama bagi memotong pelbagai bahan mentah yang boleh mengakibatkan pencemaran silang.

Papan pemotong yang tidak bersih berpotensi jadi tempat pembiakan bakteria yang akan mencemari bahan makanan seterusnya mengakibatkan keracunan makanan.

Oleh itu, pengguna perlu menitikberatkan kebersihan papan pemotong semasa menggunakannya agar hidangan yang disediakan bebas daripada sebarang bahan pencemar seperti bakteria, bendasing dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesihatan.

#PesanKKM
Lokasi projek pelepasan nyamuk berWolbachia dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut namun perlu mendapat kerjasama / sokongan / persetujuan komuniti di lokasi tersebut.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Musim durian merupakan saat yang dinantikan oleh sesetengah masyarakat di negara ini. Raja buah tersebut yang dikenali sebagai Musang King, Udang Merah, Duri Hitam dan sebagainya merupakan buah tempatan yang menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia.

🤩Walaupun isi durian mempunyai rasa yang lazat, pengambilan durian yang berlebihan boleh menyebabkan tubuh menjadi panas, pening kepala, pedih ulu hati dan kembung perut yang menyebabkan seseorang kurang selesa. Namun tindak balas ini adalah berbeza setiap individu.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan ambil durian secara sederhana.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Kenyataan Media Mengenai Video Tular TikTok Berkaitan Pelepasan Nyamuk Aedes Berwolbachia Di Malaysia
Hai adik-adik.

Hai semua warga HePiLI 😄😄
Kita dah memasuki bulan Julai, bermakna telah tiba masanya untuk Sambutan Minggu Sihat HePiLI 🥳🥳

Tema Minggu Sihat HePiLI pada tahun ini adalah "Saya Nak Hidup Sihat". Jom kita berazam untuk melakukan apa-apa aktiviti dalam minggu ini dengan memfokuskan kepada kesihatan kita. Bersihkan diri, bersihkan persekitaran, menjaga pemakanan yang sihat dan aktifkan diri serta tak lupa sentiasa berfikiran positif. Semoga amalan ini akan berterusan walaupun selepas minggu sihat HePiLI seterusnya menjadi amalan sepanjang hidup kita.

Jangan lupa juga untuk sertai kami dalam Himpunan Virtual HePiLI - Kami Nak Hidup Sihat pada 6 Julai 2023 ye. Pendaftaran masih dibuka 😄

#HePiLI
#HVH2023
Bermula 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024, semua kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019 dan belum pernah menerima imunisasi pneumokokal layak untuk mendapatkan imunisasi catch-up pneumokokal.

Hubungi klinik kesihatan berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan tarikh janji temu suntikan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai adik-adik.

Team HePiLI nak mengajak adik-adik untuk menyertai Pertandingan Kuiz sempena Minggu Sihat HePiLI 2023. Pertandingan ini akan dilaksanakan pada hari yang berbeza mengikut kategori.

Jangan lupa imbas Kod QR atau tekan pautan
https://drive.google.com/.../1g6Rmt4q2Fi-hLf.../view...
untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan. Hadiah menarik menanti adik-adik 🥳

#HePiLI
#HVH2023
Berita Baik!

Sitkom AUSSH kini ditayangkan semula di TV1.

Jom saksikan episod 1 pagi ini pada pukul 10.05 pagi.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai adik-adik.

Jangan lupa sertai Pertandingan Kuiz peringkat Prasekolah/Tabika pada malam ini. Video soalan akan dimuatnaik di Facebook HePiLI Network pada jam 8.00 malam ini. Borang pendaftaran dan jawapan boleh diakses di pautan ini :

https://forms.gle/TNFGNUtNneUvN2ST6

Semoga berjaya adik-adik!
Saksikan siaran ulangan sitkom AUSSH di TV1 pada pukul 10.05 pagi ini dengan episod Hasad Dengki.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai semua. 👋

Anda tahu apa maksud X-Break?

X-Break adalah aktiviti fizikal atau regangan ringkas yang dilaksanakan dalam masa 3-5 minit setelah duduk yang lama melebihi 2 jam.

Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022 dalam kalangan remaja menunjukkan 2 daripada 3 remaja mengamalkan aktiviti sedentari.

Jadi, mari kita berubah dengan mengaktifkan diri setiap hari. Jom buat X-Break. Kita boleh lakukannya 💪

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai adik-adik.

Salah satu dalam aspek 'Saya Nak Hidup Sihat' adalah menjaga kebersihan diri.

1. Cuci tangan dengan betul
2. Memberus gigi dengan betul
3. Mandi
4. Memakai pakaian yang bersih

Kebersihan diri mencerminkan kesihatan diri kita. Jom pastikan diri kita sentiasa bersih

#HePiLI
#HVH2023

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai adik-adik.

Jangan lupa sertai Pertandingan Kuiz HePiLI kategori Sekolah Rendah hari ini.

Nantikan posting kami untuk video kuiz & borang jawapan pada jam 8.00 malam ini.

#HePiLI
#HVH2023
Nantikan..

5 hari lagi menjelang majlis pelancaran One Hour Malaysia Clean Up.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama