Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Gotong Royong Mega Kebangsaan 1.0

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Wan Ming Keong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Pelancaran Madani Afiat

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Puan Sivamalar Genapathy, Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Esok pagi mesti semua sibuk mengedarkan daging korbankan...

Tapi mesti ingat..💡

Pastikan daging korban diedarkan mengikut tips-tips berikut. Elakkan melengah-lengahkan pengedaran daging korban kepada individu yang sepatutnya.

#foodstandardsavelives
#keselamatanmakanantanggungjawabbersama
#foodsafetyiseveryonebusiness
#foodsafetytips
#aidiladha2023
Merdunya zikir ungkapan bibir,
Penyejuk jiwa di kala keseorangan,
Aidiladha bergema bersama takbir,
Tanda pelengkap sesuci pengorbanan.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod Tegur Salah Tak Tegur Salah di https://youtu.be/QlUKRREdmKo dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 1️⃣ hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang disediakan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pastikan daging korban disimpan dengan cara yang betul bagi mengelak berlakunya pencemaran silang.

Makan dengan selamat. Pastikan hanya daging yang berkualiti diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

#foodstandardsavelives
#keselamatanmakanantanggungjawabbersama
#foodsafetyiseveryonebusiness
#foodsafetytips
#aidiladha2023
Berikut merupakan rasional pelaksanaan pengoperasian nyamuk Aedes berWolbachia.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA
29 JUN 2023

"Pelanjutan Pengisytiharaan Malaysia sebagai Kawasan Tempatan Jangkitan dan Kemaskini Protokol Jangkitan COVID-19"
Berikut adalah Standard Operating Procedure (SOP) terbaharu bagi pemakaian pelitup muka dan tempoh prosedur pengasingan kes yang disahkan COVID-19.

Perubahan ini akan mula berkuat kuasa pada 5 Julai 2023.
Apabila projek nyamuk Aedes berWolbachia dilaksanakan

Tiada semburan kabus akan dilakukan
Kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak diperlukan
Tiada risiko jangkitan virus walaupun digigit nyamuk
Pemantauan kepadatan nyamuk dan aktiviti pencegahan masih dilaksanakan
Aktiviti penguatkuasaan dijalankan seperti biasa

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berkuat kuasa 5 Julai 2023, prosedur operasi standard (SOP) bagi pemakaian pelitup muka dan pengasingan kes yang disahkan COVID-19 telah disemak semula dan dikemas kini oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Saya ingin menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan kawalan kendiri yang baik seperti yang diamalkan pada masa ini, termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19. Jaga diri, jaga keluarga dan masyarakat.

#DrZ #MalaysiaMADANI
Tentu ramai yang sudah terima daging korban bukan?. Jom kita ambik tahu tentang kaedah Nyahbeku (defrost) daging korban yang anda simpan untuk pastikan ianya sentiasa segar.

Jangan ambil mudah kerana proses ini penting semasa penyediaan makanan. Jika diabaikan ia boleh menjadi salah satu punca keracunan makanan sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul.

#foodstandardsavelives
#keselamatanmakanantanggungjawabbersama
#foodsafetyiseveryonebusiness
#foodsafetytips
#aidiladha2023
🌙🌙 Sempena hari raya Aidiladha, daging korban biasanya akan dipotong dengan menggunakan papan pemotong.

Namun, kebanyakan pengguna seringkali mengabaikan kebersihan papan pemotong ketika menggunakannya. Malah, pengguna juga sering menggunakan papan pemotong yang sama bagi memotong pelbagai bahan mentah yang boleh mengakibatkan pencemaran silang.

Papan pemotong yang tidak bersih berpotensi jadi tempat pembiakan bakteria yang akan mencemari bahan makanan seterusnya mengakibatkan keracunan makanan.

Oleh itu, pengguna perlu menitikberatkan kebersihan papan pemotong semasa menggunakannya agar hidangan yang disediakan bebas daripada sebarang bahan pencemar seperti bakteria, bendasing dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesihatan.

#PesanKKM
Lokasi projek pelepasan nyamuk berWolbachia dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut namun perlu mendapat kerjasama / sokongan / persetujuan komuniti di lokasi tersebut.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Musim durian merupakan saat yang dinantikan oleh sesetengah masyarakat di negara ini. Raja buah tersebut yang dikenali sebagai Musang King, Udang Merah, Duri Hitam dan sebagainya merupakan buah tempatan yang menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia.

🤩Walaupun isi durian mempunyai rasa yang lazat, pengambilan durian yang berlebihan boleh menyebabkan tubuh menjadi panas, pening kepala, pedih ulu hati dan kembung perut yang menyebabkan seseorang kurang selesa. Namun tindak balas ini adalah berbeza setiap individu.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan ambil durian secara sederhana.