Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod Jangan Tunggu Lama-Lama di https://youtu.be/KKPbavyc5Xg dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 6 hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🥦Brokoli merupakan salah satu sayuran hijau yang kaya dengan antioksidan yang dapat melindungi seseorang daripada radikal bebas untuk mencegah kanser serta kaya dengan nutrisi seperti fiber, vitamin C, vitamin K, zat besi dan potasium.

♥️💪 Oleh itu, brokoli dapat memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan seseorang. Brokoli dapat dinikmati secara mentah atau dimasak. Walaubagaimanapun, manfaat brokoli dapat dikekalkan jika dimasak menggunakan wap.

🥦Oleh itu, makanlah brokoli dengan kerap untuk memperoleh manfaatnya.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Pagi tadi telah diadakan Program Gerak Rahmah 2023 : Jom Bersih dan Indah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di Perumahan Penjawat Awam P15-12A, Presint 15.

Pasukan WOW dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM turut menyertai program ini. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti treasure hunt, walk about dan gotong royong serta majlis tanam pokok.

Sama-samalah kita pelihara kebersihan persekitaran dalam melestarikan kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod Denggi yang Dengki di https://youtu.be/uXoO6SrWiq0 dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 5 hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tahniah kepada pemenang Pertandingan Hari Tanpa Tembakau 2023.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022:Tinjauan Kesihatan Remaja 2022,

4️⃣ daripada 5️⃣ remaja tidak makan buah dan sayur dengan secukupnya. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang amat penting dalam diet harian kerana ia membekalkan pelbagai khasiat dan nutrien tersendiri.

📌Remaja yang sedang membesar terutamanya digalakkan untuk makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran supaya mereka dapat membesar dengan lebih sihat.Bukan sahaja penting bagi kesihatan fizikal, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran turut dikaitkan dengan kesihatan mental yang lebih baik buat kanak-kanak.🥦🍉

💪Oleh itu, remaja perlu mengamalkan sayur dan buah-buahan untuk memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan badan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Sambutan yang bertemakan "Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan" ini diadakan untuk
menggalakkan golongan bukan perokok untuk menyuarakan hak mereka kepada perokok demi menjamin kebajikan keluarga, mengadvokasi perokok untuk memilih budaya hidup sihat dan mewujudkan kesejahteraan persekitaran.

Selain itu, sambutan ini bertujuan
membimbing golongan perokok untuk mendapatkan bantuan berhenti merokok sebagai langkah menjamin kebajikan dan kesejahteraan keluarga.

Objektif sambutan tersebut adalah sejajar dengan matlamat peralihan paradigma sistem kesihatan negara daripada sick care kepada 'health care' seperti yang digariskan di dalam 'Health White Paper'.

Antara pengisian Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan ialah Kempen Advokasi Jalanan 'Speak Out' : "Utamakan Makanan, Bukan Rokok, Demi Kesihatan", Temu mesra (walkabout) YB Timbalan Menteri Kesihatan bersama orang ramai untuk advokasi mesej bebas asap rokok di Tamu Gaya Street dan Penyerahan 'Table Top Sticker' kepada pengusaha restoran terpilih.

YB Lukanisman juga sempat meluangkan masa melawat 'booth-booth' daripada jabatan/ agensi kerajaan dan swasta serta beramah mesra bersama orang awam dan menyerahkan stiker mQuit kepada peniaga gerai di Tamu Jalan Gaya.

Turut hadir ialah YB Tuan Tan Lee Fatt, Pembantu Menteri Kewangan (Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.19 Likas), YBhg. Datuk Sr. Lee Chun Khiong, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah (Mewakili YB Datuk James Ratib Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat), YBhg. Datuk Dr. Norhayati bt Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM dan YBrs. Dr Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02ZGbduvTL2Hf6QpxtQkK6s5vJfqfBTDCVipweG6YyTguRQ3cEYb5dkdCcGq7Xjqjql&id=100064560379224&mibextid=qC1gEa

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
One Hour Malaysia Clean Up

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 12.15 tengah hari bersama Puan Rufina Dalis Jimen, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod 10 Ribu Langkah di https://youtu.be/WB_uiA5zVhA dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 4️⃣ hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perkhidmatan Perubatan Kecemasan yang dikendalikan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma adalah merawat pesakit yang benar-benar memerlukan bantuan segera.

Fahami fungsi sebenar Jabatan Kecemasan dan Trauma agar pihak hospital mampu memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pesakit.

Kes bukan kecemasan pula adalah kes yang tidak memerlukan anda mengunjungi Jabatan Kecemasan dan Trauma untuk mendapatkan rawatan.

Anda boleh mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang terdekat, klinik komuniti atau klinik swasta.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kemurungan tidak bererti seseorang itu lemah atau gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Anda tidak perlu berseorangan dalam melawan cabaran ini. Kami di KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sedia membantu.

#DrZ #MalaysiaMADANI